Sunday 28 December 2014

Bantuan Mangsa Banjir

Assalamualaikum W.B.T

Bagi mereka yang mempunyai kemampuan, sama-samalah hulurkan bantuan buat mereka yang mengalami musibah banjir di Pantai Timur malah di semua negeri yng terlibat.

Insyaallah kebaikan anda akan di balas oleh Allah S.W.T setimpalnya.

Amin


Friday 26 December 2014

Shaklee Collagen Powder

Countdown!!

5 hari sahaja lagi untuk anda dapatkan Shaklee Collagen Powder.

Untuk buat stok tahun hadapan kerana pengeluaran SCP akan diberhentikan seketika.

Kenapa??

Kerana produk SCP dalam proses mendapatkan lesen penjualan semula daripada kementerian (RENEW LICENSE). Permohonan awal daripada Shakee masih pending di pihak berkenaan.

Bagi mematuhi peraturan, pengeluaran SCP akan diberhentikan buat sementara waktu sehingga lesen baru diperolehi. Yang mana mungkin memakan masa 6-12 bulan.

Bagi pengguna tegar SCP boleh ambil peluang untuk restock SCP sempena promosi Shaklee BELI 3 PERCUMA 1.

Jangan risau kerana tarikh tamat tempoh SCP adalah pada tahun 2016. So boleh buat stok setahun ye!

Cepat roger Wani untuk dapatkan stok SCP anda!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Wednesday 24 December 2014

Doa Buat Pantai Timur

ALLAHUAKBAR!!!

Ramai yang dah tahu sekarang kita didatangi dengan ujian Allah yang besar terutama buat mereka di Pantai Timur khasnya serta Malaysia amnya.

Banjir besar semakin teruk di Kelantan. Malah, di Terengganu juga keadaan membimbangkan. Begitu juga Pahang.

Di Kemaman air dah naik. Risau juga kami sekeluarga di Kijal ni. Walaupun kawasan kami tidak dilanda banjir ada tahun lepas, tapi semuanya ketentuan Allah.

Sebagaimana yang kita tahu, kali ni banyak kawasan yang tak pernah dinaiki air kini mengalami banjir besar. Allah Maha Mengetahui percaturannya.

Kita hanya mampu berdoa, bertaubat di atas segala kesalahan & dosa kita, banyakkan baca Al-Quran dan solat sunat. Moga diringankan ujian ini olehNya.

Titipkan doa buat kami di Pantai Timur dalam doa kalian. Moga musibah ujian kali ini menjadi iktibar buat semua. Semoga Allah ringankan ujian ini.

Jagalah keselamatan kaum keluarga anda walau di mana anda berada. Semoga dipelihara keselamatan kita semua.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa & kesalahan kami. Terimalah taubat kami Ya Allah. Andaikata ujian ni adlah petunjukMu ke atas segala kealpaan & kesilapan kami, kami bermohon kepadaMu Ya Allah agar Kau ampunilah segala kesalahan kami. Andai ini pengapus dosa kami, Kau ampunilah dosa kami Ya Allah. Ringankanlah bagi kami yang mengalami musibah ini Ya Allah. Peliharalah keselamatan kami sekeluarga serta kaum muslimin & muslimat sekalian. Hanya Kau yang Maha Mengetahui, Maha Pengampun, Maha Penyayang & Maha Pemurah. Amin Ya Rabb."


Testimoni Detox dengan Herbalax

Let's the picture speak for itself. Hihihihi

Siapa yang inginkan pengalaman detok yang lancar, mai hubungi Wani!

Herbalax bukan perlu makan hari-hari ye! Nak tahu cara penggunaan?? Berapa biji & berapa kali makan??

EKSKLUSIF untuk pelanggan Bazaar D'Waniez ye! Sharing information boleh. Tip-tip lain khas buat pelanggan kami. Anda nk tahu kena la join kami. (",)

Herbalax bukan satu-satunya produk detok Shaklee ye! Ada lagi yang lain. Jadi yang mana yang sesuai untuk anda?? Mai hubungi Wani. Konsultasi TERBAIK buat anda dari Wani!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI 


Khasiat Bawang Putih

Hi semua!

Anda suka makan bawang putih?? Suka?? Tak suka??

Bagi peminat artis Korea, mesti selalu tengok rancangan Korea kan?? Drama, movie, rancangan variety diorang, kan??

Pernah tak anda terfikir kenapa orang Korea suka sangat makan bawang putih mentah?? Tak percaya?? Cuma tenung elok-elok dalam drama atau rancangan hiburan mereka kalau ada bahagian BBQ ke, restoran ke, mesti ada.

Orang Korea mesti letak bawang putih mentah dalam balutan sayur/daging diorang masa BBQ. Malah diorang ada masakan khas guna bawang putih je. Tak ingat nama dia tapi diorang rebus ayam/daging dengan bawang putih banyak-banyak. Wani tengok pelakon Dong Wook masak dalam rancangan Roomate 2 :)

Kalau diorang buat sup ayam ginseng pun diorang akam letak bawang putih banyak-banyak selain ginseng, chinese date dan lain-lain bahan. Kan??

Takkan taknpernah perasan kot?? Cam tak percaya je. Cuba tengok elok-elok. Rancangan Two Days One Night (2D1N) selalu makan BBQ, cuba tengok nanti ye!

* Wani peminat Korea gak. Selalu layan rancangan variety diorang. Hahahahaha *

Anda tak suka tengok Korea?? Ok! Cuba tengok orang Itali kalau memasak mesti letak bawang putih. Dalam pasta ke, ape ke, semua kena letak bawng putih. Malah diorang ada 'Garlic sauce' lagi.

Dekat channel 727 (Food Network) atau 702 (Asian Food Channel) tu, kalau tengok diorng masak mesti letak bawang putih. Jangan kata diorang, mak kita masak pun letak bawang putih kan??

Persoalannya,
KENAPA MEREKA SUKA MAKAN/MASAK BAWANG PUTIH???
*siapa leh jawab??*


Jawapannya adalah kerana bawang putih ni mempunyai banyak kelebihan & kebaikan untuk tubuh badan kita!

Tahukah anda, dengan memakan bawang putih ia dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah kita???

Orang Korea, orang Itali, orang US suka makan makanan tinggi protein seperti daging merah, steak, rib BBQ yang mempunyai kadar kolestrol tinggi. Dengan mengambil bawang putih dalam diet pemakanan anda, ia akan membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh anda.
*psst...makan kena kawal juga ye!!*

Malah mengikut nasihat doktor yang merawat ayh mentua Wani, beliau juga menyarankan ayah untuk makan 1 labu bawang putih rebus setiap hari (biasanya selepas dinner) untuk mengurangkan paras kolestrol ayah. Sampai sekarang ayah memang amalkan.

Tahukah anda, bawang putih juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh anda???

Jika anda rasa ingin demam atau tidak sihat, cer cuba makan garlic. Bukan la dengan seulas kecil garlic dah boleh jadi kuat ye!

Malah tahukah anda bahawa garlic juga merupakan ejen detok yang baik untuk tubuh badan anda??

Dalam post seterusnya Wani akan kongsikan beberapa testimoni garlic sebagai ejen detoks. Testimoni apa??? Testimoni kulit cantik bebas jerawat halus, jerawat, jeragat dengan hanya konsisten garlic!! Garlic bertindak membersihkan sistem tubuh kita dengan mengeluarkan segala anasir-anasir jahat yang mengganggu tubuh kita. Hahahahaha (gelak jahat)!!

Malah dalam buku Rasullullah is a Doctor pun ada menyatakan bahawa bawang putih elok di ambil oleh ibu hamil serta menyenaraikan beberapa kebaikan memakan bawang putih.

Sekiranya ada antara ahli keluarga anda yang mengalami masalah darah tinggi, cer cuba bagi makan bawang putih 1 labu sehari. Abah Wani sendiri amalkan garlic untuk masalah darah tinggi & darah pekat beliau. Bukanlah makan garlic rebus 1 labu sehari, tapi beliau amalkan Garlic Shaklee. Abah Wani bujang, so tak rajin nak rebus tiap-tiap hari. Hihi So kita bagi yang senang.

Banyak kan kelebihan bawang putih? Sebab tu diorang suka makan. Dah la murah je bawang putih mentah tu.

Wani nak tanya ni. Dah anda suka tak makan bawang putih?? Boleh ke makan bawang putih rebus atau mentah tiap hari??

Tak boleh??

Kalau tak boleh, mai ambik Garlic Shaklee! Senang je. Buka botol, ambik 2 biji, masuk mulut, minum air, TELAN!

MUDAH KAN????

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Tiroid a.k.a Beguk

Tahukah anda bagi mereka yang sering mengalami masalah tiroid atau lebih mudah dikenali sebagai beguk di kalangan masyarakat kita adalah disebabkan oleh kekurangan iodin???

Wani ingin kongsikan testimoni 'segar dari ladang' daripada salah seorang ahli group B&C mengenai masalah beguk beliau.

Sejak sekolah beliau selalu kena beguk. Malah di atas nasihat doktor yang menyatakan bahawa beliau memerlukan supplement yang mempunyai unsur iodin bagi mengatasi masalah tersebut. Alhamdulillah beliau bertemu 'jodoh' dengan VITA-LEA SHAKLEE!!

Sebagaimana yang Wani kongsikan dalam gambar tersebut, Vita-Lea Shaklee bukanlah hanya sekadar multi-vitamin biasa! Ia mengandungi 13 vitamin zat mineral penting yang diperlukan oleh tubuh anda. Ditambah pula, ia ditambah baik dengan kandungan zat besi (iron formula).

Jarang untuk kita lihat multivitamin yang didatangi dengan zat besi kan?? Cer cerita kalau ada!

Bagi kes beguk, anda boleh lihat sendiri bahawa dalam Vita-Lea memang mengandungi IODIN. 1 biji Vita-Lea mengandungi 75 mcg iodin. Oleh itu, insyaallah dengan pengambilan Vita-Lea secara konsisten boeh membantu masalah beguk.

Anda ada masalah tiroid a.k.a beguk ni? Jom cuba Vita-Lea Shaklee!! Mana tahu jodoh anda bersama kami??!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Sunday 21 December 2014

Deko Mendeko

Hai semua!!

Dah beberapa kali cuba kongsikan mengenai post ni tapi asyik failed je. Blog hang. Tak bagi share kot. Huhu

Harini lari tajuk sikit.

Wani nak kongsikan hal deko memdeko. Huhu. Sejak join group Deko Rumahku Syurgaku (DRKSK) kat FB tu, bukan main jeles tengok rumah kawan-kawan yang cun melecun.

Datang semangat berkobar-kobar nak deko rumah sendiri. Alhamdulillah syukur kami bakal berpindah ke rumah kami sendiri bulan ni. Maksudnya sekarang tengah sibuk kemas mengemas rumah.

Semalam baru selesai kerja mengecat feature wall. Suami kata feature wall last sekali cat baru best. Layankan jela.

Untuk feature wall ruang tamu kami, kami pilih cat momento Nippon. Beli 2 tin. Tapi alhamdulillah 1 tin pun dah cukup siap ada lebih sikit.

Kerja cat mengecat memang kami buat sendiri je. Takde rezeki nak upah orang. So memang ambil masa. Maklum la cat smbil layan anak kecik. Gilir-gilir mengecat dengan suami.

Tak tahu la cantik atau tak tapi pada kaca mata saya yang sedia ada rabun ni nampak cantik je. Suami kata tak la susah sangat nak cat momento ni. Huhuhu

Maybe kitorang main hentam je kot. Tapi so far saya puas hati dengan hasil kerja cik abang sayang saya tu. Huhuhu

Selain tu, Wani nak kongsikan juga feature wall si bujang Thaqif kami tu. Yang tu pun cilok idea kawan-kawan DRKSK gak. Ok tak anda rasa??

Mula-mula nak cat semua kuning tapi suami cadangkan mix dengan cat pink yang balance masterbed tu. Menarik gak saya rasa.

Ingatkan susah nak buat rupanya senang je. Thankz abang sebab tolong pasang masking tape. Yang ni Wani cat sendiri sementara anak main dengan suami.

Tak sabar pulak nk masuk rumah baru. Nanti nak deko hiasan rumah pulak. Harini kongsikan tentang cat je. Hihihi

Oh yea...Wani gunakan cat KCC yang leh basuh tu. Al maklum la ada anak kecik. Cat ni wangi sangat. Pas cat, siap ada semut lagi. Hahahaha. Semut tu tertipu. Hahahaha

Seperti biasa bila ke sana untuk siapkan hal rumah mesti Wani bekalkan Performance Drink buat kami suami isteri bekerja. Baru la tak dehydrate & tak penat. (",)

Performance Drink kan minuman isotonik tanpa gas dengan perisa oren semulajadi. Memang sedap! Lagi sedap kalau simpan dalam petisejuk jap. Bila bekalkan air ni utk suami, suami pun happy je kalau kena mintak tolong buat apa-apa. Hihihi.

Mesti la kena bodek ambik hati cik abang sikit. Baru la senang. Huhuhuhu

Next time wani kongsikan deko penuh rumah ye. Insyaallah. Doakan agar dipermudahkan urusan kami. TQ!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI 


Sunday 14 December 2014

Kenapa SHAKLEE??

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar semua?? Wani doakan agar kita semua kurniakan nikmat kesihatan terbaik dariNya. Amin.

Wani nk kongsikan tentang pandangan suami Wani sendiri tentang Shaklee ni.

Kalau dulu memang tak disangkal bukan hanya suami malah wani sendiri memang tak suka supplement. Dah la memang culas makan ubat. Pastu memang tak suka bila ada yang bercakap pasal produk-produk ni. Terutama produk kurus. Sensitif. Hahahaha

Kami memang tak terdedah dengan kepentingan supplement. Malah pada kami semua tu membazir. Bukan habis pun makan. Result pun tak nampak.

Tapi kenapa Wani pilih SHAKLEE??

Wani mula ambil produk Shaklee masa Wani di trimester terakhir pregnant Umar Thaqif. Tu pun ambik Set Menyusu. Sebab kata kak ipar Wani (kak Hana), set ni boleh ambil terus dari trimester akhir tu sampai dalam pantang hingglah menyusu nanti. Cuma Alfalfa mula ambil selepas seminggu bersalin.

"Jimat la jugak! Aku dah la jenis culas. Confirm tahan lama. Hahaha" Itu adalah responce pertama Wani. Huhuhu. Tambah kak Hana kalau jenis tak tahan panas boleh ambik Shaklee sebab produk ni jenis vitamin bukan jamu.

Kalau tak habis pun boleh kongsi dengan suami & tahan lama. Set menyusu insyaallah tahan hingga 4 bulan dengan penggunaan secara konsisten.

Wani memang mencari produk berpantang yang tak panas sebab tak tahan. Yang penting berpatutan. Bila Wani bandingkan dengan produk berpantang lain-lain jenama, semuanya dalam lingkungan harga RM250-RM400. Lebih kurang je rasanya.

So lepas berbincang dengan suami. Wani pun ambil Set Menyusu tu dengan Kak Hana. Masa tu ada ESP + Vita-Lea + Vita C + Ostematrix + Alfalfa dengan apa lagi ye?? Tak ingat pulak apa lagi satu. Huhu. Sebab Kak Hana consult Wani yang penting je untuk ikut budget Wani. So kadang-kadang tak sama dengan set asal. (",)

Masa berpantang memang Wani makan tapi culas. Kalau ingat Wani makan, kalau lupa memang tak makan la jawabnya. Tapi sejujurnya memang rasa lain.

Luka jahitan cepat kering & baik walaupun jahitan banyak & panjang. Nurse yang datang check kat rumah pun kata bagus sebab cepat baik & kering dengan elok.

Sepanjang berpantang, semua urusan anak Wani uruskan sendiri. Mandikan, tukar lampin, tidurkan, susukan, semua la. Mak mentua tolong masak. Mak mentua Wani kerja. Kesian dia. So Wani usaha buat sendiri. Ayah mentua tolong angkat air mandi anak & jaga anak kalau Wani ke toilet.

Yang lain asasnya Wani buat sendiri. Suami Wani berulang alik dari Kerteh ke Kuala Berang. Seminggu 2-3 kali je balik kampung. Alhamdulillah walau baru seminggu berpantang Wani dah betah buat semua tu. Tenaga lain macam je.

Susu pulak memang banyak. Sampai mak mentua duk tegur baju basah susu meleleh. Cuma bukan rezeki Wani sebab Thaqif tak nak menyusu badan. Thaqif minum susu formula. Lama-lama bila anak tak nak menyusu, pengeluaran susu pun berkurangan.

Yang paling BEST. Wani turun 11kg masa berpantang. Padahal sepanjang hamil Wani cuma naik berat 4kg je dari berat asal. So dapat extra 7kg turun. Ringan je badan. Thankz mak sebab jaga makan kak long. Huhuhu

Genap umur Thaqif 3 bulan Wani pindah duduk dengan suami balik. Bila sibuk uruskan anak & rumahtangga memang Wani lupa nak ambik supplement Shakee. ESP tak habis-habis. Vitamin masa pantang pun ada yang berbaki lagi.

Hampir 5 bulan lebih Wani tinggalkan Shaklee. Ya Allah memang rasa berbeza. Rasa penat & letih tu lain macam. Mula la lenguh-lenguh badan, sakit pinggang. Dah la memang tak rajin minum susu. Lain sangat rasa badan.

Wani bincang dengan suami. "Macam nak kena ambik supplement la abg. Mie rasa tak best la badan. Tak macam dalam pantang dulu. Ni seharian main dukung anak pun dah penat. Badan pun rasa macam dah naik sikit je ni."
* lebih kurang la tu dialog Wani dengan suami *

Suami bagi green light. Wani tanya Kak Hana. Wani nak ambik alfalfa + lecithin + ostematrix. Konon nak detox & atasi maslah lenguh badn Wani. ESP & vita-lea masih ada balance berpantang dulu. Expired date pun lama lagi. Sambung jela makan.

Februari 2014, Wani mula balik makan Shaklee & daftar sebagai ahli.
*nak dapat harga murah. Untung-untung leh bonus kalau cukup UV*

Wani memang tak ada niat nak bisness. Kak Hana kata kalau nak bisness bagitahu dia. Dia kan ajar. Daftar ahli Wani dapat member kit dia. Belek-belek menarik. Kak Hana bagi buku nutrisi tentang produk Shaklee. Makin baca makin menarik pulak Shaklee ni.

Masa tu pula, ayah mentua Wani tengah bergelut dengan maslah buah pinggangnya. Doktor dah push suruh buat dialisis. Wani cadangkan ada suami untuk bagi ayah cuba VIVIX. Sui setuju lepas Wani explain kelebihan vivix.

Sebelum bagi ayah cuba, kami tanya doktor panel tu dulu boleh tak try bagi ayah vivix. Doktor tu kata ok. Tak payah nak explain banyak-banyk.

Dalam masa 2 minggu nampak perubahan ayah. Subhanallah memang jauh berubah. Syukur. Sejak tu, Wani rasa tertarik dengan Shaklee. Suami pun mula jeling-jeling apa tu Shaklee.

Jadi kenapa Wani pilih Shaklee??

Sebab Wani dah nampak perbezaannya. Walaupun dah lama Wani tahu Kak Hana pengguna setia Shaklee untuk masalah SLE dia, Wani masih berkira-kira. Tapi bila dah rasa sendiri, lain auranya. Bila lihat produk Shaklee membantu ayah & keluarga Wani, Wani rasa teruja untuk mendalami produk Shaklee.

Wani ambil keputusan aktif bersama-sama Shaklee bukan semata untuk bonus & bisnes. Tapi sebab Wani ingin membantu orang lain seperti ayah.

Malah kini, anak Wani juga menggunakan supplement Shaklee. Semestinya Set Kesihatan Kanak-kanak untuk si kecil Thaqif. Vita E + pencuci Enfuselle + Vivix + omega + alfalfa buat suami tersayang.
*suami pun dah mula ambil supplement tau!!*

Alhamdulillah ditemukan jodoh olehNya dengan Shaklee! Moga Allah kurniakan nikmat kesihatan berpanjangan buat kami sekeluarga & anda semua. Semoga Allah jauhkan kita semua daripada sebarang kesulitan & musibah. Amin.

Sorry panjang Wani berceloteh. Perkongsian kisah cinta Wani & Shaklee. Lot's of love!!

xoxoxoxo

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Friday 12 December 2014

Aktiviti keluarga!!

Assalamualaikum semua.

Hari ni macam-macam berlaku. Wani nak kongsikan pengalaman kmi sekeluarga hari ni dengan anda semua.

1. Anak wani batuk maybe berjangkit dari Wani kot. Sebab Wani batuk jugak. Makan ubat klinik makin teruk. Langsung tak aktif. Tidur je.

Last-last wani bg nutriferon & omega. Memang clear dengar kahak dah longgar. Alhamdulillah dia muntahkan. Masih ada berbaki batuk & selsema tapi dia sangat aktif bermain.

2. Pagi tadi wani bawa Thaqif sertai playgroup ALIMkids. So far wani tengok die leh adapt tapi tak lama la. Sibuk nak bermain. Sesi pulak mula lambat tunggu semua hadir. Dah bosan la tu.

Die sorang je bawah 2 tahun. Padahal group ni utk 2-4 tahun. Semua tak percaya dia 18 bulan sebab aktif even tak sihat sepenuhnya.

Malah Mak Long die sendiri pun semalam ingat umur Thaqif dah 2 tahun lebih. Padahal baru 18 bulan. Hihihi

3. Sambil bersosial dgn mommy dlm group tu sempat pas namecard & flyers Shaklee pada mereka. Hihi. �� ada yg bertanya supplement utk anak. Sebab diorg tgk Thaqif aktif & cerdas.

Wani sebenarnya malu nak tegur orang yang tak kenal. Tapi buang rasa malu tu. Maka jadilah saya Si Katak Pekak! Huhu (",)

4. Alhamdulillah berkat hari Jumaat ni, Shaklee bayar bonus untuk bulan ni awal. Biasanya 14 haribulan. Bula ni 12 haribulan dah mengaum bank masing-masing.

Dapat je BONUS, asingkan untuk sedekah. Pastu semestinya bawa suami & anak makan-makan.

Malam ni kami makan Domino Pizza. Rasa happy dapat belanja family hasil duit sendiri. Walaupun menjadi suri rumah, tak mustahil untuk jana pendapatan sendiri. Balance duit bonus, Wani nak kumpul untuk bawak family vacation next year!!

6. Hari ni ayah Thaqif buat ertama kalinya menggunakan hand srill untuk pasang kangsir rumah baru kami!!

Sekian perkongsian Wani. Hahaha. Live a happy & healthy life with Thaqif's family. (",)

Enjoy reading! Perkongsian hidup Umar Thaqif sekeluarga!


Wednesday 10 December 2014

Rasa Syukur

Assalamualaikum semua.

Apa khabar anda semua hari ni? Sihat? Alhamdulillah diberikan nikmat kesihatan buat kita semua.

Kadang-kadang bila Allah datangkan musibah pada kita, kita akan mengeluh. Menangisi nasib malang kita. Mengeluh kesulitan yang kita rasai. Kan?

Jujur Wani juga begitu. Bila tak sihat Wani mengeluh. Hari genap sebulan lebih Wani batuk teruk. Alhamdulillah tak sakit tekak hanya batuk berkahak + selsema.

Memang down. Semua kerja terbengkalai. Bila batuk kuat, datang sakit kepala. Mengadu kat suami Wani tak larat layan anak. Kadang-kadang malam dah terlepas nak buat solat sunat. Nak mengaji baca Al-Quran jadi malas bila kepala skit, batuk semua.

Minggu lepas di group B&C leader Wani Kak Cery ada bercakap tentang JOURNAL KESYUKURAN. Malah nanny Fai pun mintak semua dalam group PMT buat setiap hari. Memang Wani jadi blurr sebab Wani tak pernah buat.

Minggu lepas juga batuk makin teruk, anak Wani Thaqif pun dah berjangkit. Mula dengar Thaqif batuk. Ya Allah jangan la berjangkit pada anak. Cukup la Wani je yang sakit fikir Wani.

Bila Kak Cery & Fai bercakap tentang journal kesyukuran tu Wani terpanggil untuk cuba tulis macam yang semua kat group B&C kongsikan. Mula-mula segan la pulak nak tulis. Tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Tak tahu betul atau tak. Segan la nak kongsi kat group. Aaarghh...tulis jela.

So Wani cuba tulis. Wani cuba jadi lebih positif. Setiap hari Wani menulis. Sedih pun ada sebab Wani bukan jenis yang nak touching-touching fefeeling bagai. Lepas 2-3 hari duk tulis, lain rasanya. Wani rasa kerdil sangat.

Sebulan Wani slow kat FB, FB page & apatah lagi blog. Biar la. Kepala berat. Malas nk pikir wani rasa. Mommy Wani a.k.a kak ipar Wani, Kak Hana kata yang penting amalan rohani kena teruskan. So Wani buat yang tu je. Tambah dengan journal kesyukuran tu.

Wani tak sangka dalam keadaan tak berapa sihat, ada yang bertanya supplement. Dalam tak sihat gigih pergi COD supplement customer. Urusan beli produk Wani mintak tolong mommy Hana belikan. Tak sangka beberapa customer baru beli dengan Wani. Ada yang bertanya vivix utk sakit kencing manis dan lain-lain. Hampir setiap hari ada je produk yang terjual.

Bukan sahaja dari segi bisnes, malah Allah berikan Wani seorang suami yang sangat memahami membantu Wani dalam urusan keluarga ketika Wani sakit. Allah kurniakan Wani seorang anak yang baim tak banyak ragam. Anak yang memahami. Bila Wani batuk, Thaqif akan datang tepuk belakang Wani. Terharu rasanya dengan perlakuan si kecil 18 bulan itu.

Ya Allah syukur sangat. Betapa jahilnya Wani mengeluh di atas sedikit musibah itu. Wani kongsikan dengan mommy Hana. Mommy Hana kata biasanya kalau sakit, Allah nak bagi lebih tandanya. Jangan putus amalan rohani.

Bila dilihat balik, baru Wani sedar. Memang TERSEDAR!!! Terlalu banyak nikmat Allah bagi disebalik sedikit musibah yang Dia datangkan pada kita. Selama ini kita terlalu asyik kepada satu musibah kecil tu hingga terlupa nikmat besar yang ada bersamanya.

Wani juga seperti orang lain yang terlalu membandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih berjaya. Selalu mengeluh. Tapi bak kata Kak Cery, Fai & Mommy Hana, rezeki datangnya dari Allah. Mintak la denganNya. Tagihlah denganNya bukan dari manusia. Terima kasih kerana membantu Wani untuk sedar akan nikmat Allah itu.

Peringatan buat diri Wani sendiri & juga anda.

"Disebalik segala musibah yang berlaku dalam hidup ini ada tersirat beribu kali nikmat yang lebih baik. Miskin kaya, gagal berjaya, susah senang, sedih suka hatta hidup mati adalah kehendakNya. Mintalah padaNya. Bersyukurlah dengan setiap perkara yang kita daat dariNya kerana Dia Maha Mengetahui segalanya. Terlalu banyak nikmat dariNya yang perlu kita syukuri setiap hari, masa, saat & ketika."

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Tuesday 9 December 2014

Vitamin C??

Vitamin C adalah antara vitamin penting yang WAJIB bagi tubuh badan kita. Sumber utama vitamin C semestinya buah-buahan. Malah sejak kecil, kita didedahkan untuk mengambil 1/4 hidangan berasaskan sayuran & buahan untuk menjamin penyerapan vitamin terbaik.

Namun, yakinkah kita bahawa tubuh badan kita telah menyerap semua vitamin C yang ada pada buah-buahan yang kita makan? Tahukah anda bahawa seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 500mg Vitamin C setiap hari untuk memperkuatkan sistem imunisasi badan kita melawan penyakit? 500mg vitamin C adalah bersamaan dengan 7 1/2 biji limau mandarin.

Sekarang pelbagai rawatan kecantikan menawarkan kaedah suntikan vitamin C mahupun banyak produk kecantikan menggunakan vitamin C sebagai medium kecantikan. Kenapa? Tahukah anda bagi mereka yang ingin nampak cantik, bebas jerawat jeragat, bebas parut di wajah serta ingin tampil muda memerlukan antara 1000-3000mg vitamin C sehari?

Berapakah kandungan vitamin C didalam supplement anda? Adakah cukup untuk keperluan yang anda inginkan?

1biji Sustainable Released Vita C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C. Apakah yang dimaksudkan dengan sustainable released? Ia bermakna vitamin C tersebut akan melalui penyerapan secara berperingkat ke dalam tubuh anda setiap 1 jam. Ini meningkatkan lagi peluang untuk tubuh badan anda menyerap ke semua vitamin C tersebut. Malah ia diperkayakan dengan bioflavonoid. Apakah fungsi bioflavonoid Vita C ini??

Fungsi Bioflavonoid Vita C Shaklee

1. Menjaga kekuatan pembuluh darah (kapilari darah) dan mengatur penyerapannya serta melindungi kapilari darah daripada sebarang kerosakan
2. Membantu vitamin C dalam menjaga collagen agar sentiasa berada dalam keadaan sihat,
membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C
3. Mencegah kerosakan vitamin C akibat teroksidan
4. Mengurangkan hipertensi & pendarahan mahupun gejala pendarahan jangka panjang
5. Membentuk benting pelindungan badan terhadap jangkitan kuman & virus
6. Memiliki kesan menghilangkan rasa nyeri

Adalah vitamin C anda mempunyai ciri serta fungsi yang sama? Jika Ya, teruskanlah. Jika Tidak, anda boleh mencuba SR Vita C untuk rasai perbezaannya.

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Monday 8 December 2014

Tip buat Anak Demam, Batuk & Selsema

Assalamulaikum W.B.T

Lama Wani tak berkongsi cerita & info di sini. Jadi hari ini Wani ingin berkongsikan beberapa tip yang kita semua boleh amalkan sekiranya anak-anak demam, batuk atau selsema.

Kebanyakkan tip ni Wani dapat berdasarkan petua orang tua-tua, info En.Google & pengalaman Wani sendiri. Semua ni Wani dah buat tau.

Antaranya:

1) andaikata anak demam. Biasanya kalau suhu atas 37°C tu kira demam la ye. Mula-mula bogelkan die. Hahaha. Extreme pulak kan.

Maksudnya buka baju & seluar. Just bagi pakai pampers sahaja. Bagi haba keluar. Jangan pulak pegi selimut ye. Kanak-kanak tak sama dengan orang dewasa.
Orang dewasa biasanya kita akan selimut tebal-tebal bagi berpeluh. Tapi kanak-kanak jangan buat ye.

2) kerapkan mandi. Walaupun demam, make sure mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari macam biasa. Bagi panas dalam badan keluar.

Memang mereka akan meronta-ronta tak nak mandi & nangis. Tapi bersabarlah. Itu untuk kebaikan mereka.

3) jelum atau lap badan mereka sekerap mungkin. Tak perlu balut dgn tuala lembap atau pakaikan baju basah. Cukup sekadar lap badan dengan tuala kecil. 

Kadang-kadang kalau malam anak tak nak dijelum atau mereka akan terkejut kalau dijelum kan?

Kalau memang tak boleh jelum terutama waktu malam, biar mereka tidur dekat dengan kipas. Buka kipas laju-laju.

4) kalau anak tidak selesa tidur sebab hidung tersumbat cuba ambil minyak masak atau yang paling baik minyak zaitun. Sapukan minyak tersebut di kawasan hidung, kening, batang hidung & rongga di pipi tu.

Kalau dapat buat minyak bawang putih lebih baik. Ataupun campurkan kunyit hidup dengan minyak tu pun okay. Tapi kalau dah malam-malam tak sempat nak buat, memadai dengan hanya menggunakan minyak masak sahaja.

Wani dah cuba pada Thaqif. Alhamdulillah walaupun hanya dengan minyak masak, Thaqif akan tidur lena.

5) petua yang ke-5 ni Wani belajar dengan seorang pak cik yang biasa mengubat orang yang kena tonsil & yang sewaktu dengannya.

Caranya mudah. Orang dewasa pun boleh guna cara ni kalau batuk berkahak.

Hanya perlu 1-2 helai tisu dapur. Yg tebal tu. Bulan tisu toilet yg nipis tu ye. Lepas tu perlu 2-3 biji limau nipis. Pastikan limau nipis tu TIDAK dimasukkan ke dalam peti sejuk dulu ye.

Kata pak cik tu kalau dimasukkan ke dlam peti sejuk, segala khasiat limau nipis tu akan hilang. Memadai hanya diletakkan diluar. Lebih baik jika boeh dapat yang fresh dari pokok.

Mula-mula lipat tisu dapur tersebut bagi tebal. Saiz lipatan tu agak-agak la. Tapi jangan tebal sangat. Selepas itu, perahkan limau nipis tadi ke atas tisu tersebut hingga lembap/basah. Jangan terkoyak pulak ye.

Biar dah siap letakkan di atas dada anak atau leher mereka. Kalau anak anda tidur meniarap, boleh jugak letak di atas belakang mereka. Agak-agak pada bahagian dada.

Lakukan setiap kali nak tidur terutama pad jam 1-2 pagi. Biar ia kering di badan anak. Insyaallah kahak akam berkurangan. Kahak akan keluar melalui muntah atau najis.

Ni antara beberapa perkara yang Wani selalu guna andaikata Thaqif demam, batuk atau selsema.

Boleh juga kalau nk sedut hingus ataupun buat rawatan stim. Tapi bila Thaqif da besar ni, makin kuat & gagah die. Tak larat nak pegang kalaj meronta. Alhamdulillah biasanya die demam sekejap je. Kalau selsema pun malam masih tidur lena. Syukur.

Selain itu, sejak umur Thaqif genap 1 tahun Wani mula beri Thaqif makanan tambahan untuk kanak-kanak. Semestinya pilihan Wani adalah Shaklee.

Wani tak pernah miss bagi Thaqif MEALSHAKES, OMEGA GUARD & CHEWABLE VITA C untuk meningkatkan sistem imun Thaqif. Syukur dah 6 bulan Thaqif tak pernah demam. Minggu ni Thaqif ada selsema & batuk sikit. Berjangkit dengan Wani. Hihi. Sebab tu tergerak untuk berkongsi dengan anda semua tip ni. (",)

Semoga bermanfaat pada anda.

Wani tak nak ulas teknik rawatan stim sebab ramai dah ulas teknik tu. (",)

Bazaar D'Waniez
0196210077
SID-WANI


Monday 17 November 2014

I am a HAPPY boy!!!

Alhamdulillah happy sgt Umar Thaqif bila mak & ayah dah restock Omega Guard utk dia!! Bukan main lagi posing dgn botol Omega tu.

Omega Guard adalah pilihan kami sekeluarga. Bukan hanya utk si kecil tersayang, tp juga utk suami tercinta bg menurunkan paras uric asidnya serta utk sihat!

Malah mak mentua & nenek mentua Wani pun ambil omega guard sebagai pilihan minyak ikan mereka.

Omega sesuai utk semua lapisan umur & membantu pelbagai jenis penyakit.

Jom dapatkan omega anda harini sementara promosi berganda November 2014.

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Saturday 15 November 2014

Minyak Ikan Terbaik!!

Alhamdulillah..

Dengan promosi berganda November 2014 khas bagi pengguna tegar Omega Guard, ramai yg beralih memilih minyak ikan Shaklee.

Ramai memilih utk restock keperluan mereka. Mana taknya, kalau anda Beli 6 dapat 7 botol Omega. Kalau anda hanya ingin beli 2 botol, Shaklee bagi 5% diskaun.

Bulan ni Shaklee memberi peluang buat anda utk dapatkan minyak ikan terbaik buat anda sekeluarga!

Kenapa anda perlu memilih minyak ikan Shaklee???

>> diekstrak drpd ikan laut dalam yg mempunyai nilai omega-3 yang tinggi.

>> satu kapsul Omega Guard mengandungi 99% minyak ikan & hanya 1% lemak ikan. Lebih tinggi kandungan minyak ikan berbanding minyak ikan lain.

>> didatangi dlm kapsul bersaiz lebih kecil bagi memudahkan anda mengambilnya. 1/3 drpd saiz minyak ikan biasa.

>> tidak berbau hanyir seperti minyak ikan lain.

>> anda hanya memerlukan 1 biji Omega Guard sehari utk mengekalkan kesihatan. Kebanyakkan minyak ikan lain perlu diambil sebanyak 1 biji 3 kali sehari.

>> mengandungi DHA, EPA & AHA yg diperlukan ibu hamil bagi keperluan ibu serta bayi dlm kandungan.

>> omega guard juga sesuai di ambil bg mereka yg ingin menurunkan berat badan krn ia mengandungi lecithin yg membantu memecahkan lemak dlm badan.

>> membantu warga emas yg mengalami masalah sendi & tulang.

>> sesuai di ambil oleh pesakit darah tinggi yg mempunyai darah yg pekat. Omega Guard bertindak sbgai pencair darah.

>> pengambilan omega guard secara konsisten membantu menurunkan paras kolestrol dlm darah.

>> pengambilan secara konsisten di kalangan pelajar mampu meningkatkan daya tumpuan serta pemahaman dlm pembelajaran. DHA dlm omega guard membantu perkembangan minda individu.

Senang kata, Omega Guard memenuhi & sesuai utk keperluan anda sekeluarga!

Jom bertukar kpd minyak ikan Shaklee!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Tuesday 11 November 2014

Kanak-kanak & Supplement

Assalamualaikum W.B.T

Semalam sy ada terbaca komen seorang ibu di satu group.

"Buat apa la sibuk nk bg supplement kat anak2 kecik. Kesian diorg nk mkn ubat. Biar jela diorg membesar sendiri. Tak payah nk paksa2 jd bijak sgt. Nk jd genius sampai tahap mana?"

Sy hanya tersenyum. Maaf ye ibu semua. Wani nk tnya. Anda SAYANG anak anda?? Anda nk mereka jd ANAK SOLEH?? Anda nk mereka BERJAYA??

Tahukah ibu bahawa di usia 0-4tahun ni mereka ibarat span?? Menyerap segala yg berlaku disekeliling mereka??

Memberi supplement adalah utk membantu perkembangan minda & otak mereka. Kenapa??

Bila sel-sel otak berhubung dgn baik, lebih mudah bg mereka utk memahami & belajar semua yg berlaku disekitar mereka. Di sini la kita membentuk zuriat kita dari segi kelakuan, adab serta minda mereka.

Jgn tunggu umur 10,15 mahupun 20tahun nnt baru nk mula membentuk dgn alasan mereka dah besar & faham. Bentuk la mereka dr mereka kecil lagi.

Sebab tu #OmegaGuard menjadi pilihan sy utk membantu perkembangan minda UT. Anda bagaimana??


Monday 10 November 2014

Anak anugerah ALLAH

Assalamualaikum semua.

Suka utk Wani ingt kita semua utk buatlah pilihan terbaik utk anak kita.

Ramai yg tak tahu kecuali suami & maybe keluarga terdekat kami. Masa dilahirkan UT mengalami masalah jangkitan paru-paru yg agak kronik. 50/50 peluang utk hidup.

Sy langsung tak dpt tgk muka die masa lahir. Suami je naik NICU jmpa doktor pakar. Die tak bg sy tgk. Esoknya baru die bg sy naik tgk ank kami. Luluh hati tgk wayar berselirat penuh badn ank, 2tangan, 2 kaki penuh wayar & jarum.

Tp naluri sy yakin ank sy akn selamat. Alhmdulillah pas 3 ari ambik antibiotik, die makin sihat. Ckup cycle 5 ari antibiotik, doktor bg balik. Doktor pun terkejut sbb die boleh survive.

Syukur alhamdulillah dgn rahmat Allah menyembuhkannya serta kekuatan Umar Thaqif melawan & bertahan.

Kami diuji lagi bila hanya 12 jam dirumah, UT demam. G hospital, hampir 10kali doktor & nurse cuba utk ambil darah. Sape yg pernah alami, akan faham perasaannya tgk bayi anda meraung bila di ambil darah. Mak mentua sy langsung tak nak tgk. Sy kuatkan hati pegang die.

Ckup 3 ari da discharge. Alhamdulillah sejak lahir UT tak kena jaundice walaupun sy berdarah O.

Sejak tu mmg sy jaga UT elok2. Dlm pantang pun, sy mandikan die sendiri, semua sendiri. Mak mentua tolong masak & bertungku. Syukur die jarang sakit.

Tp masa umur die 9bulan, kmi diuji bila die muntah teruk. Dah la suami naik offshore masa tu. Mmg pening. Bwk g GH, doktor nk scan kepala takut ada darah beku. Sy tekad tak bg doktor scan sbb ank masih aktif walaupun muntah & tak minum susu.

Ibu-ibu semua, ingat ye. Kita kena berilmu. Jgn serah hulat2 pada doktor. Kdg2 kita kena bertegas utk ank kita.

Byk komplikasi lain yg akn terjadi drpd brain scan ye! Kalau mmgada darah beku, xpe. Kalau takde? Tak pasal2 ank kita terdedah kpd radiasi yg mampu mengganggu perkembangan diorg. Ubat bius yg akn digunakan utk scan kalau terlebih dos boleh menyeabkan kematian sbb die masih baby. Even doktor tu pun berkira-kira nk scan. Sy mintak bwk ank balik.

Suami emergency balik darat. Suami mintak sy maukkan ank ke hospital swasta. Lepas test darah, test najis & air kencing, rupanya UT ada jangkitan kuman dlm usus tp masih tak terlalu teruk.

Alhmdulillah lepas 3-4 hari boleh discharged. Ingat ye. Kalau kepala xde benjol atau lebam yg ketara, anak masih aktif, jgn la benarkam scan otak. Melainkan anak jd tak aktif, sentiasa tidur, ada bengkak atau lebam, ibu-ibu thu kn ank ibu camne? Klu da camtu & doktor mmg nk scan boleh la pertimbangkan. Selagi boeh, elakkanlah.

Tak tahu la ape akn jd klu sy benarkan doktor buat scan masa tu. Kesian UT.

Doktor kata UT kena jangkitan sbb die mengutip benda. Mayne ada yg kotor. Budak2 umur tu mmg suka mengutip. Perhatikan ank anda ye ibu. Jadikan ini pengajaran.

Sy tekad utk buat yg terbaik bg UT. Genap umur setahun, kami suami isteri memilih utk berikan #mealshakes utk UT. Utk menguatkan sistem imun UT.

Doktor pernah pesan UT maybe mudah sakit sbb die pernah ada masalah paru-paru. Sebab tu kami pilih utk beri supplment pd UT utk kuatkan sistem pertahanan badannya. Syukur UT mmg jarang sakit, tak mudah demam, batuk atau selsema.

Malah UT seorg yg aktif & mudah faham (sbb tu mak & ayh namakan awk Thaqif). Kmi cuba utk berilan yg terbaik buat UT.

Bukan niat sy semata-mata utk lariskan produk sbb sy #SID #Shaklee. Itu pilihan sy utk anak & keluarga sy.

Sy hanya ingin ingatkan agar anda buatlah pilihan terbaik buat anak anda. Anak hanyalah pinjaman Allah.

Tak tahu berapa lama lagi Allah bg pinjam mereka pada kita. Jaga la mereka baik2. Ini hanya perkongsian cerita sy.

Doakan agar panjang jodoh kami suami isteri bersama UT.


Tuesday 4 November 2014

Rezeki sekeluarga

Alhamdulillah syukur sgt2.

Setelah hampir 3 tahun menunggu akhirnya kami bakal duduk rumah sendiri. Tak pelu menyewa lagi.

Dari bulan 2 katanya dapat kunci tapi asyik delay je. Alhamdulillah hujung bulan Oktober (last week) akhirnya dpt gak En.Suami ambik kunci rumah.

Harap2 bulan 12 ni kmi boleh pindah masuk. Tak sabar rasanya. Kesian hubby Wani kena byr 2 buah rumah skrg. Moga dipermudahkan urusan kami.

Nnt kalau sempat Wani akan kongsikan apa yg ada dlm senarai kmi utk masuk rumah baru ni. Boleh la jadikan panduan anda semua. Kami mula2 mmg xde panduan. Buat sendiri je.

Pssst...mai dapatkan Omega guard bulan ni ye!


Monday 3 November 2014

Omega tu PENTING ke???

Hi semua!

Hah!!! Penting ke omega tu? Anda tahu apa itu omega??

Ala, bak kata org kampung cam saya ni minyak ikan la. Tau?? Kan duk sibuk kata minyak ikan penting. Ada DHA, EPA, AHA segala.

Memang penting tau semua! Cuba anda tgk kat gambar tu. Die dah list kenapa omega ni penting utk kita. Tak kira la anda lelaki ke perempuan, muda mahupun tua.

Semua peringkat umur memerlukan omega-3 & omega-6. Namun dlm kadar yg berbeza la.

Antaranya:

1) kanak-kanak (1 tahun ke atas)
>> membantu perkembangan otak mereka.
>> meningkatkan sistem imun atau daya tahan anak anda melawan penyakit seperti asma, lelah, batuk dll.
>> membantu meningkatkan daya tumpuan serta meningkatkan kefahaman mereka.
>> membantu daya kreativiti & intelek.

2) pelajar & remaja
>> meningkatkan daya tumpuan dlm pembelajaran & kuatkandaya ingatan.
>> meningkatkan tahap kesihatan & ketahanan melawan penyakit.
>> membantu mengurangkan stress & mengantuk.
>> membantu mengawal berat badan ideal.

3) dewasa
>> membantu mengawal kolestrol dlm badan.
>> mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, gout, diabetes & buah pinggang.
>> membantu mengurangkan berat badan kpd berat badan ideal.
>> memberikan lebih daya tumpuan & mudah faham.
>> meningkatkan daya ingatan.
>> secara tidak langsung bertindak sebagai anti-penuaan.

4) warga emas
>> menguatkan daya ingatan serta mengurangkan risiko alzheimer.
>> membantu masalah sendi & tulang.
>> mengawal kadar kolestrol dlm badan.
>> memelihara kesihatan jantung.

5) wanita hamil
>> membantu perkembangan sihat janin.
>> membekalkan khasiat buat ibu & bayi.
>> mengurangkan risiko kenaikan berat badan melampau serta pre-diabetes.
>> membantu pembentukan otak bayi dlm kandungan.
>> meningkatkan sistem imun ibu melawan penyakit seperti demam, batuk & selsema ketika hamil.
>> mengurangkan risiko sakit sendi atau kekejangan ketika hamil.

6) ibu menyusu & bayi
>> membantu penurunan berat badan secara semulajadi selepas hamil.
>> membekalkan nutrient kepada ibu & bayi.
>> meningkatkan sistem imun ibu & bayi melawan penyakit terutama penyakit berkaitan paru-paru seperti asma atau lelah.

Banyak gak ni yg Wani dah senaraikan serba sedikit. Kalau nk tahu lebih lanjut boleh la anda buat research lebih. Mr.Google kan ada. Hihihi.

Utk mendapatkan minyak ikan buat kami sekeluarga, semestinya Wani memilih Omega Guard Shaklee. Kerana minyak ikan shaklee mengandungi 99% minyak ikan. Hanya 1% lemak ikan.

Tambahan pula minyak ikan tetsebut diperolehi daripada sumber terbaik iaitu drpd ikan laut dalam.

Apa pilihan minyak ikan anda???

Jgn lupa utk masukkan minyak ikan sebagai salah satu supplement wajib anda sekeluarga ye! Semoga perkongsian Wani sedikit sebanyak bermanfaat buat anda!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
(Saya Pengedar Sah Shaklee Anda)


Good morning!!!

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar semua! Maaf lama tak update blog ni. Sibuk melayan kerenah anakandaku yg sorang ni. (",)

Mulai arini Wani akan kembali aktif berblog. Jgn malu & segan utk kunjungi blog, FB mahupun FB page Wani (Bazaar D'Waniez).

Have a nice day everyone!!


Sunday 2 November 2014

[Sayangi Mak & Ayah]

Semakin meningkat usia mereka, semakin byk yg mereka lalui.

√ mereka selalu LETIH??
√ mereka selalu LENGUH BADAN??
√ mereka selalu SAKIT SENDI??
√ mereka KURANG SELERA MAKAN??
√ badan makin SUSUT?? CENGKUNG??
√ mudah LUPA??

Semakin meningkat usia mereka, semakin byk nutrisi yg mereka perlukan utk kekal sihat.

Tapi mereka tak lalu makan? Tak kan nk paksa makan??

Cuba anda beri mereka #ESP + #OmegaGuard utk keperluan nutrient mereka.

#ESP mengandungi 24 vitamin & mineral yg duperlukan oleh tubuh manusia. Sesuai bg warga emas yg tak lalu nk telan ubat. Membekalkan tenaga kpd mereka. Al-maklum la warga emas biasanya dah kurangseera mkn.

#OmegaGuard diperkayakan dgn 99% minyak ikan membantu mengekalkan kesihatan ibu & ayah. Omega membantu menyingkirkan lemak, kolestrol dlm badan serta memberikan extra pelincir yg membantu mereka yg selalu sakit sendi.

Minyak ikan juga elok utk kesihatan otak mengelakkan kecenderungan kpd penyakit alzheimer.

Hadiah yg terbaik buat mak & ayh bukanlah wang ringgit tetapi kesihatan yg baik.

Mencegah lebih baik drpd mengubati.

#hidupsihatdgnshaklee
#sayajualshaklee
#sayapenggunashaklee
#sayangimakdanayah

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Tuesday 15 April 2014

Kalsium utk Mommy To Be


Korang tau x, IBU mengandung memerlukan 1000-1300mg calcium sehari???? Byk tu. 
Calcium penting utk pembntukan tulang, gigi, jantung, saraf & otot baby tau. Cuba kira bpe gelas susu nk kne minum sehari....
Kalau xsuke minum susu leh consume Ostematrix. 
1biji Oste = 250mg calcium. 
So klu consume 4biji sehari pun da ckup
hihihi....

OSTEMATRIX.....BUKAN SEKADAR KALSIUM.. 
Ia adalah SUMBER KALSIUM LENGKAP dengan magnesium, vitamin D, boron dan mineral lain untuk memastikan kalsium diserap sepenuhnya di dalam tubuh kita tau!!!

Monday 14 April 2014

KALSIUM!!!!

Kepentingan Kalsium Dalam Badan

Wani just nk sharing kepentingan kalsium dalam badan utk kita. Based on apa yg wani study la yea...
So xdela 100% dari medical journal tau....mana la tau ada yg mempersoalkan...
pssst.....tapi ni just summary on few journal yg wani sempat baca la...

1) Menguatkan Tulang....(yg nie sume tahu kan???)
* kalsium nie penting utk mencegah masalah artritis & osteoporosis. 
2) Mengekalkan Kesihatan Gusi & Gigi ....(yg ni pun sume familiar kan???)
3) Melindungi Otot Jantung
otot jantung kita memerlukan kalsium utk menstabilkan rentak denyutan jantung kita. 
4) Membantu Mencegah Obesiti
* xsangkakan yg kalsium pun penting utk cegfah obesiti....wani first time tau pasal nie.....(berkat byk membaca)...hihihi
5) Mengelakkan Kanser Kolon & Mencegah Terjadinya Masalah Batu Karang
6) Mengatasi Masalah Emosi or Blues Pra-haid
* bila time haid ni ramai yg emosi....marah2....ter'over' nk mkn coklat jea...n mcm2 lagi....ada gak yg tak tentu pasal menangis...sebenarnya kalsium dlm badan kita juga bertugas utk menstabilkan emosi kita terutama time haid.
7) Mengawal Tekanan Darah
* yg nie bersangkut paut dgn rentak pergerakkan otot jantung n emosi gak ni...xpyh la elaborate over2..kang bosan nk baca.
8) Membantu Pengangkutan Nutrient Dalam Badan
* kalsium juga membantu kita bawa sume nutrient drpd makanan kita tue ke organ2 dlm bdn kita. So baru la effektif mknan yg kita mkn tue.

So nie just a few info yg wani dpt absorb tentang kalsium...hihihi....
Makin 'byk' nombor umur kita...makin kurang jumlah kalsium yg ada dlm badan kita...so kita kne la buat precaution awl2 utk tampung jumlah kalsium dalam bdn kita. 
PREVENTION IS BETTER THAN CURE right??!!!

PM/SMS/Whatsapp Wani utk sebarang pertanyaan

Sunday 13 April 2014

Promosi Shaklee Bulan April 2014


Great news kwn2!!!
Bulan nie Shaklee buat promosi Ostematrix tau.
BUY 6 FREE 1
Memang berbaloi2....hihihi

PM/SMS/Whatsapp wani utk sebarang pertanyaan ye!!!

I am an official Shaklee Independent Distributor!!!

Alhamdulillah....
Sekarang tambah lagi satu cabang. Officially sekarang wani adalah salah seorang Shaklee Independent Distributors (SID)...hihihi

Terbuka hati menjadi SID lepas wani guna produk Shaklee di Trimester III kehamilan wani and continue masa dalam pantang. Lambat berkenalan dgn Shaklee nie...tue pun berkat tgk SIL duk guna Shaklee n terbuka hati nak tanya. Then terus guna produk ni...

Kalau ada yg nak try berkenalan dgn Shaklee leh la contact wani yea....insyaallah wani akan layan..
Boleh PM Fb wani under nama Syazwani Ab Aziz
Kalau nak fast feedback leh SMS/Whatsapp wani terus ke 019-6210077 (as above).

Jangan malu...Jangan segan....Ramai dah benefit dgn Shaklee...Korang bila lagi????

Wednesday 29 January 2014

US!!!

Terlalu lama rasanya tak buka blog nie. Last entry pun Jan 2013....dah setahun lbh xpenah buka blog nie...

Bukan memberi alasan tapi kekangan masa mmg menghadkan semuanya...tambah plak skrg dah menjadi ibu pada seorang putera kesayangan kami yang sekarang dah pun berusia 8 bulan. 
*MUHAMMAD UMAR THAQIF*
sedap tak nama??? hihihi

this is our happy family!!!
alhamdulillah dalam segala kesulitan sampai ke hari ini semuanya masih berjalan lancar...AMIN!!!!


HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014