Monday 31 August 2015

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-58

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA!!!

Dah 58 tahun negara kita merdeka. Semoga kita rakyat Malaysia masih bersama bersatu hati sehati sejiwa menjaga kedaulatan & keamanan nega yg kita sayangi.

Semoga dijauhi negara kita daripada bala bencana kemurkaan Allah serta dilindungi daripada masalah ekonomi yg teruk.

Walaupun kita benci, walaupun tak suka. Jadilah rakyat berhemah yg memikirkan masa depan negara bukan hanya emosi masa kini.

Salam kemerdekaan!! SEHATI SEJIWA BERSATU SEBANGSA!!


Monday 3 August 2015

Supplement TERBAIK buat kanak-kanak

Sepanjang musim raya ni bila berjumpa sanak saudara & rakan-rakan topik menyembang biasanya perihal anak. (Simptom mak-mak. Hahaha)

Ramai yg risau tentang kesihatan anak mereka. Yela..bila musim demam, anak pun join demam. Sampai masuk wad pun ada.

Bg anak yg masih kecil (bawah 4 tahun), mak-mak risau sebab anak tak nak makan. Sayur, buah agak susah nak makan. Biasala bila anak2 tgh sibuk meneroka bermain je. Makan pun lupa.

Thaqif pun tak terkecuali dari semua tu. Sebab tu sejak Thaqif genap setahun je Wani & suami bg dia supplement. Nak cover balik mana nutrisi yg terkurang dlm pemakanan dia.

Siapa yg pernah jumpa Thaqif memang tahu yg dia seorang yg super aktif. Jadi, nutrisi lengkap penting utk pastikan dia membesar dgn sihat.

Bukan susah pun! Cuma campurkan 1 sudu kecil #mealshakes dlm susu Thaqif setiap kali buat susu dia. Kalau nk bg jenis tablet dia dah pandai memilih. So mealshakes adalah pilihan TERBAIK buat Thaqif.

Alhamdulillah Thaqif memang susah utk kena demam/batuk/selsema. Syukur pada Allah dgn nikmat kesihatannya. Ibu & ayah juga perlu berusaha memberikan yg terbaik buat anak agar kenikmatan itu dapat dirasai. Semoga anak-anak kita sentiasa sihat & bijak.

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Tuesday 21 April 2015

9kg Sebulan???

Hai semua.

Harini Wani kongsikan satu lagi testimoni kurus dgn Shaklee.

Gambar dalam gambar tu (hihihi) adalah suami salah seorang ahli group B&C kami. Nama dia En. Mohd Noor Fitri. Dari Labuan.

Beliau adalah salah seorang ahli JK1M yg dihandle oleh Kevin Zahri tu tau!

Sambil mempraktikkan gaya pemakanan & exercise dari Kevin Zahri, beliau juga menggunakan supplement Shaklee dalam menu harian beliau.

Supplement juga penting dlm proses menurunkan berat badan kerana ia membantu memastikan badan kita mendapat nutrisi yg lengkap walaupun ketika berdiet.

Malah minuman protein seperti Cinch Shake & ESP membantu memberikan tenaga sepanjang bersenam serta menggalakkan pembentukan otot ketika bersenam. Jadi bila kurus, tak la mengelebeh je. Huhuhu

Gaya pemakanan sihat & exercise penting dalam penurunan berat badan. Supplement adalah satu sistem sokongan yg anda perlu ada bagi membantu anda kekal bertenaga serta sihat ketika berdiet & bersenam.

Korang leh g skodeng FB beliau ye. Banyak tip yg beliau kongsikan. Wani pun dah join jadi kawan beliau. Huhuhu

Berdarah mata tgk ramai dah kurus! Wani masih jauh dari target ni. Oh mai!!! Nak kena usaha lebih ni. Bab exercise tu tak berapa nak rajin lagi. Hahahahaha.

Nak post byk2 testimoni kurus dgn Shaklee ni sebagai pembakar semangat sendiri. :)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Sunday 19 April 2015

Weight vs Fat Loss

Hai...jom kita skodeng gambar kat bawah tu. Weight loss vs Fat loss.

Yg mana satu pilihan korang??

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Wednesday 15 April 2015

Housewife Bijak Bonus 4 Angka

Bergetar jantung bila baca mesej salah seorang ahli group B&C yg berjaya dapat lebih 4 angka sebulan.

Beliau juga adalah surirumah sepenuh masa seperti Wani. Menjadi Shaklee sebagai sumber pendapatan selepas beliau berhenti kerja akibat masalah kesihatan.

Siapa kata tak boleh berjaya dengan Shaklee?? Selain upline Wani, beliau juga antara sumber inspirasi Wani. Sebab WaNi juga surirumah sepenuh masa menjaga Thaqif.

Dengan Shaklee, yg penting adalah USAHA & KESUNGGUHAN. BoNus Shaklee berkadar langsung dengan usaha kita. Lagi kuat kita berusaha, lagi banyak kita dapat. Kalau kita bagus, lebih dari upline kita, tak mustahil kita akan dapat lebih dari upline.

Tak ada istilah goyang kaki dengan Shaklee. Upline tak akan makan bonus kosong dari hasil usaha downline kalau upline tak perform. Tu yg bezakan Shaklee dgn MLM lain.

Korang bercita-cita untuk jadi surirumah sepenuh masa menjaga anak-anak & suami?? Jom sertai Wani. Nak 3, 4, 5 angka?? Malah 6 angka pun boleh. Pilihan di tangan anda.

ANDA BUAT ANDA DAPAT!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Tuesday 14 April 2015

Reminder Promosi April 2015

Hai...
Wani just nak ingatkan korang lromosi berganda bulan ni. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk promosi dengan harga jauh lebih murah daripada biasa ye!!

Insyaallah dengan Wani tak dikenakan GST ye! Huhuhu

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Monday 13 April 2015

Doa dari Al-Quran

Alhamdulillah terjumpa post pasal ni di FB. Jom sama-sama amalkan nak??

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Memonto Terindah

Dulu masa sekolah rendah, sibuk sangat nak jadi dewasa cepat. Macam-macam boleh buat kononnya.

Bila dah dewasa, berkerja, kahwin & ada anak ni, rasa zaman kanak-kanak la yg paling BEST!!

Minggu ni kecoh kat group sekolah rendah Wani duk cerita memori zaman sekolah dulu. Rindu plak zaman sekolah dulu.

Macam-macam kenangan ada. NO WORRIES at all. Happy je. Takde tanggungjawab besar. Kejenyer main & belajar je. Kan??

Best bila cerita hal dulu. Tapi Wani happy dengan keadaan Wani sekarang. Walaupun banyak tanggungjawab terutama dalam mendidik Umar Thaqif, tapi banyak kenangan baru sekarang.

Cuba korang teka yang mana satu Wani?? Ni gambar masa darjah 5. 1st time Wani join kelas ni sebab Wani budak lompat masa tu.

Walaupun Wani lompat kelas, tapi syukur diorang terima dengan baik. We are friends!!

Masa sekolah rendah dulu, Wani bersekolah di Sekolah Rendah Seri Comel! Comel tak kami?? Hahahaha

Sekali sekala mengimbau kenangan lama. Apa kenangan korang?? Mai la share!

Dengan Shaklee, Wani kembali rapat dengan mereka & happy membantu kawan-kawan yg ada masalah kesihatan. Eratkan silaturrahim yg memang dah terjalin lama. :)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Thursday 9 April 2015

Homemade Dumpling

Hai.

Wani nak kongsikan cubaan pertama Wani buat homemade dumpling haritu.

Wani buat 2 jenis. 1 jenis goreng (fried dumpling) & satu lagi jenis sup (yg bentuk topi tu)

Inti dalam dumpling tu Wani guna udang. Kebetulan ada udang kat rumah. Yg sup tu, Wani buat ala-ala tomyam based dia. Selera melayu. Hahaha

Actually, resepi tu wani ambil dr blog jugak cuma dah lupa dari blog mana. Mintak halal byk2 ye. Wani ada komen kat post owner tu. Cari balik tak jumpa plak. Tak dapat nak letak kredit pada dia.

Kalau lapang, boleh la try ye!

Resepi ada kat gambat tu. Senang nak save nanti.

Suami Wani lebih suka yg sup. Lembut katanya. Dia mintak try kukus plak pasni. Wani plan nak buat inti lain plak nanti. Nanti dah buat Wani post k.

» abaikan rupanyer yg tak cantik tu. «

xoxoxoxo

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Bertenaga Berpuasa Ketika Hamil

Alhamdulillah tahniah buat si manis akak yang berjaya berpuasa penuh di bulan Ramadhan walaupun beliau hamil.

Ramai juga kawan-kawan yg tengah hamil & due lepas puasakan??

Mai cuba berpuasa dengan ESP. Insyaallah membantu berikan tenaga serta kurangkan rasa letih & lapar sepanjang berpuasa.

ESP juga mengandungi nutrient lengkap utk kedua-dua ibu & bayi dalam kandungan.

Tak salah jika kita cuba berpuasa walaupun ada kelonggaran dalam Islam bagi ibu yang hamil. (",)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Surirumah Bergaji (",)

Assalamualaikum semua!

Sekarang ni ramai mengeluh bab isu GST. Tak dinafikan keadaan sekarang sedikit sebanyak mengganggu perbelanjaan harian kita.

Bagi semua housewife di luar sana mesti pening fikirkan cara untuk membantu suami anda. Begitu juga Wani.

Bagi mereka yang pernah bekerja & biasa pegang duit sendiri, tak dinafikan memang susah bila bertukar status kepada fulltime housewife. Dengan keadaan ekonomi sekarang ni kan?

Nak bekerja semula, kesian anak-anak nak hantar ke pengasuh atau taska. Tambah plak terlalu banyak kes kecuaian pengasuh & taska sekarang. Hantar anak ke pengasuh & taska juga memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Kalau anak sorang takpe. Kalau 3-4 orang, selang setahun plak tu. Dah berapa duit tiap bulan nak hantar ke pengasuh/taska?

Belum kira pampers & susu yang nail harga sekarang. Walaupun tidak dikenakan GST, tapi ramai peniaga/pembekal yang menaikkan harga. Subhanallah.

Ramai juga ibu bekerja yang bercita-cita untuk menjadi housewife sepenuh masa demi keselamatan anak-anak. Semua dalam dilema. Baca berita kes kecuaian yg menyebabkan kematian, berderau darah rasanya.

Itu lah juga salah satu sebab Wani & suami ambil keputusan untuk Wani tumpukan sepenuh perhatian menjaga Thaqif. Risau tu memang risau. Tapi Wani percaya jika niat kita betul untuk jaga anak & suami, Allah akan permudahkan semuanya.

Mula-mula memang sesak sikit. Tapi kami belajar sesuaikan diri. Yg penting kami happy. Tapi takkan nak duk diam je kan? Kena la juga usaha. Kalau tak usaha macam mana Allah nak bagi. Betul tak??

Wani start dengan meniaga kerepek kecik-kecik hantar ke office suami. Alhamdulillah dapat sambutan. Dapat la dalam 100-200 sebulan. Duit modal dah tak kacau duit sendiri. Guna duit untung je. Bila Thaqif dah makin besar, dia plak suka 'menolong' mak dia packing. So kadang-kadang tergendala.

Pastu Wani bertemu dengan Shaklee. Mudah rupanya berbisness Shaklee. Yang penting rajin. Kenapa Wani kata rajin??

Sebab korang hanya perlukan FB. Boleh dikatakan semua orang ada FB kan? Tiap hari buka FB. So dah tak ada masalah. Korang hanya perlu kongsikan kebaikan Shaklee melalui FB atau Blog.

Alhamdulillah sambil baring-baring atau main dengan Thaqif, Wani masih boleh post pasal Shaklee kat FB. Tak perlu duduk lama-lama macam packing kerepek.

Pastu kena rajin study produk & diskus dalam group sokongan Shaklee. Bestnyer group sokongan ni sebab ahli dalam tu semua tak kedekut ilmu. Kalau kirang tak sempat study pun, korang masih leh dapat banyak ilmu dalam tu. Wani berada di bawah kumpulan Jutawan Shaklee pimpinan Kak Cery!

Yang paling BEST, kami diajar kebergantingan sepenuhnya kepada Allah dalam berikan rezeki. Banyak amalan rohani yang diajar untuk kita amalkan.

Kadang-kadang jujur Wani pun tak sempat nak post apa-apa ke FB kalau Thaqif tak sihat atau sibuk urusan keluarga. Tapi amalan rohani jangan tinggal sebab Allah Maha Pemberi rezeki.
Sejak join Shaklee Wani jadi lebih tenang. Alhamdulillah tiap bulan dapat income untuk bantu ringankan bebanan kewangan suami. Nanti wani kongsikan plak apa yg Wani dah dapat dengan Shaklee.

Terlalu banyak kelebihan menjadi ahli Shaklee. Wani akan bincangkan dalam entry berikutnya k.

Anakanda da panggil nak makan. Hahahahaha. See!! Sambil masak pun leh mengarang blog. Huhuhu

Jom join team Wani. Banyak yang Wani ingin kongsikan dengan korang!

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Turun 18Kg dengan Cinch Shake!!

Ohhooiii....jelousnyer la hai dengan akak ni.

Mana tak jelous kalau dah turun sampai 18kg dengan Cinch Shake Shaklee ni. Nampaknya Wani kena lebih konsisten minum Cinch shake & ESP.

Tak aci la kalau orang lain dah turun, diri sendiri tidak kan? Tapi kan, walaupun Wani tak turun macam akak ni WaNi perasan berat badan Wani maintain.

Even tak jaga makan, melantak je semua. Alhamdulillah masih 2kg kurang dari berat sebelum preggy. Sebab tu sayang dengan shaklee ni. Hihihihi

Tapi akan ku usahakan untuk turun lebih banyak macam akak ni. Dah terbukti Shaklee boleh membantu kita dapatkan berat badan yg ideal dengan cara yang sihat.

Jom kita sama-sama usaha untuk lebih sihat dengan berat badan ideal.

Psst...bulan ni promosi Cinch Shake & Lecithin. Memang sesuai untuk kita mulakan misi slim melim kita. Jom!!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Glycemic Index Chart

Kali ni ringkas je ye. Wani nak kongsikan carta yg menunjukkan GI (Glisemic index) beberapa jenis makanan yang biasa kita makan.

Bagi penghidap masalah kencing manis kena berhati-hati dalam pemilihan makanan ye. Pilihlah makanan dengan nilai GI yang rendah.

Apa maksud GI ni ye??

Ia menentu-ukur berapa cepatkah makanan yang kita makan bertukar menjadi tenaga.

Semakin tinggi nilai GI, semakin cepatlah makanan tersebut ditukarkan kepada tenaga. Menyebabkan kita cepat berasa lapar.

Jom buat pilihan yang bijak. Boleh la start memilih makanan yang TERBAIK untuk diet harian anda.

Opps...lupa nak bagitau. ESP Shaklee mempunyai nilai GI kurang daripada 50. Iaitu tergolong dalam bahagian GI RENDAH. Sesuai & selamat untuk pesakit kencing manis & mereka yang ingin berat badan ideal. :)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Wednesday 8 April 2015

Herbal Blend «PARABEN FREE»

Sekarang ni Thaqif memang aktif. Tambah plak dah pandai kayuh basikal. Bukan main lagi laju mengayuh basikal.

* saje je ajak mak dia exercise kejar dia. Hihihihi *

* mommy & daddy make sure sebtiasa follow anak-anak ye walaupun dikawasan taman kita sendiri. Terutama anak yg baru belajar kayuh basikal. Diorang ni tahap keterujaannya lebih sikit *

Bila dah pandai kayuh ni, memang tak lari la episod jatuh & luka. Bak kata ayah Thaqif, anak lelaki kena kuat. Jangan putus asa kalau jatuh.

* kesian Thaqif ada mak & ayah macam kitorang *

Nak dijadikan cerita, haritu Thaqif kayuh basikal terlanggar batu & jatuh. Syukur tak ada luka. Tak nangis pun. Muka macho je.

Yang lawaknya masa da park basikal kat dlm pagar, dia main kejar-kejar dgn ayahnya & jatuh.

Melalak la dia nangis. Laju je Wani keluar tengok. Suami mintak ambik kain. Rupanya luka atas bibir dia. So apa lagi, ambik kain cepat-cepat lap darah. Bersihkan luka dia.

Pastu sapu Herbal Blend kat luka dia & letak ais. Thaqif yg mintak letak herbal blend. Nasib la tak dijilatnya krim tu.

Tiap masa Wani sapu luka dia dgn Herbal Blend. Alhamdulillah kejap je hilang parut kat bibir dia. Sepanjang luka tu pun dia tak nangis pedih ke apa. Sejuk-sejuk je rasanya sapu krim tu.

Sejak Wani kenal dengan Herbal Blend Shaklee ni, memang tak berenggang. Ke mana je Wani akan bawak. Terutama bila balik kampung atau travel. 

Bila balik kampung, mesti badan Thaqif merah-merah kena gigit ngamuk. Mana tak kena gigit kalau pagi-pagi buta dah sibuk ajak Atuk atau Tokki dia keliling rumah.

Bila Thaqif kena gigit nyamuk, semestinya Wani akan sapukan Herbal Blend. So dia tak rasa gatal & menggaru. Dengan Herbal Blend ni, parut pun tak ada.

Yang paling BEST sebab ia dihasilkan daripada bahan semulajadi. NO CHEMICAL & NO PARABEN. Kalau korang perasan atau tahu, krim yg mengandungi Paraben tak boleh diberikan pada kanak-kanak. Hatta orang dewasa pun tak digalakkan. Bahan kimia kan!

Masa Thaqif baby, pernah beli Mopiko. Kononnya nak letak kat kesan nyamuk sebab tak berapa rajin nak tenyeh kapur makan. Salesperson kat kedai barangan baby tu kata boleh guna dari baby lagi. So Wani pun beli la. 

Masa tu tak berilmu lagi. Tapi mujur baca label kat kotak & kertas dlm kotak tu. Rupanya Mopiko tak boleh digunakan pada kanak-kanak 2 tahun ke bawah. Nasib la Wani tak g tenyeh kat Thaqif masa tu.

Sejak tu Wani usaha cari krim yg baby & kids friendly. Bukan pe sebab kesian tgk Thaqif kena gigit nyamuk. Akhirnya bertemu dengan Herbal Blend. Sejak tu, hanya Herbal Blend menjadi teman setia kami sekeluarga.

Psst..dalam beg Thaqif siap ada standby Herbal Blend dalam bekas kecil. So even pegi makan atau shopping, ada Herbal Blend gak. Kita tak tahu bila kita perlukan sesuatu tu.

BETTER STANDBY THAN NOTHING.

* gambar tu masa bibir Thaqif jatuh main kejar-kejar dgn ayahnya. Siap senyum lagi anak bujang mak. *


Bazaar D'Waniez

0196210077 | SID-WANI

pnkacang.blogspot.com


Family Time »» Restoran Terapung

Alhamdulillah diberi kesempatan utk cuba makan di Restoran Terapung masa odw balik dari BP baru ni.

Biasanya lalu je, tiba-tiba haritu Cik Abang ajak singgah. Nak tapau je pun sebab da lewat petang. Tapi sambil tunggu order, kami minum-minum dulu & pesan fries utk Thaqif.

Seperti biasa, air & Thaqif tak boleh dipisahkan. Bukan main seronok dia tgk air. Kena plak masa tu ada bot lalu. Mengekek kesukaan dia.

We are HAPPY, when Thaqif's HAPPY.

Tak ada apa yg berharga daripada tgk anak bergelak ketawa gembira. Hilang penat lelah jalan jauh. :)

Alhamdulillah makanan yg kami order SEDAP & harga pun berpatutan. Next time nak try western menu dia plak.

* sempat rakam beberapa gambar masa tu. Cik Abang paksa ambik gambar sebab selalu takde gambar Wani. Sebab Wani biasanya photographer rasmi keluarga Thaqif ni. Hihihihi *

* semangat laki bini pakai jersi Terengganu. Kena plak malam tu Terengganu main. Hahahahaha *

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Vita E & Kesihatan Lelaki

Siapa kata lelaki tak perlu jaga kesihatan??

Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, hatta batuk selsema pun lelaki kena tau. Bukan perempuan je.

Habis tu kenapa perempuan je biasanya sibuk-sibuk duk cari supplement? Sebab perempuan ni nak cantik utk suaminya. Bila nk cantik, kena la cantik luar dalam. Sebab tu perempuan lebih TERBUKA dengan supplement.

Lelaki biasanya agak culas nk ambil supplement, wanita pun camtu gak. Lelaki biasanya rasa diri mereka GAGAH & KUAT, tak perlu ambil supplement. Wanita ni sejak azali digambarkan sebagai LEMAH.

Tapi sebenarnya wanita ni BIJAK. Bijak untuk memahami apa yg TERBAIK buat mereka. Lelaki ni walaupun dah sakit, masih tak nak telan ubat atau vitamin kerana diorang ni ditutupi dengan EGO yg TEBAL. Biar je tanggung sakit sorang-sorang drpd ambil supplement atau ubat. Kononnya macho. :(

Masalah lambat dikurniakan zuriat biasanya dilemparkan kepada wanita. Sebenarnya lelaki juga memainkan peranan penting. TERSANGAT PENTING.

Kalau lelaki tak sihat, sperma mereka pun tak kuat atau berkualiti. Jadi, camne nak berlaku penempelan pada rahim isteri? Kekerapan bersama tak menentukan kualiti anda tau!

Bukan cuba menjatuhkan ego lelaki, tapi Wani hanya ingin anda sedar yg tak kira la anda lelaki atau wanita, kesihatan adalah yg paling utama.

Tu baru mukadimah bab sperma & zuriat belum sentuh bab merokok, pemakanan dan lain-lain. Yg tu Wani cerita kemudian k.

Kali ni Wani nak tunjukkan satu kajian tentang kepentingan Vitamin E & selenium pada kaum lelaki. Vitamin E ni bukan untuk cantik je. Tapi ia mampu meningkatkan kesihatan & kualiti sperma lelaki yg dah berkahwin.

Tapi pastikan Vitamin E yg anda ambil mestilah mengandungi selenium. Kalau tak ada kena ambik supplement selenium berasingan. Kenapa selenium ni penting?

Selenium membantu meningkatkan kadar penyerapan Vitamin E dalam badan. So tak akan ada lebihan vitamin E. Lebihan Vitamin E boleh menyebabkan masalah lain. Sebab tu anda perlu pastikan vitamin e anda dilengkapi selenium.

Wani akan ulaskan tentang Vitamin E & selenium dengan detail dalam entry lain k.

Kalau ingin cuba ambil Vitamin E, boleh cuba Vita E Complex Shaklee. Alhamdulillah ia telah dilengkapi dgn selenium. Tak perlu la cari supplement selenium berasingan. :)

Mudah kan??

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Promosi April 2015

Alhamdulillah sekali lagi Shaklee buat promosi menusuk kalbu!

Mana tak menusuknya, bulan ni 5 item baru promosi + 1 produk promosi lanjutan iaitu Vitalea For Children.

5 item baru promosi adalah:

BELI 6 PERCUMA 1 @ BELI 2 DGN 5% DISKAUN
» GLA Complex
» Lecithin

BELI 3 PERCUMA 1
» DTX Complex
» Cinch Shake Chocolate
» Cinch Shake Caffe Latte

Vitalea For Children adalah promosi lanjutan sejak Januari 2015. Kekal BELI 3 PERCUMA 1. Sayang betul Shaklee dengan anak-anak kita. 4 bulan berturut-turut promosi Vitalea Kids ni.

Bagi sesiapa yang ingin cergas & kurangkan lemak berlebihan macam Wani ni memang kena GRAB promosi bulan ni.

LECITHIN + CINCH SHAKE adalah combo TERBAIK untuk tingkatkan metabolisme badan serta mengurangkan lemak-lemak berlebihan. :)

Best kan?

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Sunday 15 March 2015

Kenapa ESP penting untuk ibu hamil??

Assalamualaikum..

Wani nak kongsikan kenapa ESP ni penting & bagus utk diambil oleh semua ibu hamil.

Wani dah ringkaskan dalam bentuk gambar senang nak rujuk.

Secara ringkasnya, ESP adalah sumber protein semulajadi yang diekstrak daripada kacang soya. Kacang soya yang digunakan adalah kacang soya NON-GMO. Maksudnya ianya tidak diubah sifat soyanya secara genetik. Ini mengekalkan ciri semulajadi soya tersebut serta mengekalkan nutrient TERBAIKnya.

Malah Shaklee mempunyai ladang kacang soyanya sendiri yang ditanam tanpa sebarang penggunaan racun serangga mahupun bahan kimia. Ia bagi memastikan kacang soya itu tidak mengandungi bahan kimia serta kekalkan nilai protein yang tinggi.

ESP bukan sekadar minuman berprotein tinggi. Malah ia juga dilengkapi dengan kalsium, zat mineral serta 9 asid amino penting yang diperlukan tubuh.

Ibu hamil memerlukan protein yang tinggi bagi mengurangkan risiko melahirkan anak pra-matang ataupun keguguran. 9 asid amino penting bagi ibu hamil kerana ianya adalah elemen penting dalam pembentukan otak, tulang & perkembangan janin dalam kandungan.

Malah ESP juga memberikan tenaga buat ibu, mengurangkan loya serta meningkatkan sistem imun ibu melawan penyakit. Sepanjang kehamilan, ibu memerlukan nutrisi yang lebih untuk dirinya & bayi.

ESP adalah pilihan TERBAIK buat kedua- dua ibu & bayi.

Jom buat pilihan yang bijak buat diri anda & bayi anda.

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Saturday 14 March 2015

Set Combo ESP

Mai tengok..mai jengah kakak abang!!

Wani kongsikan antara Set Combo ESP! Esp ni serbaguna gitu!

Nak cantik?
Nak kurus?
Nak sihat?
Nak hilang parut?
Nak menyusu?
Nak bertenaga?

Ish...macam-macam la. Semuanya dengan ESP tau!

Ramai yang jatuh hati dengan ESP ni. Bulan ni ramai duk restock ESP 3-4 tong skali sebab promosi barga berbaloi-baloi.
Ada siap beli 1 set 6 tong sebab dapat 1 tong free. Sharing adik beradik gitu. Sebab ESP ni sesuai utk seisi keluarga tak kira laki perempuan tua atau muda.

Korang dah cuba? Dah restock?

Kalau belum mai hubungi Wani.
Special gift utk semua customer Wani bulan ni...rugi tak grab!

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Sunday 8 March 2015

Testimoni ESP

Hai, lama tak potpet kat sini.
Maaf ye. Insyaallah pasni akan selalu nyembang kat sini. Hihihi

Ramai yg dah tahu bulan 3 ni Shaklee buat promosi ESP, Zinc Complex & Vitalea Kid kan??

Kalau baru tahu tu, cepat-cepat kira budget utk restock k. Al-maklumlah bulan depan dah implement GST ye. Jangan lupa!!!

Berbalik pada promodi bulan ni, ramai yg ambil peluang utk restock ESP diorang. ESP kan salah satu produk TERLARIS Shaklee. Selain tu, ramai yg kongsikan kisah CINTA diorang dgn ESP.

Korang dah baca? Kalau belum, insyaallah Wani akan kongsikan testimoni yg ada dengan korang semua setiap hari k. Kalau korang baca, sure korang rasa nk g restock skrg gak. Hahaha

For the starter, Wani kongsikan kisah akak ni. Memang falling in love dgn ESP. Refer gambar k.

Kalau korang nak share kisah cinta ESP korang pun boleh. Kisah paling BEST nnt kita pikir nk bg hadiah apa k. Nak??

Share la kisah CINTA korang. Huhuhuhu.

Psst...jatuh cinta tu jatuh cinta gak. Kalau nak restock mai cepat huhungi Wani k. :)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
Supervisor Shaklee Mac 2015
pnkacang.blogspot.com


Tuesday 27 January 2015

~Shaklee Oh Shaklee~

Info tentang Shaklee yang membuatkan ia menjadi pilihan Wani sekeluarga. Anda pun boleh!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Supervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


Monday 19 January 2015

~4 Impak Vivix sebagai Anti-Penuaan~

Didalam kajian makmal,ramuan VIVIX telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap selular

1.KEROSAKAN DNA
-Setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA pada setiap hari.Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik,menghasilkan satu "typo"(kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur

√ RAMUAN VIVIX -Melindungi dan memperbaiki selular DNA

2.PENGAWALAN GENETIK
-Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular

√ RAMUAN VIVIX-Mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular

3.PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MENURUN OLEH SEL-SEL
-Mitochondra(penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan.Apabila kecekapan mitochondra menurun fungsi sel turut menurun

√ RAMUAN VIVIX-Menggalakkan biogenesis(pembentukan baru) mitochondra untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel

4.PENIMBUNAN PROTIN AGE
-Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur

√ RAMUAN VIVIX-Adalah 10x lebih kuat dari resveratrol(kandungan unik dalam anggur 'muscadine' ) untuk melambatkan pembentukan protin AGE

Nak tahu lebih lanjut tentang Vivix? Hubungi saya, Wani untuk sembang panjang.

Kredit kepada B&C group atas perkongsian ilmu.

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Supervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


~Shaklee Pilihan Buat Thaqif~

Genap setahun usia Umar Thaqif, kami suami isteri berusaha untuk berikan makanan tambahan TERBAIK buat Umar Thaqif.

Mealshakes + Chewable Vita C + Omega Guard!!

Makanan tambahan yang membantu membekalkan nutrien lengkap bagi memastikan perkembangan secara sihat kanak-kanak!

Kami sudah!! Anda bagaimana??

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Supervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


~Ayah, Thaqif & Motor~

Alhamdulillah kami dikurniakan seorang anak yang sihat & aktif.

Setiap petang bila ayah balik kerja, UT akan ajak ayah keluar main kat depan rumah dengan kawan-kawan lain.

UT & motor pemberian Ki berpisah tiada! Sayang sungguh UT dengan motor Ki bagi.

Melihat UT main adalah salah satu terapi Wani sendiri bila penat. Macam-macam gelagat kanak-kanak ni.

Betul la kata orang bijak pandai, rapatkanlah diri anda dengan orang 60 tahun ke atas & kanak-kanak 6 tahun ke bawah. Bila anda rapat dengan mereka, anda akan lebih menghargai kehidupan anda sekarang.

Betapa sucinya pemikiran kanak-kanak. Betapa naifnya mereka bermain & berkawan. Kadang-kadang kita sebagai orang dewasa mudah lupa bagaimana rasanya duduk tanpa berbuat apa-apa, tanpa berfikir tentang masa depan, tentang duit, tentang kerja dan lain-lain.

Banyak yang boleh kita pelajari daripada anak-anak kita. Bukan hanya mereka belajar daripada kita, tapi sebenarnya kita lebih banyak belajar daripada mereka.

Sekecil-kecil benda seperti senyuman boleh membuatkan seorang kanak-kanak ketawa gembira. Dengan hanya satu ciuman atau satu kata pujian boleh buat mereka ceria.

Wani selalu tanya diri Wani, bila kali terakhir Wani hanya duduk berdua dengan suami atau keluarga bercakap, gelak ketawa tanpa fikirkan sebarang masalah?

Sebab tu la TODAY is called PRESENT!!! Hargai setiap saat & detik anda bernafas bersama insan tersayang. Sebab kit tak tahu sama ada esok kita masih boleh bersama mereka ataupun tak.

*emosi jap tengok muka anak happy main*

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Supervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


~Carotomax Membantu Atasi Masalah Mata~

Hi semua!
Anda ada masalah berkaitan mata??

Silau??? Mata berair??? Glucoma??? Katarak??? Rabun Jauh??? Rabun dekat???

Senang kata masalah berkaitan mata anda??

Mata adalah antara organ terpenting manusia. Tanpa mata, susah kita nak melihat. Bila tak dapat melihat dengan jelas, susah untuk kita sesuaikan diri menguruskan atau menjalani kehidupan seharian.

Mata merupakan antara nikmat Allah yang terbaik buat kita. Syukur dikurniakan nikmat mata yang boleh melihat. Melihat betapa indahnya ciptaan Allah.

Boleh melihat wajah insan tersayang, kaum keluarga, sahabat, jiran tetangga. Boleh melakukan aktiviti seharian tanpa kekangan. Boleh membaca Al-Quran dengan mudah. Syukur ke hadrat Ilahi.

Tak dapat Wani bayangkan mereka yang tak dapat melihat? Macam mana tabahnya mereka menjalani kehidupan yang serba berbeza. Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah ni.

Tapi ramai yang menghadapi masalah penglihatan. Wani sendiri ada masalah rabun jauh & silau yang agak tinggi. Bak kata suami Wani, buat cermin je dah makan beribu ringgit. Sebab power tinggi.

Sejak join Shaklee, Wani tak pernah fokus pada produk penjagaan mata Carotomax ni. Wani join ambil vitamin untuk kesihatan je. Tak pernah terfikir vitamin untuk mata.

Dalam bulan 9 atau 10 2014, Wani jumpa seorang sahabat Wani masa sekolah menengah. Dalam sibuk bercerita produk kesuburan beliau suami isteri & kecergasan suami bersukan, tiba-tiba suami beliau tanyakan produk untuk ayahnya yang ada masalah mata.

Kelakar pun ada ayat si suami tu. Katanya mata ayah beliau selalu berair & macam nak terkeluar. Sunggub blurr jap Wani dengar. Tak leh bayangkan camne nak terkeluar tu.

Terus Wani teringat Carotomax. Wani terus terang dengan beliu suami isteri yang Wani kurang ilmu tentang Carotomax lagipun Wani sendiri tak ambil. "Namun berdasarkan perkongsian dalam kumpulan sokongan Shaklee Wani, Carotomax adalah produk TERBAIK khas untuk masalah mengenai mata." Kata Wani pada mereka. "Boleh andaikata nak cuba untuk ayah. Tengok serasi atau tidak".

Walaupun Wani kurang ilmu mengenai Carotomax pada waktu tu, Alhamdulillah mereka terbuka untuk cuba 1 botol dulu.
Balik je rumah, terus study pasal Carotomax. Wani dah janji akan cuba membantu pelanggan Wani sebaik mungkin. Jadi bila ada ilmu yang Wani tak tahu, Wani kena belajar. Untuk membantu pelanggan Wani.

Hampir setiap bulan sahabat Wani repeat order Carotomax buat FIL beliau. Wani tak dapat berbual panjang sebab beliau agak sibuk. Minggu lepas beliau Whatsapp Wani lagi. Katanya nak repeat order Carotomax lagi bulan ni.

Wani pun ambil kesempatan tanya mengenai FIL beliau. Yela kan, kalau dah repeat setiap bulan mesti la dah ada tindak balas. Kalau takde takkan beliau repeat order kan??

Happy sangat bila Wani dapat tahu bahawa FIL beliau serasi dengan Carotomax. Sebelum ni dah macam-macam ubat hospital & farmasi FIL beliau ambil. Tapi takde perubahan. Alhamdulillah FIL beliau serasi ambil Carotomax siap pesan pada anaknya untuk restock setiap bulan. Wani ada sertakan printscreen sedikit perbualan kami.

Ni lah antara sebab Wani sayangkan Shaklee. Bila kita berusaha, ia membantu mereka yang memerlukan menjadi lebih sihat. Alhamdulillah Carotomax Shaklee menjadi asbab FIL sahabat Wani untuk jadi lebih sihat.

Bulan ni dah masuk kali ke-4 beliau repeat order. Dengan itu, Wani pun dengan rasminya TERGODA untuk TRY Carotomax untuk diri Wani sendiri. Nanti Wani kongsikan testimoni Wani sendiri plak ye! Beri masa 2-3 bulan untuk nampak perbezaannya.

Produk Shaklee adalah VITAMIN bukan ubat! Ia mengambil masa untuk memperbaiki sistem badan kita. Sel-sel badan kita kan regenerate setiap 21 hari. So kena ambil masa la untuk vitamin bertindakbalas!

Misi mengurangkan silau & power rabun!!! Bila dah cuba sendiri baru tahu perbezaannya kan??

Mai la cuba sama-sama dengan Wani (",)

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Supervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


~30 Cara Menjadi Individu Positif~

Sekadar perkongsian motivasi diri sendiri....

Bagaimana Untuk Menjadi Individu Yang Positif (",)

1.    Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.

2.   Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini. Kata-kata positif akan mempengaruhi minda separa sedar anda. Lebih banyak perasaan & kata-kata positif yang anda katakan pada duri anda, ia akan menjadikan anda lebih gembira dalam menikmati kehidupan anda.

3. Jangan berlebihan, tetapkan had mengikut kemampuan & keperluan. Sama ada dari segi pekerjaan, perbelanjaan mahupun pemakanan. Tetapkan had dalam setiap aspek kehidupan anda.

4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius. Relax & enjoy the process!

5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’. Gossip mencipta aspek negatif dalam diri anda. Elakkan!!

6. Bermimpilah ketika anda berjaga. Don't be afraid to DREAM! Buat sehabis baik untuk realisasikan mimpi anda itu. Semuanya bermula dengan mimpi yang direalisasikan mengikut kemampuan diri. Jangan duk mimpi je tanpa sebarang tindakan ye!!

7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan. Jangan terlalu pandang tinggi pada orang lain kerana anda sebenarnya mampu jadi lebih baik daripada itu. So, stop admiring others. Jnstead, use that time to take action to improve yourself!

8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang. Yesterday is HISTORY, Today is PRESENT & Tomorrow is FUTURE.

9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini.

11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri.

12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat.

13. Lebihkan senyum dan ketawa. Berikan senyuman TERBAIK anda setiap hari. Ia akan mempengaruhi tugas harian anda! Don't worry be HAPPY!!

14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju.

15. Kerap menelefon ahli keluarga. Keluarga adalah mereka yang akan sentiasa anda disisi anda tanpa mengira apa yang telah anda lakukan. Hargai keluarga anda!

16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain. Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yng menerima.

17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya. Memaafkan semua orang sebelum tidur setiap hari akan menjadikan anda individu yang lebih positif & gembira.

18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun. Anda akan lebih menghargai kehidupan anda masa kini.

19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari. Anda akan rasa gembira dengan membuatkan orang lain ceria.

20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda. Just keep on doing the right things regardless what other peoples would says.

21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka.

22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan. Hanya Allah tempat anda bergantung segalanya.

23.   Allah akan mengubati segala galanya. Allah yang Maha Mengetahui. Trust Allah in everything.

24.   Buat perkara yang betul.

25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah. Hidup umpama roda. Always be prepared & put your hope high.

26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia.

27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba. Take one steps at a time.

28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan. Always stay positive.

29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah. Nikmat nyawa adalah perkara yang paling berharga buat anda!

30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah.

Jom kita sama-sama memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI (1111602)
Suervisor Shaklee (Mac 2015)
pnkacang.blogspot.com


Sunday 11 January 2015

7 Variasi Minuman Kesihatan Shaklee!!!

Anda dah cuba????

BELUM??? RUGI SANGAT-SANGAT!

DAPATKAN SEKARANG JUGA!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Balik Kampung Batu Pahat Part 2

Assalamualaikum

Semalam anakanda Umar Thaqif (UT) dekat pukul 2:30 pagi baru tidur. So bangun pukul 10:30 pagi. Siap-siap semua, pukul 11:30 kami sekeluarga memulakan misi jalan-jalan Batu Pahat!!

Destinasi pertama kami semestinya Nasi Beriyani Gam Power BP. Tok Abah kata kat sini Nasi Beriyani memang sedap. Actually Wani yang memang orang BP pun tak pernah try sebab Wani jarang makan luar. So kami ke sini untuk try nasi beriyani gam yang menjadi trademark orang BP!

Ya Allah! Memang sentiasa penuh orang! Tok Abah kata kena g awal sebab takut habis. Alhamdulillah rezeki kami dapat satu meja kosong. Syukur!

Tok Abah & suami Wani (ayah UT) ambik Beriyani Gam Kambing & Wani sekadar Beriyani Gam Ayam je! Air pulak kami order fresh orange, teh ais & limau suam!

Ayah UT memang kurang sikit makan kambing sebab takut bau. Tapi nak try jugak! Degil la plak. Ayah UT ni memang cerewet sikit bab makan.

Sampai je order kami siap dengan acar & kuah gulai, ayah UT tanya:

"Mie, mana lauk dia mie? Tak sampai pun lagi."
*tergelak Wani dengar. Sebab lauknya dalam nasi tu. Hahaha. Wani pun suruh dia tengok dalam nasi. Huhuhu.

Wani terus suapkan UT. UT biasanya tak memilih. Dia memang suka makan nasi. UT makan dengan penuh selera. Syukur.

Wani tanya Ayah UT. "Ok tak b??"

"Sedap la Mie, lain dari nasi beriyani yang kita makan. Tak kering. Memang jadi r!" kata suami Wani.

Alhamdulillah dia suka!! So nasi beriyani gam BP boleh pangkah daripada list!!!

(Dalam gambar tu nasi beriyani ayam Wani punya + muka model kami Bazaar D'Waniez + gambar signboard kedai tu. Senang kalau korang nak g cari)

Selesai lunch kat situ, alang-alang dah dekat Wani ajak g Pantai Minyak Beku! Saje je jalan-jalan. Padahal dah pukul 12 lebih.

UMAR THAQIF DAN AIR BERPISAH TIADA!!

Sampai je kat tepi pantai tu, keluar je kereta bukan main sengeh nampak air. Sibuk ajak ayah turun main air. Tapi agak dalam kawasan tu. Nasib ada budak pompuan kat situ bagitahu kalau nak main air kena g sebelah satu lagi. Sesuai untuk budak-budak.

Kitorang memang tak plan nak bawak UT mandi laut atau main air. So try pujuk bagi aiskrim. Tapi tak jalan gak. So g la jugak sebelah satu lagi tu g tengok kawasan.

Memang ada 2 orang budak tengah mandi. UT pun bukan main la nak main air. So berkorban jela mak masuk air sebab ayah pakai kasut. Buka baju, buka seluar terus main air walaupun tengahari buta kata orang. Hahaha. Nasib Wani memang bawak baju & pampers spare dalam handbag.

So semua mommy to be kena ingat ye! Baju & pampers + wet tissues memang always kena ada dalam handbag or diaper bag. Pastu kalau boleh standby sebotol air bersih dalam bonet kereta. Huhu

Pas mandi-mandi gerak ke BP Mall sebab Tok Abah nak beli selipar. Sukati je UT pow Tok Abah kasut boot satu. Hahaha melayang duit beli boot ke UT. Sayang tol Tok Abah dengan cucunya. UT bila dapat jalan-jalan, bukan main berlari sakan.

HAPPY Shaklee kids!! Sihat, aktif, cergas & cerdas!! (",)

Balik rumah Tok Abah UT sambung main bola plak kat luo. Tak penat-penat anak mak ni. Dah la langsung tak tidur siang.

Akhirnya pas Maghrib masa kami keluar nak g makan malam, UT tertido di bahu ayah tanpa sempat makan malam. Penat sangat la tu.

It's okay UT! Tidur lena ye sayang sampai pagi esok. Mak & Ayah tahu awak HAPPY sangat dapat jumpa Tok Abah awak & balik BP!

Siapa kata BP tak BEST??? Best tau!!!

Malam ni Mak & Ayah UT siap-siap telan Ostematrix 4 biji sebelum tidur. Elakkan sakit-sakit badan pagi esok. Al maklum la esok nak travel balik Terenggnu plak.

Walaupun sekejap balik BP, tapi kami HAPPY sebb dapat luangkan masa dengan Tok Abah jalan-jalan BP!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Saturday 10 January 2015

Balik Kampung!! Ronda-ronda BP!!!

Alhamdulillah after a long journey akhirnya kami sekeluarga selamat sampai di kampung Wani.

Parit Sulong, Batu Pahat, Johor

Sepanjang jalan hujan agak lebat & kenderaan agak banyak. Syukur dipermudahkan perjalanan kami.

Sampai ke rumah Tok Abah dah lewat petang. Turun kereta je terus lari keliling rumah Tok Abah. Haha sabar jela tengok perangai Umar Thaqif yang sangat aktif. Dapat je peluang memang gembira berlari ke sana ke mari.

Sampai rumah dah lewat. So ambik keputusan makan luar je malam ni dengan Abah. Planning nak g makan Mee Racun Special BP.

Dengan gumbira lepas Maghrib cepat-cepat siap. Tapi sayang, kedai tutup. Bila hujan renyai-renyai ni kurang pilihan tempat makan sebab banyak yang open air. Nak lepak BP Walk pun bukan la pilihan terbaik bagi kmi yang ada anak kecil time hujan ni.

Jalan punya jalan akhirnya western jadi pilihan. Kami bukan jenis makan luar so tak tahu banyak kedai makan. So ni first time nk try kat The Windmill Station BP.

Tok Abah : Grilled Fish with pineapple dried rice + Fresh Orange
Ayah UT : Set Grilled Chicken (tak sempat snap gambar)
Mak UT : Set Golden Fish
Umar Thaqif : Spagheti + Mini Hotdog

Alhamdulillah sedap & worth dengan harga makanan. Recommended pada mereka yang suka western sebab banyak menu. Bukan hanya steak & chicken chop. Hahaha

Lepas makan, Wani saja ajak diorang jalan-jalan Dataran Batu Pahat. Rupanya masih ada Karnival Ambang Tahun Baru. So memang ramai orang la jugak & agak banyak gerai.

Seperti biasa, bila lepas je si Umar Thaqif tu, bukan main gembira dia berlari-lari main bola + main dengan arnab. (Ada mini zoo, Taman Arnab Bergerak dll)

Sangat happy Umar Thaqif main walaupun dah pukul 10 lebih. Biar jela lepaskan gian nak main. Tok Abah belanja Thaqif bola sebiji. Hahaha.

Syukur dapat spend time dengan family & happy-happy! Sekarang jam 01:33 tapi Umar Thaqif masih aktif main kat rumah pulak ni. Esok plan nak berjalan cari makan plak. En.Suami nak try specialty Batu Pahat. So plan nak bawak pegi makan nasi beriyani. Round-round BP esok.

Insyaallah esok harap-harap Mak Long & Pak Long Umar Thaqif balik join makan-makan malam esok. Sebab lama dah tak spend time whole family. So Tok Abah ajak makan luar esok malam. Hahaha.
(Mak Thaqif tak payah masak esok...yeayyy!!!)

Jom happy-happy dengan family Thaqif!!!

Psst...jangan lupa dapat produk Shaklee daripada Wani ye! Bercuti pun kedai online Bazaar D'Waniez still beroperasi seperti biasa. 24/7 gitu!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014