Assalamulaikum W.B.T
Lama Wani tak berkongsi cerita & info di sini. Jadi hari ini Wani ingin berkongsikan beberapa tip yang kita semua boleh amalkan sekiranya anak-anak demam, batuk atau selsema.
Kebanyakkan tip ni Wani dapat berdasarkan petua orang tua-tua, info En.Google & pengalaman Wani sendiri. Semua ni Wani dah buat tau.
Antaranya:
1) andaikata anak demam. Biasanya kalau suhu atas 37°C tu kira demam la ye. Mula-mula bogelkan die. Hahaha. Extreme pulak kan.
Maksudnya buka baju & seluar. Just bagi pakai pampers sahaja. Bagi haba keluar. Jangan pulak pegi selimut ye. Kanak-kanak tak sama dengan orang dewasa.
Orang dewasa biasanya kita akan selimut tebal-tebal bagi berpeluh. Tapi kanak-kanak jangan buat ye.
2) kerapkan mandi. Walaupun demam, make sure mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari macam biasa. Bagi panas dalam badan keluar.
Memang mereka akan meronta-ronta tak nak mandi & nangis. Tapi bersabarlah. Itu untuk kebaikan mereka.
3) jelum atau lap badan mereka sekerap mungkin. Tak perlu balut dgn tuala lembap atau pakaikan baju basah. Cukup sekadar lap badan dengan tuala kecil.
Kadang-kadang kalau malam anak tak nak dijelum atau mereka akan terkejut kalau dijelum kan?
Kalau memang tak boleh jelum terutama waktu malam, biar mereka tidur dekat dengan kipas. Buka kipas laju-laju.
4) kalau anak tidak selesa tidur sebab hidung tersumbat cuba ambil minyak masak atau yang paling baik minyak zaitun. Sapukan minyak tersebut di kawasan hidung, kening, batang hidung & rongga di pipi tu.
Kalau dapat buat minyak bawang putih lebih baik. Ataupun campurkan kunyit hidup dengan minyak tu pun okay. Tapi kalau dah malam-malam tak sempat nak buat, memadai dengan hanya menggunakan minyak masak sahaja.
Wani dah cuba pada Thaqif. Alhamdulillah walaupun hanya dengan minyak masak, Thaqif akan tidur lena.
5) petua yang ke-5 ni Wani belajar dengan seorang pak cik yang biasa mengubat orang yang kena tonsil & yang sewaktu dengannya.
Caranya mudah. Orang dewasa pun boleh guna cara ni kalau batuk berkahak.
Hanya perlu 1-2 helai tisu dapur. Yg tebal tu. Bulan tisu toilet yg nipis tu ye. Lepas tu perlu 2-3 biji limau nipis. Pastikan limau nipis tu TIDAK dimasukkan ke dalam peti sejuk dulu ye.
Kata pak cik tu kalau dimasukkan ke dlam peti sejuk, segala khasiat limau nipis tu akan hilang. Memadai hanya diletakkan diluar. Lebih baik jika boeh dapat yang fresh dari pokok.
Mula-mula lipat tisu dapur tersebut bagi tebal. Saiz lipatan tu agak-agak la. Tapi jangan tebal sangat. Selepas itu, perahkan limau nipis tadi ke atas tisu tersebut hingga lembap/basah. Jangan terkoyak pulak ye.
Biar dah siap letakkan di atas dada anak atau leher mereka. Kalau anak anda tidur meniarap, boleh jugak letak di atas belakang mereka. Agak-agak pada bahagian dada.
Lakukan setiap kali nak tidur terutama pad jam 1-2 pagi. Biar ia kering di badan anak. Insyaallah kahak akam berkurangan. Kahak akan keluar melalui muntah atau najis.
Ni antara beberapa perkara yang Wani selalu guna andaikata Thaqif demam, batuk atau selsema.
Boleh juga kalau nk sedut hingus ataupun buat rawatan stim. Tapi bila Thaqif da besar ni, makin kuat & gagah die. Tak larat nak pegang kalaj meronta. Alhamdulillah biasanya die demam sekejap je. Kalau selsema pun malam masih tidur lena. Syukur.
Selain itu, sejak umur Thaqif genap 1 tahun Wani mula beri Thaqif makanan tambahan untuk kanak-kanak. Semestinya pilihan Wani adalah Shaklee.
Wani tak pernah miss bagi Thaqif MEALSHAKES, OMEGA GUARD & CHEWABLE VITA C untuk meningkatkan sistem imun Thaqif. Syukur dah 6 bulan Thaqif tak pernah demam. Minggu ni Thaqif ada selsema & batuk sikit. Berjangkit dengan Wani. Hihi. Sebab tu tergerak untuk berkongsi dengan anda semua tip ni. (",)
Semoga bermanfaat pada anda.
Wani tak nak ulas teknik rawatan stim sebab ramai dah ulas teknik tu. (",)
Bazaar D'Waniez
0196210077
SID-WANI

No comments:
Post a Comment