Showing posts with label testimoni. Show all posts
Showing posts with label testimoni. Show all posts

Sunday, 8 March 2015

Testimoni ESP

Hai, lama tak potpet kat sini.
Maaf ye. Insyaallah pasni akan selalu nyembang kat sini. Hihihi

Ramai yg dah tahu bulan 3 ni Shaklee buat promosi ESP, Zinc Complex & Vitalea Kid kan??

Kalau baru tahu tu, cepat-cepat kira budget utk restock k. Al-maklumlah bulan depan dah implement GST ye. Jangan lupa!!!

Berbalik pada promodi bulan ni, ramai yg ambil peluang utk restock ESP diorang. ESP kan salah satu produk TERLARIS Shaklee. Selain tu, ramai yg kongsikan kisah CINTA diorang dgn ESP.

Korang dah baca? Kalau belum, insyaallah Wani akan kongsikan testimoni yg ada dengan korang semua setiap hari k. Kalau korang baca, sure korang rasa nk g restock skrg gak. Hahaha

For the starter, Wani kongsikan kisah akak ni. Memang falling in love dgn ESP. Refer gambar k.

Kalau korang nak share kisah cinta ESP korang pun boleh. Kisah paling BEST nnt kita pikir nk bg hadiah apa k. Nak??

Share la kisah CINTA korang. Huhuhuhu.

Psst...jatuh cinta tu jatuh cinta gak. Kalau nak restock mai cepat huhungi Wani k. :)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
Supervisor Shaklee Mac 2015
pnkacang.blogspot.com


Monday, 19 January 2015

~Shaklee Pilihan Buat Thaqif~

Genap setahun usia Umar Thaqif, kami suami isteri berusaha untuk berikan makanan tambahan TERBAIK buat Umar Thaqif.

Mealshakes + Chewable Vita C + Omega Guard!!

Makanan tambahan yang membantu membekalkan nutrien lengkap bagi memastikan perkembangan secara sihat kanak-kanak!

Kami sudah!! Anda bagaimana??

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Supervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


Wednesday, 7 January 2015

Vivix buat Ayah!!!

Assalamualaikum.

Wani nak kongsikan kisah yang istimewa buat Wani. Dari sebab ni jugak la Wani jatuh CINTA dengan Shaklee.

Antara pelanggan Shaklee pertama Wani yang Wani consult adalah ayah mentua Wani sendiri.

Dari sebelum kawin lagi Wani tau FIL ada masalah kesihatan. Pernah dulu suami bagitahu FIL sampai tak boleh bangun. Kena papah bawak ke hospital.

Sejak 2008 FIL sakit tenat. mak yang jaga keperluan FIL. Wani ikut perkembangan FIL daripada suami Wani. Sejak 2010 doktor suruh FIL buat dialisis tapi FIL berdegil tak nak buat. FIL teringin sangat nak tunaikan HAJI. Sebab tu beliau bertahan.

Sejak tu jugak beliau sibuk berubat. Pergi klinik swasta jumpa pakar. Pakar kerajaan jangan cerita la. Hampir tiap bulan jumpa.

Rawatan ozon boleh kata tiap 2-3 bulan sekali buat kat klinik swasta. Masih tak nampak perubahan. FIL memang suntik insulin sendiri. Yang Wani perasan setiap kali sebelum makan malam. Sekali sahaja sehari.

Rawatan kampung jangan cerita la. Orang kata makan buah ni elok, dia makan. Orang kata minum air kopi ni atau air rebusan daun ni elok, dia cuba. Macam-macam. Produk pun dia makan. Daripada pil, jenis cecair semua dia cuba.

Doktor pun pelik kenapa takde perubahan. Mungkin belum jumpa penawar. Tak kena jodohnya lagi kata orang.

Dah 2 kali FIL buat pembedahan mata. Biasa siapa ada masalah diabetis a.k.a kencing manis biasa memang effect mata.

FIL Wani bukan hanya kencing manis, darah tinggi pun ada gak. Selain tu, HB dia rendah. Pucat je muka dia. Doktor memang suruh kawal makan. Encing manis ni, kawalan pemakanan adalah yang paling PENTING!

March 2014 doktor paksa FIL buat dialisis sebab dah 4 tahun pending katanya. FIL masih tak nak buat. Doktor kata kalau tak turun gak, dia tetap akan paksa buat.

So pertengahan March tu lepas bincang suami isteri, Wani cadangkan FIL ambil vivix. Ikhtiar supaya tak nak dialisis gak. Sebab bila dah mula dialisis memang dah susah nak bergerak ke mana-mana & tipis peluang untuk kerjakan Haji impian FIL.

Sebelum bagi FIL vivix, Wani & suami tanya doktor yang rawat FIL dulu sama ada boleh atau tak untuk cuba vivix. Tak nak la di katakan memandai-mandai.

Alhamdulillah tanpa perlu explain pasal vivix, doktor tu kata ok. Bila ditanya perlu tak explain or doktor tahu ke pasal vivix, doktor kata tak perlu explain sebab dia tahu pasal vivix.

So dengan senang hati bagi FIL cuba vivix. Lepas 2 minggu kami bagi FIL try vivix, MIL bagitahu dah banyak perubahan pada ayah. Antaranya:

Sebelum vivix;
• mudah letih
• kerap tidur
• malas bergerak
• muka pucat

Selepas vivix;
• muka dah kemerahan. Tak pucat
• boleh meracun rumput keliling rumah
• kurang tidur siang
• lebih aktif bergerak seperti berkebun dll
• muka lebih ceria

MIL sendiri terkejut dengan perubahan FIL. Dia telefon suami bagitahu perubahan FIL. Bila kami balik kampung, kami sendiri nampak FIL dah makin aktif bermain dengan cucu dia yang sorang ni. Kalau tak dulu, kejao je penat nak tidur.

Yang paling BEST, kalau dulu ke hospitak untuk checkup mesti kena mbik 5-6 tiub darah. Bulan tu masa g checkup doktor pakar kata hampir semua bacaan darah FIL turun. Walaupun tak turun mendadak tapi menunjukkan perubahan.

Padahal sejak 4 tahun dulu langsung tak ada perubahan walaupun macam-macam ikhtiar yang FIL buat. Rawatan ozon buat, rawatan stemcell buat, ubat cara kampung buat, makan produk kesihatan makan. Cuma dialisis je tak buat.

So doktor sendiri hold dulu dialisis FIL sebab ada penurunan. Malah untuk checkup seterusnya daripada 5-6 tiub darah, kini hanya 2 tiub darah sahaja. Sampaikan nurse bertugas pun kata, "Pak cik dah tak payah ambik darah banyak-banyak. Dah sihat la tu. Penyakit dah tak banyak."

Alhamdulillah. Sejak perubahan tu, sampai sekarang FIL kekal amalkan vivix setiap hari.

Walaupun tak la baik sepenuhnya lagi, tapi syukur ada perubahan yang positif. Doakan FIL Wani akan terus sihat tanpa perlu dialisis.

Insyaallah dengan ikhtiar, Allah akan permudahkan urusan kita. Hanya Allah sebaik-baik penyembuh segala penyakit. Mungkin vivix menjadi asbab FIL Wani tak perlu dialisis dengan segala kuasa Allah.

Dalam gambar tu adalah gambar family suami Wani. So korang leh tahu la kan yang Wani adalah menantu sulong & the only daughter in law buat masa ni. Moga Allah kurniakan kesihatan buat ayah sampai la Wani dapat 3 biras baru lagi nanti. Hihihihi

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Testimoni Vivix

Hi

Wani nak belanja korang 2 testimoni Vivix!

Tak nak story lebih-lebih. Let's the picture tells the story. Hihihi

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Monday, 5 January 2015

1001 Kegunaan Basic H+ Shaklee ~ Part 1

Hi semua!

Mesti anda nak tahu 1001 kegunaan Basic H+ kan??

Kali ni Wani nk kongsikan salah satu kegunaan Basic H+ ni.

Sambil UT main air Khamis lepas, Wani ambik kesempatan basuh garage kereta. Sejak pindah rumah, tak pernah basuh lagi parking area ni. Semestinya Wani basuh dengan Basic H+ Shaklee!!

Pencuci serbaguna bagi surirumah & mommies yang busy macam Wani. Hihihi. Perasan busy. Tapi memang mudah bila ada Basic H+. Semua kerja mencuci hanya menggunakan satu bahan.

Tak payah pikir pencuci mana sesuai untuk setiap kerja. Tak payah nak simpan bahan pencuci banyak-banyak kat rumah.

Tambah lagi bila ada anak kecil. Diorang kan suka mencapai segala benda yang baru pada diorng. So kalauada satu je bahan pencuci yang COMEL je botolnya (JIMAT RUANG) ni, semestinya ia menjadi pilihan Wani.

SATU RUMAH SATU PENCUCI (",)
Jadilah pengguna yang bijak!
Next time Wani akan kongsikan lagi 4 kegunaan Basic H+ yang Wani sendiri dah rasai.

Wani adalah pengedar SAH Shaklee anda!!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Cantik BERSERI tanpa MAKE UP!!

Assalamualaikum W.B.T

Maaf ye lama tak update blog. So sebagai gantinya, Wani nk kongsikan dengan anda semua testimoni pengguna & pengedar sah Shaklee sendiri.

Wani kongsikan testimoni Kak Min daripada group B&C. Memang lain wajah beliau. Berseri-seri gitu.

Let's the picture speak for itself!!
Wani ada sertakan testimoni bertulis yang Kak Min kongsikan dengan kami. Malah beliau tak lokek untuk kongsikan sekali produk yang beliau makan.

Check it out!!

"Wajah saya sebelum dan selepas mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee.

Alfalfa
Vitamin C SR Plus
OmegaGuard
Vitamin E
Lecithin

Perbezaan:
SEBELUM: Kusam, jerawat, berminyak, bila keluar rumah nak pakai bedak, wajib cuci muka dengan pencuci muka jika tidak muka sangat berminyak (bak kata.. boleh buat goreng telur), jerawat asyik timbul tak putus-putus.
SELEPAS:
(Gambar ini diambil tanpa sebarang alat solek. Baru balik dari hospital)
Wajah lebih cerah, tak berminyak, tiada jerawat, sangat jarang menggunakan pencuci muka, jimat masa & wang (Dah jadi mama tak sempat nak solek2), natural beauty.. SAYA SUKA MENCANTIKKAN WAJAH SECARA SEMULAJADI :) "

Jelous kan?? Wani pun jelous. Pasni nak rajin buat masker & konsisten lagi ambil Shaklee.

Kadang-kadang kita ambil produk untuk tujuan lain tapi dengn Shaklee ni biasanya mesti dapat EXTRA. Hihi

Jom comel berseri sama-sama.

Hubungi Wani untuk story-story & dapatkan consultation TERBAIK!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Wednesday, 24 December 2014

Testimoni Detox dengan Herbalax

Let's the picture speak for itself. Hihihihi

Siapa yang inginkan pengalaman detok yang lancar, mai hubungi Wani!

Herbalax bukan perlu makan hari-hari ye! Nak tahu cara penggunaan?? Berapa biji & berapa kali makan??

EKSKLUSIF untuk pelanggan Bazaar D'Waniez ye! Sharing information boleh. Tip-tip lain khas buat pelanggan kami. Anda nk tahu kena la join kami. (",)

Herbalax bukan satu-satunya produk detok Shaklee ye! Ada lagi yang lain. Jadi yang mana yang sesuai untuk anda?? Mai hubungi Wani. Konsultasi TERBAIK buat anda dari Wani!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI 


HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014