Wednesday 17 April 2019

HIDUP SELESA HINGGALAH...

5 tahun bukanlah satu masa yg singkat. Kalau bayi tu daripada tak boleh apa-apa, dah boleh ke sekolah dah orang kata. . Betapa lamanya masa itu. . Daripada jangka masa 5 tahun tu, tahun ke-3 menjadi titik tolak segalanya. Titik perubahan yg membuka mata. . Krisis oil & gas yg berlaku pada tahun 2015 memberikan kesan mendalam. Kak Wanie jenis yg suka bayangkan 'worse case scenario'. . Ketika tu Kak Wanie sedang hamil anak solehah nan sorang tu. Memegang title 'surirumah' buatkan Kak Wanie tak senang duduk dgn situasi kewangan keluarga. . Andaikata suami yg mana penyumbang utama kewangan kami diberhentikan kerja...mampukah kami menghadapinya? . Mampukah kami membesarkan anak soleh solehah kami sebaiknya dlm situasi itu? . Bermacam soalan yg bermain di fikiran Kak Wanie. Rumah, kereta, simpanan ASB dan lain-lain. . Bermula dari situ la Kak Wanie mula pandang bisness Shakles ni secara serius. Maklum la kalau nak cari kerja, anak-anak dah manja dgn Mami diorang ni. Tak sampai hati nak tinggalkan mereka. . Sebenarnya Kak Wanie dah mula menggunakan produk Shaklee pada 2013. Hanya menjadi ahli & pengedar Shaklee secara sah pada Feb 2014. Selepas Kak Wanie rasa sendiri kelainan produk Shaklee ni. . Semestinya bermula dgn set berpantang Shaklee ketika berpantang anak soleh Kak Wanie tu. 😁 . Namun begitu, Kak Wanie join Shaklee semata-mata utk dapatkan penjimatan utk kegunaan sendiri je. Serta keluarga & kawan sekeliling. . Bukan la nk bisness sangat. Tak terlintas pun nak jadikan sumber pendapatan. Niat asal sekadar nk membantu arwah Ayah Mentua Kak Wanie beli Vivix lebih murah. Dan kalau ada kawan2 yg nak cuba boleh Kak Wanie tolong. . Walaupun sekadar suka-suka berkongsi pengalaman Kak Wanie guna Shaklee, Kak Wanie maintain income 3 angka setiap bulan. Ala..bak orang sekarang kata la kan, buat bisness geli-geli je. . Bila berlakunya krisis tu, baru la macam BAMMMM!! . "Apahal la ko tak buat bisness Shaklee tu elok-elok Wanie ooi. Orang lain yg sama mula dgn ko dah jauh naik rank. Buat duit 4-5 angka. Ko nak cari bisness apa lagi?? Depan mata dah ada. Tu jalannya." . Bila Kak Wanie mula serius nak buat bisness ni, Kak Wanie ambik langkah drastik merisik @juliana utk join team dia pada 2017. Start back from zero. . Kenapa? Biarlah rahsia. Tapi 90% atas nasihat upline lama Kak Wanie sendiri. Restu dari group lama dah dapat. Terus pandang depan. . Sekarang Kak Wanie mula bina balik Syifaa' Legacy Team (SLT) di bawah Kak Wanie & suami. Alhamdulillah dah ada 18 business partner di bawah SLT kami. Doakan kami. . Mesti korang tertanya-tanya kenapa la Kak Wanie tetap pilih Shaklee walaupun dah bertahun dgn Shaklee kan? . Jawapannya mudah awak. KAK WANIE YAKIN. . 1. Kak Wanie YAKIN dgn Shaklee Kak Wanie dapat ubah kewangan keluarga kami. Shaklee ni awak tawarkan 'unlimited income'. Lagi kuat awak usaha, awak akan dapat setimpal dgn usaha awak. . Ada yg income 4 angka, 5 angka, 6 angka malah 7 angka. Asalkan kita usaha. Tapi Shaklee ni adil. Takde istilah goyang kaki. Sistem yg bersesuaian dgn kita umat Islam. . 2. Kak Wanie YAKIN Kak Wanie dapat capai impian Kak Wanie dgn Shaklee. Antara impian besar Kak Wanie: ✔️Miliki tanah & rumah atas nama Kak Wanie sendiri ✔️Dapat hadiahkan kereta pada suami ✔️Dapat menunaikan Umrah VVIP sekeluarga ✔️Dapat berikan simpanan bukan utk diri sendiri je tapi utk anak-anak juga sekurangnya 100k seorang Bagi seorang surirumah, impian ni besar bagi Kak Wanie. . 3. Kak Wanie YAKIN, dari bisness Shaklee la Kak Wanie boleh dapat keduanya. MONEY & TIME FREEDOM. Nak ada disetiap detik anak-anak Kak Wanie membesar. . 4. Kak Wanie YAKIN, dengan bisness ni juga Kak Wanie dapat menanam saham akhirat dgn bantu lebih ramai orang utk sihat dgn berkongsi manfaat produk Shaklee. . 5. Kak Wanie YAKIN, dari bisness ni la Kak Wanie boleh bantu ramai surirumah yg mempunyai impian yg sama dgn Kak Wanie. Tanpa perlu keluar bekerja meninggalkan anak-anak tersayang. . Malah dapat membantu ibu bekerjaya yg keluar 8-5 setiap hari utk mempunyai pilihan utk duduk di rumah membesarkan anak tanpa merisikokan kewangan mereka. . Kak Wanie selalu visualize Kak Wanie dapat bantu sekurangnya 10 orang ibu-ibu utk dapat income 5 angka sebulan. . Yea...itu la beberapa sebab kenapa saya Syazwani Ab Aziz a.k.a Kak Wanie memulakan bisness Shaklee ni. . Jangan terlalu asyik dibuai keselesaan hidup kita sekarang kerana kita tak tahu badai apa yg akan menduga kita nanti. . Jangan tunggu 5 tahun baru nak tersedar macam Kak Wanie yg dulu tu ye. Jom kita g Switzerland tahun depan. Nak?

No comments:

Post a Comment

HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014