Monday 19 January 2015

~30 Cara Menjadi Individu Positif~

Sekadar perkongsian motivasi diri sendiri....

Bagaimana Untuk Menjadi Individu Yang Positif (",)

1.    Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.

2.   Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini. Kata-kata positif akan mempengaruhi minda separa sedar anda. Lebih banyak perasaan & kata-kata positif yang anda katakan pada duri anda, ia akan menjadikan anda lebih gembira dalam menikmati kehidupan anda.

3. Jangan berlebihan, tetapkan had mengikut kemampuan & keperluan. Sama ada dari segi pekerjaan, perbelanjaan mahupun pemakanan. Tetapkan had dalam setiap aspek kehidupan anda.

4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius. Relax & enjoy the process!

5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’. Gossip mencipta aspek negatif dalam diri anda. Elakkan!!

6. Bermimpilah ketika anda berjaga. Don't be afraid to DREAM! Buat sehabis baik untuk realisasikan mimpi anda itu. Semuanya bermula dengan mimpi yang direalisasikan mengikut kemampuan diri. Jangan duk mimpi je tanpa sebarang tindakan ye!!

7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan. Jangan terlalu pandang tinggi pada orang lain kerana anda sebenarnya mampu jadi lebih baik daripada itu. So, stop admiring others. Jnstead, use that time to take action to improve yourself!

8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang. Yesterday is HISTORY, Today is PRESENT & Tomorrow is FUTURE.

9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini.

11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri.

12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat.

13. Lebihkan senyum dan ketawa. Berikan senyuman TERBAIK anda setiap hari. Ia akan mempengaruhi tugas harian anda! Don't worry be HAPPY!!

14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju.

15. Kerap menelefon ahli keluarga. Keluarga adalah mereka yang akan sentiasa anda disisi anda tanpa mengira apa yang telah anda lakukan. Hargai keluarga anda!

16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain. Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yng menerima.

17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya. Memaafkan semua orang sebelum tidur setiap hari akan menjadikan anda individu yang lebih positif & gembira.

18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun. Anda akan lebih menghargai kehidupan anda masa kini.

19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari. Anda akan rasa gembira dengan membuatkan orang lain ceria.

20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda. Just keep on doing the right things regardless what other peoples would says.

21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka.

22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan. Hanya Allah tempat anda bergantung segalanya.

23.   Allah akan mengubati segala galanya. Allah yang Maha Mengetahui. Trust Allah in everything.

24.   Buat perkara yang betul.

25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah. Hidup umpama roda. Always be prepared & put your hope high.

26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia.

27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba. Take one steps at a time.

28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan. Always stay positive.

29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah. Nikmat nyawa adalah perkara yang paling berharga buat anda!

30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah.

Jom kita sama-sama memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Suervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014