Showing posts with label Bazaar D'Waniez. Show all posts
Showing posts with label Bazaar D'Waniez. Show all posts

Tuesday, 21 April 2015

9kg Sebulan???

Hai semua.

Harini Wani kongsikan satu lagi testimoni kurus dgn Shaklee.

Gambar dalam gambar tu (hihihi) adalah suami salah seorang ahli group B&C kami. Nama dia En. Mohd Noor Fitri. Dari Labuan.

Beliau adalah salah seorang ahli JK1M yg dihandle oleh Kevin Zahri tu tau!

Sambil mempraktikkan gaya pemakanan & exercise dari Kevin Zahri, beliau juga menggunakan supplement Shaklee dalam menu harian beliau.

Supplement juga penting dlm proses menurunkan berat badan kerana ia membantu memastikan badan kita mendapat nutrisi yg lengkap walaupun ketika berdiet.

Malah minuman protein seperti Cinch Shake & ESP membantu memberikan tenaga sepanjang bersenam serta menggalakkan pembentukan otot ketika bersenam. Jadi bila kurus, tak la mengelebeh je. Huhuhu

Gaya pemakanan sihat & exercise penting dalam penurunan berat badan. Supplement adalah satu sistem sokongan yg anda perlu ada bagi membantu anda kekal bertenaga serta sihat ketika berdiet & bersenam.

Korang leh g skodeng FB beliau ye. Banyak tip yg beliau kongsikan. Wani pun dah join jadi kawan beliau. Huhuhu

Berdarah mata tgk ramai dah kurus! Wani masih jauh dari target ni. Oh mai!!! Nak kena usaha lebih ni. Bab exercise tu tak berapa nak rajin lagi. Hahahahaha.

Nak post byk2 testimoni kurus dgn Shaklee ni sebagai pembakar semangat sendiri. :)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Sunday, 19 April 2015

Weight vs Fat Loss

Hai...jom kita skodeng gambar kat bawah tu. Weight loss vs Fat loss.

Yg mana satu pilihan korang??

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Monday, 13 April 2015

Memonto Terindah

Dulu masa sekolah rendah, sibuk sangat nak jadi dewasa cepat. Macam-macam boleh buat kononnya.

Bila dah dewasa, berkerja, kahwin & ada anak ni, rasa zaman kanak-kanak la yg paling BEST!!

Minggu ni kecoh kat group sekolah rendah Wani duk cerita memori zaman sekolah dulu. Rindu plak zaman sekolah dulu.

Macam-macam kenangan ada. NO WORRIES at all. Happy je. Takde tanggungjawab besar. Kejenyer main & belajar je. Kan??

Best bila cerita hal dulu. Tapi Wani happy dengan keadaan Wani sekarang. Walaupun banyak tanggungjawab terutama dalam mendidik Umar Thaqif, tapi banyak kenangan baru sekarang.

Cuba korang teka yang mana satu Wani?? Ni gambar masa darjah 5. 1st time Wani join kelas ni sebab Wani budak lompat masa tu.

Walaupun Wani lompat kelas, tapi syukur diorang terima dengan baik. We are friends!!

Masa sekolah rendah dulu, Wani bersekolah di Sekolah Rendah Seri Comel! Comel tak kami?? Hahahaha

Sekali sekala mengimbau kenangan lama. Apa kenangan korang?? Mai la share!

Dengan Shaklee, Wani kembali rapat dengan mereka & happy membantu kawan-kawan yg ada masalah kesihatan. Eratkan silaturrahim yg memang dah terjalin lama. :)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Wednesday, 8 April 2015

Herbal Blend «PARABEN FREE»

Sekarang ni Thaqif memang aktif. Tambah plak dah pandai kayuh basikal. Bukan main lagi laju mengayuh basikal.

* saje je ajak mak dia exercise kejar dia. Hihihihi *

* mommy & daddy make sure sebtiasa follow anak-anak ye walaupun dikawasan taman kita sendiri. Terutama anak yg baru belajar kayuh basikal. Diorang ni tahap keterujaannya lebih sikit *

Bila dah pandai kayuh ni, memang tak lari la episod jatuh & luka. Bak kata ayah Thaqif, anak lelaki kena kuat. Jangan putus asa kalau jatuh.

* kesian Thaqif ada mak & ayah macam kitorang *

Nak dijadikan cerita, haritu Thaqif kayuh basikal terlanggar batu & jatuh. Syukur tak ada luka. Tak nangis pun. Muka macho je.

Yang lawaknya masa da park basikal kat dlm pagar, dia main kejar-kejar dgn ayahnya & jatuh.

Melalak la dia nangis. Laju je Wani keluar tengok. Suami mintak ambik kain. Rupanya luka atas bibir dia. So apa lagi, ambik kain cepat-cepat lap darah. Bersihkan luka dia.

Pastu sapu Herbal Blend kat luka dia & letak ais. Thaqif yg mintak letak herbal blend. Nasib la tak dijilatnya krim tu.

Tiap masa Wani sapu luka dia dgn Herbal Blend. Alhamdulillah kejap je hilang parut kat bibir dia. Sepanjang luka tu pun dia tak nangis pedih ke apa. Sejuk-sejuk je rasanya sapu krim tu.

Sejak Wani kenal dengan Herbal Blend Shaklee ni, memang tak berenggang. Ke mana je Wani akan bawak. Terutama bila balik kampung atau travel. 

Bila balik kampung, mesti badan Thaqif merah-merah kena gigit ngamuk. Mana tak kena gigit kalau pagi-pagi buta dah sibuk ajak Atuk atau Tokki dia keliling rumah.

Bila Thaqif kena gigit nyamuk, semestinya Wani akan sapukan Herbal Blend. So dia tak rasa gatal & menggaru. Dengan Herbal Blend ni, parut pun tak ada.

Yang paling BEST sebab ia dihasilkan daripada bahan semulajadi. NO CHEMICAL & NO PARABEN. Kalau korang perasan atau tahu, krim yg mengandungi Paraben tak boleh diberikan pada kanak-kanak. Hatta orang dewasa pun tak digalakkan. Bahan kimia kan!

Masa Thaqif baby, pernah beli Mopiko. Kononnya nak letak kat kesan nyamuk sebab tak berapa rajin nak tenyeh kapur makan. Salesperson kat kedai barangan baby tu kata boleh guna dari baby lagi. So Wani pun beli la. 

Masa tu tak berilmu lagi. Tapi mujur baca label kat kotak & kertas dlm kotak tu. Rupanya Mopiko tak boleh digunakan pada kanak-kanak 2 tahun ke bawah. Nasib la Wani tak g tenyeh kat Thaqif masa tu.

Sejak tu Wani usaha cari krim yg baby & kids friendly. Bukan pe sebab kesian tgk Thaqif kena gigit nyamuk. Akhirnya bertemu dengan Herbal Blend. Sejak tu, hanya Herbal Blend menjadi teman setia kami sekeluarga.

Psst..dalam beg Thaqif siap ada standby Herbal Blend dalam bekas kecil. So even pegi makan atau shopping, ada Herbal Blend gak. Kita tak tahu bila kita perlukan sesuatu tu.

BETTER STANDBY THAN NOTHING.

* gambar tu masa bibir Thaqif jatuh main kejar-kejar dgn ayahnya. Siap senyum lagi anak bujang mak. *


Bazaar D'Waniez

0196210077 | SID-WANI

pnkacang.blogspot.com


Tuesday, 27 January 2015

~Shaklee Oh Shaklee~

Info tentang Shaklee yang membuatkan ia menjadi pilihan Wani sekeluarga. Anda pun boleh!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Supervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


Monday, 19 January 2015

~Carotomax Membantu Atasi Masalah Mata~

Hi semua!
Anda ada masalah berkaitan mata??

Silau??? Mata berair??? Glucoma??? Katarak??? Rabun Jauh??? Rabun dekat???

Senang kata masalah berkaitan mata anda??

Mata adalah antara organ terpenting manusia. Tanpa mata, susah kita nak melihat. Bila tak dapat melihat dengan jelas, susah untuk kita sesuaikan diri menguruskan atau menjalani kehidupan seharian.

Mata merupakan antara nikmat Allah yang terbaik buat kita. Syukur dikurniakan nikmat mata yang boleh melihat. Melihat betapa indahnya ciptaan Allah.

Boleh melihat wajah insan tersayang, kaum keluarga, sahabat, jiran tetangga. Boleh melakukan aktiviti seharian tanpa kekangan. Boleh membaca Al-Quran dengan mudah. Syukur ke hadrat Ilahi.

Tak dapat Wani bayangkan mereka yang tak dapat melihat? Macam mana tabahnya mereka menjalani kehidupan yang serba berbeza. Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah ni.

Tapi ramai yang menghadapi masalah penglihatan. Wani sendiri ada masalah rabun jauh & silau yang agak tinggi. Bak kata suami Wani, buat cermin je dah makan beribu ringgit. Sebab power tinggi.

Sejak join Shaklee, Wani tak pernah fokus pada produk penjagaan mata Carotomax ni. Wani join ambil vitamin untuk kesihatan je. Tak pernah terfikir vitamin untuk mata.

Dalam bulan 9 atau 10 2014, Wani jumpa seorang sahabat Wani masa sekolah menengah. Dalam sibuk bercerita produk kesuburan beliau suami isteri & kecergasan suami bersukan, tiba-tiba suami beliau tanyakan produk untuk ayahnya yang ada masalah mata.

Kelakar pun ada ayat si suami tu. Katanya mata ayah beliau selalu berair & macam nak terkeluar. Sunggub blurr jap Wani dengar. Tak leh bayangkan camne nak terkeluar tu.

Terus Wani teringat Carotomax. Wani terus terang dengan beliu suami isteri yang Wani kurang ilmu tentang Carotomax lagipun Wani sendiri tak ambil. "Namun berdasarkan perkongsian dalam kumpulan sokongan Shaklee Wani, Carotomax adalah produk TERBAIK khas untuk masalah mengenai mata." Kata Wani pada mereka. "Boleh andaikata nak cuba untuk ayah. Tengok serasi atau tidak".

Walaupun Wani kurang ilmu mengenai Carotomax pada waktu tu, Alhamdulillah mereka terbuka untuk cuba 1 botol dulu.
Balik je rumah, terus study pasal Carotomax. Wani dah janji akan cuba membantu pelanggan Wani sebaik mungkin. Jadi bila ada ilmu yang Wani tak tahu, Wani kena belajar. Untuk membantu pelanggan Wani.

Hampir setiap bulan sahabat Wani repeat order Carotomax buat FIL beliau. Wani tak dapat berbual panjang sebab beliau agak sibuk. Minggu lepas beliau Whatsapp Wani lagi. Katanya nak repeat order Carotomax lagi bulan ni.

Wani pun ambil kesempatan tanya mengenai FIL beliau. Yela kan, kalau dah repeat setiap bulan mesti la dah ada tindak balas. Kalau takde takkan beliau repeat order kan??

Happy sangat bila Wani dapat tahu bahawa FIL beliau serasi dengan Carotomax. Sebelum ni dah macam-macam ubat hospital & farmasi FIL beliau ambil. Tapi takde perubahan. Alhamdulillah FIL beliau serasi ambil Carotomax siap pesan pada anaknya untuk restock setiap bulan. Wani ada sertakan printscreen sedikit perbualan kami.

Ni lah antara sebab Wani sayangkan Shaklee. Bila kita berusaha, ia membantu mereka yang memerlukan menjadi lebih sihat. Alhamdulillah Carotomax Shaklee menjadi asbab FIL sahabat Wani untuk jadi lebih sihat.

Bulan ni dah masuk kali ke-4 beliau repeat order. Dengan itu, Wani pun dengan rasminya TERGODA untuk TRY Carotomax untuk diri Wani sendiri. Nanti Wani kongsikan testimoni Wani sendiri plak ye! Beri masa 2-3 bulan untuk nampak perbezaannya.

Produk Shaklee adalah VITAMIN bukan ubat! Ia mengambil masa untuk memperbaiki sistem badan kita. Sel-sel badan kita kan regenerate setiap 21 hari. So kena ambil masa la untuk vitamin bertindakbalas!

Misi mengurangkan silau & power rabun!!! Bila dah cuba sendiri baru tahu perbezaannya kan??

Mai la cuba sama-sama dengan Wani (",)

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Supervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


~30 Cara Menjadi Individu Positif~

Sekadar perkongsian motivasi diri sendiri....

Bagaimana Untuk Menjadi Individu Yang Positif (",)

1.    Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.

2.   Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini. Kata-kata positif akan mempengaruhi minda separa sedar anda. Lebih banyak perasaan & kata-kata positif yang anda katakan pada duri anda, ia akan menjadikan anda lebih gembira dalam menikmati kehidupan anda.

3. Jangan berlebihan, tetapkan had mengikut kemampuan & keperluan. Sama ada dari segi pekerjaan, perbelanjaan mahupun pemakanan. Tetapkan had dalam setiap aspek kehidupan anda.

4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius. Relax & enjoy the process!

5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’. Gossip mencipta aspek negatif dalam diri anda. Elakkan!!

6. Bermimpilah ketika anda berjaga. Don't be afraid to DREAM! Buat sehabis baik untuk realisasikan mimpi anda itu. Semuanya bermula dengan mimpi yang direalisasikan mengikut kemampuan diri. Jangan duk mimpi je tanpa sebarang tindakan ye!!

7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan. Jangan terlalu pandang tinggi pada orang lain kerana anda sebenarnya mampu jadi lebih baik daripada itu. So, stop admiring others. Jnstead, use that time to take action to improve yourself!

8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang. Yesterday is HISTORY, Today is PRESENT & Tomorrow is FUTURE.

9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini.

11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri.

12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat.

13. Lebihkan senyum dan ketawa. Berikan senyuman TERBAIK anda setiap hari. Ia akan mempengaruhi tugas harian anda! Don't worry be HAPPY!!

14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju.

15. Kerap menelefon ahli keluarga. Keluarga adalah mereka yang akan sentiasa anda disisi anda tanpa mengira apa yang telah anda lakukan. Hargai keluarga anda!

16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain. Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yng menerima.

17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya. Memaafkan semua orang sebelum tidur setiap hari akan menjadikan anda individu yang lebih positif & gembira.

18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun. Anda akan lebih menghargai kehidupan anda masa kini.

19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari. Anda akan rasa gembira dengan membuatkan orang lain ceria.

20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda. Just keep on doing the right things regardless what other peoples would says.

21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka.

22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan. Hanya Allah tempat anda bergantung segalanya.

23.   Allah akan mengubati segala galanya. Allah yang Maha Mengetahui. Trust Allah in everything.

24.   Buat perkara yang betul.

25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah. Hidup umpama roda. Always be prepared & put your hope high.

26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia.

27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba. Take one steps at a time.

28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan. Always stay positive.

29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah. Nikmat nyawa adalah perkara yang paling berharga buat anda!

30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah.

Jom kita sama-sama memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Suervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


Sunday, 11 January 2015

7 Variasi Minuman Kesihatan Shaklee!!!

Anda dah cuba????

BELUM??? RUGI SANGAT-SANGAT!

DAPATKAN SEKARANG JUGA!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Balik Kampung Batu Pahat Part 2

Assalamualaikum

Semalam anakanda Umar Thaqif (UT) dekat pukul 2:30 pagi baru tidur. So bangun pukul 10:30 pagi. Siap-siap semua, pukul 11:30 kami sekeluarga memulakan misi jalan-jalan Batu Pahat!!

Destinasi pertama kami semestinya Nasi Beriyani Gam Power BP. Tok Abah kata kat sini Nasi Beriyani memang sedap. Actually Wani yang memang orang BP pun tak pernah try sebab Wani jarang makan luar. So kami ke sini untuk try nasi beriyani gam yang menjadi trademark orang BP!

Ya Allah! Memang sentiasa penuh orang! Tok Abah kata kena g awal sebab takut habis. Alhamdulillah rezeki kami dapat satu meja kosong. Syukur!

Tok Abah & suami Wani (ayah UT) ambik Beriyani Gam Kambing & Wani sekadar Beriyani Gam Ayam je! Air pulak kami order fresh orange, teh ais & limau suam!

Ayah UT memang kurang sikit makan kambing sebab takut bau. Tapi nak try jugak! Degil la plak. Ayah UT ni memang cerewet sikit bab makan.

Sampai je order kami siap dengan acar & kuah gulai, ayah UT tanya:

"Mie, mana lauk dia mie? Tak sampai pun lagi."
*tergelak Wani dengar. Sebab lauknya dalam nasi tu. Hahaha. Wani pun suruh dia tengok dalam nasi. Huhuhu.

Wani terus suapkan UT. UT biasanya tak memilih. Dia memang suka makan nasi. UT makan dengan penuh selera. Syukur.

Wani tanya Ayah UT. "Ok tak b??"

"Sedap la Mie, lain dari nasi beriyani yang kita makan. Tak kering. Memang jadi r!" kata suami Wani.

Alhamdulillah dia suka!! So nasi beriyani gam BP boleh pangkah daripada list!!!

(Dalam gambar tu nasi beriyani ayam Wani punya + muka model kami Bazaar D'Waniez + gambar signboard kedai tu. Senang kalau korang nak g cari)

Selesai lunch kat situ, alang-alang dah dekat Wani ajak g Pantai Minyak Beku! Saje je jalan-jalan. Padahal dah pukul 12 lebih.

UMAR THAQIF DAN AIR BERPISAH TIADA!!

Sampai je kat tepi pantai tu, keluar je kereta bukan main sengeh nampak air. Sibuk ajak ayah turun main air. Tapi agak dalam kawasan tu. Nasib ada budak pompuan kat situ bagitahu kalau nak main air kena g sebelah satu lagi. Sesuai untuk budak-budak.

Kitorang memang tak plan nak bawak UT mandi laut atau main air. So try pujuk bagi aiskrim. Tapi tak jalan gak. So g la jugak sebelah satu lagi tu g tengok kawasan.

Memang ada 2 orang budak tengah mandi. UT pun bukan main la nak main air. So berkorban jela mak masuk air sebab ayah pakai kasut. Buka baju, buka seluar terus main air walaupun tengahari buta kata orang. Hahaha. Nasib Wani memang bawak baju & pampers spare dalam handbag.

So semua mommy to be kena ingat ye! Baju & pampers + wet tissues memang always kena ada dalam handbag or diaper bag. Pastu kalau boleh standby sebotol air bersih dalam bonet kereta. Huhu

Pas mandi-mandi gerak ke BP Mall sebab Tok Abah nak beli selipar. Sukati je UT pow Tok Abah kasut boot satu. Hahaha melayang duit beli boot ke UT. Sayang tol Tok Abah dengan cucunya. UT bila dapat jalan-jalan, bukan main berlari sakan.

HAPPY Shaklee kids!! Sihat, aktif, cergas & cerdas!! (",)

Balik rumah Tok Abah UT sambung main bola plak kat luo. Tak penat-penat anak mak ni. Dah la langsung tak tidur siang.

Akhirnya pas Maghrib masa kami keluar nak g makan malam, UT tertido di bahu ayah tanpa sempat makan malam. Penat sangat la tu.

It's okay UT! Tidur lena ye sayang sampai pagi esok. Mak & Ayah tahu awak HAPPY sangat dapat jumpa Tok Abah awak & balik BP!

Siapa kata BP tak BEST??? Best tau!!!

Malam ni Mak & Ayah UT siap-siap telan Ostematrix 4 biji sebelum tidur. Elakkan sakit-sakit badan pagi esok. Al maklum la esok nak travel balik Terenggnu plak.

Walaupun sekejap balik BP, tapi kami HAPPY sebb dapat luangkan masa dengan Tok Abah jalan-jalan BP!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Wednesday, 7 January 2015

Testimoni Vivix

Hi

Wani nak belanja korang 2 testimoni Vivix!

Tak nak story lebih-lebih. Let's the picture tells the story. Hihihi

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Monday, 5 January 2015

1001 Kegunaan Basic H+ Shaklee ~ Part 1

Hi semua!

Mesti anda nak tahu 1001 kegunaan Basic H+ kan??

Kali ni Wani nk kongsikan salah satu kegunaan Basic H+ ni.

Sambil UT main air Khamis lepas, Wani ambik kesempatan basuh garage kereta. Sejak pindah rumah, tak pernah basuh lagi parking area ni. Semestinya Wani basuh dengan Basic H+ Shaklee!!

Pencuci serbaguna bagi surirumah & mommies yang busy macam Wani. Hihihi. Perasan busy. Tapi memang mudah bila ada Basic H+. Semua kerja mencuci hanya menggunakan satu bahan.

Tak payah pikir pencuci mana sesuai untuk setiap kerja. Tak payah nak simpan bahan pencuci banyak-banyak kat rumah.

Tambah lagi bila ada anak kecil. Diorang kan suka mencapai segala benda yang baru pada diorng. So kalauada satu je bahan pencuci yang COMEL je botolnya (JIMAT RUANG) ni, semestinya ia menjadi pilihan Wani.

SATU RUMAH SATU PENCUCI (",)
Jadilah pengguna yang bijak!
Next time Wani akan kongsikan lagi 4 kegunaan Basic H+ yang Wani sendiri dah rasai.

Wani adalah pengedar SAH Shaklee anda!!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Cantik BERSERI tanpa MAKE UP!!

Assalamualaikum W.B.T

Maaf ye lama tak update blog. So sebagai gantinya, Wani nk kongsikan dengan anda semua testimoni pengguna & pengedar sah Shaklee sendiri.

Wani kongsikan testimoni Kak Min daripada group B&C. Memang lain wajah beliau. Berseri-seri gitu.

Let's the picture speak for itself!!
Wani ada sertakan testimoni bertulis yang Kak Min kongsikan dengan kami. Malah beliau tak lokek untuk kongsikan sekali produk yang beliau makan.

Check it out!!

"Wajah saya sebelum dan selepas mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee.

Alfalfa
Vitamin C SR Plus
OmegaGuard
Vitamin E
Lecithin

Perbezaan:
SEBELUM: Kusam, jerawat, berminyak, bila keluar rumah nak pakai bedak, wajib cuci muka dengan pencuci muka jika tidak muka sangat berminyak (bak kata.. boleh buat goreng telur), jerawat asyik timbul tak putus-putus.
SELEPAS:
(Gambar ini diambil tanpa sebarang alat solek. Baru balik dari hospital)
Wajah lebih cerah, tak berminyak, tiada jerawat, sangat jarang menggunakan pencuci muka, jimat masa & wang (Dah jadi mama tak sempat nak solek2), natural beauty.. SAYA SUKA MENCANTIKKAN WAJAH SECARA SEMULAJADI :) "

Jelous kan?? Wani pun jelous. Pasni nak rajin buat masker & konsisten lagi ambil Shaklee.

Kadang-kadang kita ambil produk untuk tujuan lain tapi dengn Shaklee ni biasanya mesti dapat EXTRA. Hihi

Jom comel berseri sama-sama.

Hubungi Wani untuk story-story & dapatkan consultation TERBAIK!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Sunday, 14 December 2014

Kenapa SHAKLEE??

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar semua?? Wani doakan agar kita semua kurniakan nikmat kesihatan terbaik dariNya. Amin.

Wani nk kongsikan tentang pandangan suami Wani sendiri tentang Shaklee ni.

Kalau dulu memang tak disangkal bukan hanya suami malah wani sendiri memang tak suka supplement. Dah la memang culas makan ubat. Pastu memang tak suka bila ada yang bercakap pasal produk-produk ni. Terutama produk kurus. Sensitif. Hahahaha

Kami memang tak terdedah dengan kepentingan supplement. Malah pada kami semua tu membazir. Bukan habis pun makan. Result pun tak nampak.

Tapi kenapa Wani pilih SHAKLEE??

Wani mula ambil produk Shaklee masa Wani di trimester terakhir pregnant Umar Thaqif. Tu pun ambik Set Menyusu. Sebab kata kak ipar Wani (kak Hana), set ni boleh ambil terus dari trimester akhir tu sampai dalam pantang hingglah menyusu nanti. Cuma Alfalfa mula ambil selepas seminggu bersalin.

"Jimat la jugak! Aku dah la jenis culas. Confirm tahan lama. Hahaha" Itu adalah responce pertama Wani. Huhuhu. Tambah kak Hana kalau jenis tak tahan panas boleh ambik Shaklee sebab produk ni jenis vitamin bukan jamu.

Kalau tak habis pun boleh kongsi dengan suami & tahan lama. Set menyusu insyaallah tahan hingga 4 bulan dengan penggunaan secara konsisten.

Wani memang mencari produk berpantang yang tak panas sebab tak tahan. Yang penting berpatutan. Bila Wani bandingkan dengan produk berpantang lain-lain jenama, semuanya dalam lingkungan harga RM250-RM400. Lebih kurang je rasanya.

So lepas berbincang dengan suami. Wani pun ambil Set Menyusu tu dengan Kak Hana. Masa tu ada ESP + Vita-Lea + Vita C + Ostematrix + Alfalfa dengan apa lagi ye?? Tak ingat pulak apa lagi satu. Huhu. Sebab Kak Hana consult Wani yang penting je untuk ikut budget Wani. So kadang-kadang tak sama dengan set asal. (",)

Masa berpantang memang Wani makan tapi culas. Kalau ingat Wani makan, kalau lupa memang tak makan la jawabnya. Tapi sejujurnya memang rasa lain.

Luka jahitan cepat kering & baik walaupun jahitan banyak & panjang. Nurse yang datang check kat rumah pun kata bagus sebab cepat baik & kering dengan elok.

Sepanjang berpantang, semua urusan anak Wani uruskan sendiri. Mandikan, tukar lampin, tidurkan, susukan, semua la. Mak mentua tolong masak. Mak mentua Wani kerja. Kesian dia. So Wani usaha buat sendiri. Ayah mentua tolong angkat air mandi anak & jaga anak kalau Wani ke toilet.

Yang lain asasnya Wani buat sendiri. Suami Wani berulang alik dari Kerteh ke Kuala Berang. Seminggu 2-3 kali je balik kampung. Alhamdulillah walau baru seminggu berpantang Wani dah betah buat semua tu. Tenaga lain macam je.

Susu pulak memang banyak. Sampai mak mentua duk tegur baju basah susu meleleh. Cuma bukan rezeki Wani sebab Thaqif tak nak menyusu badan. Thaqif minum susu formula. Lama-lama bila anak tak nak menyusu, pengeluaran susu pun berkurangan.

Yang paling BEST. Wani turun 11kg masa berpantang. Padahal sepanjang hamil Wani cuma naik berat 4kg je dari berat asal. So dapat extra 7kg turun. Ringan je badan. Thankz mak sebab jaga makan kak long. Huhuhu

Genap umur Thaqif 3 bulan Wani pindah duduk dengan suami balik. Bila sibuk uruskan anak & rumahtangga memang Wani lupa nak ambik supplement Shakee. ESP tak habis-habis. Vitamin masa pantang pun ada yang berbaki lagi.

Hampir 5 bulan lebih Wani tinggalkan Shaklee. Ya Allah memang rasa berbeza. Rasa penat & letih tu lain macam. Mula la lenguh-lenguh badan, sakit pinggang. Dah la memang tak rajin minum susu. Lain sangat rasa badan.

Wani bincang dengan suami. "Macam nak kena ambik supplement la abg. Mie rasa tak best la badan. Tak macam dalam pantang dulu. Ni seharian main dukung anak pun dah penat. Badan pun rasa macam dah naik sikit je ni."
* lebih kurang la tu dialog Wani dengan suami *

Suami bagi green light. Wani tanya Kak Hana. Wani nak ambik alfalfa + lecithin + ostematrix. Konon nak detox & atasi maslah lenguh badn Wani. ESP & vita-lea masih ada balance berpantang dulu. Expired date pun lama lagi. Sambung jela makan.

Februari 2014, Wani mula balik makan Shaklee & daftar sebagai ahli.
*nak dapat harga murah. Untung-untung leh bonus kalau cukup UV*

Wani memang tak ada niat nak bisness. Kak Hana kata kalau nak bisness bagitahu dia. Dia kan ajar. Daftar ahli Wani dapat member kit dia. Belek-belek menarik. Kak Hana bagi buku nutrisi tentang produk Shaklee. Makin baca makin menarik pulak Shaklee ni.

Masa tu pula, ayah mentua Wani tengah bergelut dengan maslah buah pinggangnya. Doktor dah push suruh buat dialisis. Wani cadangkan ada suami untuk bagi ayah cuba VIVIX. Sui setuju lepas Wani explain kelebihan vivix.

Sebelum bagi ayah cuba, kami tanya doktor panel tu dulu boleh tak try bagi ayah vivix. Doktor tu kata ok. Tak payah nak explain banyak-banyk.

Dalam masa 2 minggu nampak perubahan ayah. Subhanallah memang jauh berubah. Syukur. Sejak tu, Wani rasa tertarik dengan Shaklee. Suami pun mula jeling-jeling apa tu Shaklee.

Jadi kenapa Wani pilih Shaklee??

Sebab Wani dah nampak perbezaannya. Walaupun dah lama Wani tahu Kak Hana pengguna setia Shaklee untuk masalah SLE dia, Wani masih berkira-kira. Tapi bila dah rasa sendiri, lain auranya. Bila lihat produk Shaklee membantu ayah & keluarga Wani, Wani rasa teruja untuk mendalami produk Shaklee.

Wani ambil keputusan aktif bersama-sama Shaklee bukan semata untuk bonus & bisnes. Tapi sebab Wani ingin membantu orang lain seperti ayah.

Malah kini, anak Wani juga menggunakan supplement Shaklee. Semestinya Set Kesihatan Kanak-kanak untuk si kecil Thaqif. Vita E + pencuci Enfuselle + Vivix + omega + alfalfa buat suami tersayang.
*suami pun dah mula ambil supplement tau!!*

Alhamdulillah ditemukan jodoh olehNya dengan Shaklee! Moga Allah kurniakan nikmat kesihatan berpanjangan buat kami sekeluarga & anda semua. Semoga Allah jauhkan kita semua daripada sebarang kesulitan & musibah. Amin.

Sorry panjang Wani berceloteh. Perkongsian kisah cinta Wani & Shaklee. Lot's of love!!

xoxoxoxo

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014