Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

Balik Kampung!! Ronda-ronda BP!!!

Alhamdulillah after a long journey akhirnya kami sekeluarga selamat sampai di kampung Wani.

Parit Sulong, Batu Pahat, Johor

Sepanjang jalan hujan agak lebat & kenderaan agak banyak. Syukur dipermudahkan perjalanan kami.

Sampai ke rumah Tok Abah dah lewat petang. Turun kereta je terus lari keliling rumah Tok Abah. Haha sabar jela tengok perangai Umar Thaqif yang sangat aktif. Dapat je peluang memang gembira berlari ke sana ke mari.

Sampai rumah dah lewat. So ambik keputusan makan luar je malam ni dengan Abah. Planning nak g makan Mee Racun Special BP.

Dengan gumbira lepas Maghrib cepat-cepat siap. Tapi sayang, kedai tutup. Bila hujan renyai-renyai ni kurang pilihan tempat makan sebab banyak yang open air. Nak lepak BP Walk pun bukan la pilihan terbaik bagi kmi yang ada anak kecil time hujan ni.

Jalan punya jalan akhirnya western jadi pilihan. Kami bukan jenis makan luar so tak tahu banyak kedai makan. So ni first time nk try kat The Windmill Station BP.

Tok Abah : Grilled Fish with pineapple dried rice + Fresh Orange
Ayah UT : Set Grilled Chicken (tak sempat snap gambar)
Mak UT : Set Golden Fish
Umar Thaqif : Spagheti + Mini Hotdog

Alhamdulillah sedap & worth dengan harga makanan. Recommended pada mereka yang suka western sebab banyak menu. Bukan hanya steak & chicken chop. Hahaha

Lepas makan, Wani saja ajak diorang jalan-jalan Dataran Batu Pahat. Rupanya masih ada Karnival Ambang Tahun Baru. So memang ramai orang la jugak & agak banyak gerai.

Seperti biasa, bila lepas je si Umar Thaqif tu, bukan main gembira dia berlari-lari main bola + main dengan arnab. (Ada mini zoo, Taman Arnab Bergerak dll)

Sangat happy Umar Thaqif main walaupun dah pukul 10 lebih. Biar jela lepaskan gian nak main. Tok Abah belanja Thaqif bola sebiji. Hahaha.

Syukur dapat spend time dengan family & happy-happy! Sekarang jam 01:33 tapi Umar Thaqif masih aktif main kat rumah pulak ni. Esok plan nak berjalan cari makan plak. En.Suami nak try specialty Batu Pahat. So plan nak bawak pegi makan nasi beriyani. Round-round BP esok.

Insyaallah esok harap-harap Mak Long & Pak Long Umar Thaqif balik join makan-makan malam esok. Sebab lama dah tak spend time whole family. So Tok Abah ajak makan luar esok malam. Hahaha.
(Mak Thaqif tak payah masak esok...yeayyy!!!)

Jom happy-happy dengan family Thaqif!!!

Psst...jangan lupa dapat produk Shaklee daripada Wani ye! Bercuti pun kedai online Bazaar D'Waniez still beroperasi seperti biasa. 24/7 gitu!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Sunday, 14 December 2014

Kenapa SHAKLEE??

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar semua?? Wani doakan agar kita semua kurniakan nikmat kesihatan terbaik dariNya. Amin.

Wani nk kongsikan tentang pandangan suami Wani sendiri tentang Shaklee ni.

Kalau dulu memang tak disangkal bukan hanya suami malah wani sendiri memang tak suka supplement. Dah la memang culas makan ubat. Pastu memang tak suka bila ada yang bercakap pasal produk-produk ni. Terutama produk kurus. Sensitif. Hahahaha

Kami memang tak terdedah dengan kepentingan supplement. Malah pada kami semua tu membazir. Bukan habis pun makan. Result pun tak nampak.

Tapi kenapa Wani pilih SHAKLEE??

Wani mula ambil produk Shaklee masa Wani di trimester terakhir pregnant Umar Thaqif. Tu pun ambik Set Menyusu. Sebab kata kak ipar Wani (kak Hana), set ni boleh ambil terus dari trimester akhir tu sampai dalam pantang hingglah menyusu nanti. Cuma Alfalfa mula ambil selepas seminggu bersalin.

"Jimat la jugak! Aku dah la jenis culas. Confirm tahan lama. Hahaha" Itu adalah responce pertama Wani. Huhuhu. Tambah kak Hana kalau jenis tak tahan panas boleh ambik Shaklee sebab produk ni jenis vitamin bukan jamu.

Kalau tak habis pun boleh kongsi dengan suami & tahan lama. Set menyusu insyaallah tahan hingga 4 bulan dengan penggunaan secara konsisten.

Wani memang mencari produk berpantang yang tak panas sebab tak tahan. Yang penting berpatutan. Bila Wani bandingkan dengan produk berpantang lain-lain jenama, semuanya dalam lingkungan harga RM250-RM400. Lebih kurang je rasanya.

So lepas berbincang dengan suami. Wani pun ambil Set Menyusu tu dengan Kak Hana. Masa tu ada ESP + Vita-Lea + Vita C + Ostematrix + Alfalfa dengan apa lagi ye?? Tak ingat pulak apa lagi satu. Huhu. Sebab Kak Hana consult Wani yang penting je untuk ikut budget Wani. So kadang-kadang tak sama dengan set asal. (",)

Masa berpantang memang Wani makan tapi culas. Kalau ingat Wani makan, kalau lupa memang tak makan la jawabnya. Tapi sejujurnya memang rasa lain.

Luka jahitan cepat kering & baik walaupun jahitan banyak & panjang. Nurse yang datang check kat rumah pun kata bagus sebab cepat baik & kering dengan elok.

Sepanjang berpantang, semua urusan anak Wani uruskan sendiri. Mandikan, tukar lampin, tidurkan, susukan, semua la. Mak mentua tolong masak. Mak mentua Wani kerja. Kesian dia. So Wani usaha buat sendiri. Ayah mentua tolong angkat air mandi anak & jaga anak kalau Wani ke toilet.

Yang lain asasnya Wani buat sendiri. Suami Wani berulang alik dari Kerteh ke Kuala Berang. Seminggu 2-3 kali je balik kampung. Alhamdulillah walau baru seminggu berpantang Wani dah betah buat semua tu. Tenaga lain macam je.

Susu pulak memang banyak. Sampai mak mentua duk tegur baju basah susu meleleh. Cuma bukan rezeki Wani sebab Thaqif tak nak menyusu badan. Thaqif minum susu formula. Lama-lama bila anak tak nak menyusu, pengeluaran susu pun berkurangan.

Yang paling BEST. Wani turun 11kg masa berpantang. Padahal sepanjang hamil Wani cuma naik berat 4kg je dari berat asal. So dapat extra 7kg turun. Ringan je badan. Thankz mak sebab jaga makan kak long. Huhuhu

Genap umur Thaqif 3 bulan Wani pindah duduk dengan suami balik. Bila sibuk uruskan anak & rumahtangga memang Wani lupa nak ambik supplement Shakee. ESP tak habis-habis. Vitamin masa pantang pun ada yang berbaki lagi.

Hampir 5 bulan lebih Wani tinggalkan Shaklee. Ya Allah memang rasa berbeza. Rasa penat & letih tu lain macam. Mula la lenguh-lenguh badan, sakit pinggang. Dah la memang tak rajin minum susu. Lain sangat rasa badan.

Wani bincang dengan suami. "Macam nak kena ambik supplement la abg. Mie rasa tak best la badan. Tak macam dalam pantang dulu. Ni seharian main dukung anak pun dah penat. Badan pun rasa macam dah naik sikit je ni."
* lebih kurang la tu dialog Wani dengan suami *

Suami bagi green light. Wani tanya Kak Hana. Wani nak ambik alfalfa + lecithin + ostematrix. Konon nak detox & atasi maslah lenguh badn Wani. ESP & vita-lea masih ada balance berpantang dulu. Expired date pun lama lagi. Sambung jela makan.

Februari 2014, Wani mula balik makan Shaklee & daftar sebagai ahli.
*nak dapat harga murah. Untung-untung leh bonus kalau cukup UV*

Wani memang tak ada niat nak bisness. Kak Hana kata kalau nak bisness bagitahu dia. Dia kan ajar. Daftar ahli Wani dapat member kit dia. Belek-belek menarik. Kak Hana bagi buku nutrisi tentang produk Shaklee. Makin baca makin menarik pulak Shaklee ni.

Masa tu pula, ayah mentua Wani tengah bergelut dengan maslah buah pinggangnya. Doktor dah push suruh buat dialisis. Wani cadangkan ada suami untuk bagi ayah cuba VIVIX. Sui setuju lepas Wani explain kelebihan vivix.

Sebelum bagi ayah cuba, kami tanya doktor panel tu dulu boleh tak try bagi ayah vivix. Doktor tu kata ok. Tak payah nak explain banyak-banyk.

Dalam masa 2 minggu nampak perubahan ayah. Subhanallah memang jauh berubah. Syukur. Sejak tu, Wani rasa tertarik dengan Shaklee. Suami pun mula jeling-jeling apa tu Shaklee.

Jadi kenapa Wani pilih Shaklee??

Sebab Wani dah nampak perbezaannya. Walaupun dah lama Wani tahu Kak Hana pengguna setia Shaklee untuk masalah SLE dia, Wani masih berkira-kira. Tapi bila dah rasa sendiri, lain auranya. Bila lihat produk Shaklee membantu ayah & keluarga Wani, Wani rasa teruja untuk mendalami produk Shaklee.

Wani ambil keputusan aktif bersama-sama Shaklee bukan semata untuk bonus & bisnes. Tapi sebab Wani ingin membantu orang lain seperti ayah.

Malah kini, anak Wani juga menggunakan supplement Shaklee. Semestinya Set Kesihatan Kanak-kanak untuk si kecil Thaqif. Vita E + pencuci Enfuselle + Vivix + omega + alfalfa buat suami tersayang.
*suami pun dah mula ambil supplement tau!!*

Alhamdulillah ditemukan jodoh olehNya dengan Shaklee! Moga Allah kurniakan nikmat kesihatan berpanjangan buat kami sekeluarga & anda semua. Semoga Allah jauhkan kita semua daripada sebarang kesulitan & musibah. Amin.

Sorry panjang Wani berceloteh. Perkongsian kisah cinta Wani & Shaklee. Lot's of love!!

xoxoxoxo

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014