Showing posts with label vivix. Show all posts
Showing posts with label vivix. Show all posts

Monday, 19 January 2015

~4 Impak Vivix sebagai Anti-Penuaan~

Didalam kajian makmal,ramuan VIVIX telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap selular

1.KEROSAKAN DNA
-Setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA pada setiap hari.Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik,menghasilkan satu "typo"(kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur

√ RAMUAN VIVIX -Melindungi dan memperbaiki selular DNA

2.PENGAWALAN GENETIK
-Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular

√ RAMUAN VIVIX-Mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular

3.PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MENURUN OLEH SEL-SEL
-Mitochondra(penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan.Apabila kecekapan mitochondra menurun fungsi sel turut menurun

√ RAMUAN VIVIX-Menggalakkan biogenesis(pembentukan baru) mitochondra untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel

4.PENIMBUNAN PROTIN AGE
-Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur

√ RAMUAN VIVIX-Adalah 10x lebih kuat dari resveratrol(kandungan unik dalam anggur 'muscadine' ) untuk melambatkan pembentukan protin AGE

Nak tahu lebih lanjut tentang Vivix? Hubungi saya, Wani untuk sembang panjang.

Kredit kepada B&C group atas perkongsian ilmu.

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Supervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


Wednesday, 7 January 2015

Vivix buat Ayah!!!

Assalamualaikum.

Wani nak kongsikan kisah yang istimewa buat Wani. Dari sebab ni jugak la Wani jatuh CINTA dengan Shaklee.

Antara pelanggan Shaklee pertama Wani yang Wani consult adalah ayah mentua Wani sendiri.

Dari sebelum kawin lagi Wani tau FIL ada masalah kesihatan. Pernah dulu suami bagitahu FIL sampai tak boleh bangun. Kena papah bawak ke hospital.

Sejak 2008 FIL sakit tenat. mak yang jaga keperluan FIL. Wani ikut perkembangan FIL daripada suami Wani. Sejak 2010 doktor suruh FIL buat dialisis tapi FIL berdegil tak nak buat. FIL teringin sangat nak tunaikan HAJI. Sebab tu beliau bertahan.

Sejak tu jugak beliau sibuk berubat. Pergi klinik swasta jumpa pakar. Pakar kerajaan jangan cerita la. Hampir tiap bulan jumpa.

Rawatan ozon boleh kata tiap 2-3 bulan sekali buat kat klinik swasta. Masih tak nampak perubahan. FIL memang suntik insulin sendiri. Yang Wani perasan setiap kali sebelum makan malam. Sekali sahaja sehari.

Rawatan kampung jangan cerita la. Orang kata makan buah ni elok, dia makan. Orang kata minum air kopi ni atau air rebusan daun ni elok, dia cuba. Macam-macam. Produk pun dia makan. Daripada pil, jenis cecair semua dia cuba.

Doktor pun pelik kenapa takde perubahan. Mungkin belum jumpa penawar. Tak kena jodohnya lagi kata orang.

Dah 2 kali FIL buat pembedahan mata. Biasa siapa ada masalah diabetis a.k.a kencing manis biasa memang effect mata.

FIL Wani bukan hanya kencing manis, darah tinggi pun ada gak. Selain tu, HB dia rendah. Pucat je muka dia. Doktor memang suruh kawal makan. Encing manis ni, kawalan pemakanan adalah yang paling PENTING!

March 2014 doktor paksa FIL buat dialisis sebab dah 4 tahun pending katanya. FIL masih tak nak buat. Doktor kata kalau tak turun gak, dia tetap akan paksa buat.

So pertengahan March tu lepas bincang suami isteri, Wani cadangkan FIL ambil vivix. Ikhtiar supaya tak nak dialisis gak. Sebab bila dah mula dialisis memang dah susah nak bergerak ke mana-mana & tipis peluang untuk kerjakan Haji impian FIL.

Sebelum bagi FIL vivix, Wani & suami tanya doktor yang rawat FIL dulu sama ada boleh atau tak untuk cuba vivix. Tak nak la di katakan memandai-mandai.

Alhamdulillah tanpa perlu explain pasal vivix, doktor tu kata ok. Bila ditanya perlu tak explain or doktor tahu ke pasal vivix, doktor kata tak perlu explain sebab dia tahu pasal vivix.

So dengan senang hati bagi FIL cuba vivix. Lepas 2 minggu kami bagi FIL try vivix, MIL bagitahu dah banyak perubahan pada ayah. Antaranya:

Sebelum vivix;
• mudah letih
• kerap tidur
• malas bergerak
• muka pucat

Selepas vivix;
• muka dah kemerahan. Tak pucat
• boleh meracun rumput keliling rumah
• kurang tidur siang
• lebih aktif bergerak seperti berkebun dll
• muka lebih ceria

MIL sendiri terkejut dengan perubahan FIL. Dia telefon suami bagitahu perubahan FIL. Bila kami balik kampung, kami sendiri nampak FIL dah makin aktif bermain dengan cucu dia yang sorang ni. Kalau tak dulu, kejao je penat nak tidur.

Yang paling BEST, kalau dulu ke hospitak untuk checkup mesti kena mbik 5-6 tiub darah. Bulan tu masa g checkup doktor pakar kata hampir semua bacaan darah FIL turun. Walaupun tak turun mendadak tapi menunjukkan perubahan.

Padahal sejak 4 tahun dulu langsung tak ada perubahan walaupun macam-macam ikhtiar yang FIL buat. Rawatan ozon buat, rawatan stemcell buat, ubat cara kampung buat, makan produk kesihatan makan. Cuma dialisis je tak buat.

So doktor sendiri hold dulu dialisis FIL sebab ada penurunan. Malah untuk checkup seterusnya daripada 5-6 tiub darah, kini hanya 2 tiub darah sahaja. Sampaikan nurse bertugas pun kata, "Pak cik dah tak payah ambik darah banyak-banyak. Dah sihat la tu. Penyakit dah tak banyak."

Alhamdulillah. Sejak perubahan tu, sampai sekarang FIL kekal amalkan vivix setiap hari.

Walaupun tak la baik sepenuhnya lagi, tapi syukur ada perubahan yang positif. Doakan FIL Wani akan terus sihat tanpa perlu dialisis.

Insyaallah dengan ikhtiar, Allah akan permudahkan urusan kita. Hanya Allah sebaik-baik penyembuh segala penyakit. Mungkin vivix menjadi asbab FIL Wani tak perlu dialisis dengan segala kuasa Allah.

Dalam gambar tu adalah gambar family suami Wani. So korang leh tahu la kan yang Wani adalah menantu sulong & the only daughter in law buat masa ni. Moga Allah kurniakan kesihatan buat ayah sampai la Wani dapat 3 biras baru lagi nanti. Hihihihi

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Testimoni Vivix

Hi

Wani nak belanja korang 2 testimoni Vivix!

Tak nak story lebih-lebih. Let's the picture tells the story. Hihihi

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Thursday, 1 January 2015

6 Promosi Hebat Shaklee & Happy New Year!!

Assalamualaikum & good morning semua!!

Alhamdulillah diberi peluang bernafas lagi pagi ini untuk bersama Tahun 2015.

Kejap je pejam celik dah 2015 kan?? Another year has past..another year coming for us to create a lot more memories!!! Semoga tahun ini lebih baik daripada 2014.

Bangun pagi ni je hati melonjak ceria bila buka group TELEGRAM B&C! Nak tahu kenapa??

Sebab diorang tengah discuss promosi HEBAT Shaklee bulan Januari 2015!!!

Kenapa Wani kata HEBAT??? Shaklee buat promosi TERBAIK awal tahun ni for a good start to everyone!

Promosi apa?? Tak tahu lagi?? Wani tak bagitahu lagi???
(Sorry excited sorang sorang plak)

Promosi berganda-ganda 3 produk Shaklee tau!! Dengan jumlah 6 promosi terbaik!!

1) Vivix
~ BELI 6 PERCUMA 1 (Jimat RM475)
~ PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE SEUMUR HIDUP (Jimat RM75)
~ PERCUMA KOS PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA (Jimat RM10)

2) Alfalfa (L) - 700biji
~ BELI 6 PERCUMA 1 (Jimat RM97.50)
~ PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE SEUMUR HIDUP (Jimat RM75)
~ PERCUMA KOS PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA (Jimat RM10)

3) Alfalfa (L) - 700biji
~ TWINPACK (Jimat 5%)

4) Alfalfa (S) - 330biji
~ BELI 6 PERCUMA 1 (Jimat RM53.75)
~ PERCUMA KOS PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA (Jimat RM10)

5) Alfalfa (S) - 330biji
~ TWINPACK (Jimat 5%)

6) Vita-Lea for Children
~ BELI 3 PERCUMA 1 (Jimat RM111)
~ PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE SEUMUR HIDUP (Jimat RM75)
~ PERCUMA KOS PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA (Jimat RM10)

Best kan??

Apa tunggu lagi?? Jom la dapatkan sekarang!!

Alfalfa & vivix adalah produk detox TERBAIK!!! Jom detox badan kita. Buang segala anasir-anasir jahat dalam badan agar kita dapat mulakan tahun ini dengan lebih efektif, ceria, sihat & produktif!!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014