Showing posts with label darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts

Wednesday, 7 January 2015

Vivix buat Ayah!!!

Assalamualaikum.

Wani nak kongsikan kisah yang istimewa buat Wani. Dari sebab ni jugak la Wani jatuh CINTA dengan Shaklee.

Antara pelanggan Shaklee pertama Wani yang Wani consult adalah ayah mentua Wani sendiri.

Dari sebelum kawin lagi Wani tau FIL ada masalah kesihatan. Pernah dulu suami bagitahu FIL sampai tak boleh bangun. Kena papah bawak ke hospital.

Sejak 2008 FIL sakit tenat. mak yang jaga keperluan FIL. Wani ikut perkembangan FIL daripada suami Wani. Sejak 2010 doktor suruh FIL buat dialisis tapi FIL berdegil tak nak buat. FIL teringin sangat nak tunaikan HAJI. Sebab tu beliau bertahan.

Sejak tu jugak beliau sibuk berubat. Pergi klinik swasta jumpa pakar. Pakar kerajaan jangan cerita la. Hampir tiap bulan jumpa.

Rawatan ozon boleh kata tiap 2-3 bulan sekali buat kat klinik swasta. Masih tak nampak perubahan. FIL memang suntik insulin sendiri. Yang Wani perasan setiap kali sebelum makan malam. Sekali sahaja sehari.

Rawatan kampung jangan cerita la. Orang kata makan buah ni elok, dia makan. Orang kata minum air kopi ni atau air rebusan daun ni elok, dia cuba. Macam-macam. Produk pun dia makan. Daripada pil, jenis cecair semua dia cuba.

Doktor pun pelik kenapa takde perubahan. Mungkin belum jumpa penawar. Tak kena jodohnya lagi kata orang.

Dah 2 kali FIL buat pembedahan mata. Biasa siapa ada masalah diabetis a.k.a kencing manis biasa memang effect mata.

FIL Wani bukan hanya kencing manis, darah tinggi pun ada gak. Selain tu, HB dia rendah. Pucat je muka dia. Doktor memang suruh kawal makan. Encing manis ni, kawalan pemakanan adalah yang paling PENTING!

March 2014 doktor paksa FIL buat dialisis sebab dah 4 tahun pending katanya. FIL masih tak nak buat. Doktor kata kalau tak turun gak, dia tetap akan paksa buat.

So pertengahan March tu lepas bincang suami isteri, Wani cadangkan FIL ambil vivix. Ikhtiar supaya tak nak dialisis gak. Sebab bila dah mula dialisis memang dah susah nak bergerak ke mana-mana & tipis peluang untuk kerjakan Haji impian FIL.

Sebelum bagi FIL vivix, Wani & suami tanya doktor yang rawat FIL dulu sama ada boleh atau tak untuk cuba vivix. Tak nak la di katakan memandai-mandai.

Alhamdulillah tanpa perlu explain pasal vivix, doktor tu kata ok. Bila ditanya perlu tak explain or doktor tahu ke pasal vivix, doktor kata tak perlu explain sebab dia tahu pasal vivix.

So dengan senang hati bagi FIL cuba vivix. Lepas 2 minggu kami bagi FIL try vivix, MIL bagitahu dah banyak perubahan pada ayah. Antaranya:

Sebelum vivix;
• mudah letih
• kerap tidur
• malas bergerak
• muka pucat

Selepas vivix;
• muka dah kemerahan. Tak pucat
• boleh meracun rumput keliling rumah
• kurang tidur siang
• lebih aktif bergerak seperti berkebun dll
• muka lebih ceria

MIL sendiri terkejut dengan perubahan FIL. Dia telefon suami bagitahu perubahan FIL. Bila kami balik kampung, kami sendiri nampak FIL dah makin aktif bermain dengan cucu dia yang sorang ni. Kalau tak dulu, kejao je penat nak tidur.

Yang paling BEST, kalau dulu ke hospitak untuk checkup mesti kena mbik 5-6 tiub darah. Bulan tu masa g checkup doktor pakar kata hampir semua bacaan darah FIL turun. Walaupun tak turun mendadak tapi menunjukkan perubahan.

Padahal sejak 4 tahun dulu langsung tak ada perubahan walaupun macam-macam ikhtiar yang FIL buat. Rawatan ozon buat, rawatan stemcell buat, ubat cara kampung buat, makan produk kesihatan makan. Cuma dialisis je tak buat.

So doktor sendiri hold dulu dialisis FIL sebab ada penurunan. Malah untuk checkup seterusnya daripada 5-6 tiub darah, kini hanya 2 tiub darah sahaja. Sampaikan nurse bertugas pun kata, "Pak cik dah tak payah ambik darah banyak-banyak. Dah sihat la tu. Penyakit dah tak banyak."

Alhamdulillah. Sejak perubahan tu, sampai sekarang FIL kekal amalkan vivix setiap hari.

Walaupun tak la baik sepenuhnya lagi, tapi syukur ada perubahan yang positif. Doakan FIL Wani akan terus sihat tanpa perlu dialisis.

Insyaallah dengan ikhtiar, Allah akan permudahkan urusan kita. Hanya Allah sebaik-baik penyembuh segala penyakit. Mungkin vivix menjadi asbab FIL Wani tak perlu dialisis dengan segala kuasa Allah.

Dalam gambar tu adalah gambar family suami Wani. So korang leh tahu la kan yang Wani adalah menantu sulong & the only daughter in law buat masa ni. Moga Allah kurniakan kesihatan buat ayah sampai la Wani dapat 3 biras baru lagi nanti. Hihihihi

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Wednesday, 24 December 2014

Khasiat Bawang Putih

Hi semua!

Anda suka makan bawang putih?? Suka?? Tak suka??

Bagi peminat artis Korea, mesti selalu tengok rancangan Korea kan?? Drama, movie, rancangan variety diorang, kan??

Pernah tak anda terfikir kenapa orang Korea suka sangat makan bawang putih mentah?? Tak percaya?? Cuma tenung elok-elok dalam drama atau rancangan hiburan mereka kalau ada bahagian BBQ ke, restoran ke, mesti ada.

Orang Korea mesti letak bawang putih mentah dalam balutan sayur/daging diorang masa BBQ. Malah diorang ada masakan khas guna bawang putih je. Tak ingat nama dia tapi diorang rebus ayam/daging dengan bawang putih banyak-banyak. Wani tengok pelakon Dong Wook masak dalam rancangan Roomate 2 :)

Kalau diorang buat sup ayam ginseng pun diorang akam letak bawang putih banyak-banyak selain ginseng, chinese date dan lain-lain bahan. Kan??

Takkan taknpernah perasan kot?? Cam tak percaya je. Cuba tengok elok-elok. Rancangan Two Days One Night (2D1N) selalu makan BBQ, cuba tengok nanti ye!

* Wani peminat Korea gak. Selalu layan rancangan variety diorang. Hahahahaha *

Anda tak suka tengok Korea?? Ok! Cuba tengok orang Itali kalau memasak mesti letak bawang putih. Dalam pasta ke, ape ke, semua kena letak bawng putih. Malah diorang ada 'Garlic sauce' lagi.

Dekat channel 727 (Food Network) atau 702 (Asian Food Channel) tu, kalau tengok diorng masak mesti letak bawang putih. Jangan kata diorang, mak kita masak pun letak bawang putih kan??

Persoalannya,
KENAPA MEREKA SUKA MAKAN/MASAK BAWANG PUTIH???
*siapa leh jawab??*


Jawapannya adalah kerana bawang putih ni mempunyai banyak kelebihan & kebaikan untuk tubuh badan kita!

Tahukah anda, dengan memakan bawang putih ia dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah kita???

Orang Korea, orang Itali, orang US suka makan makanan tinggi protein seperti daging merah, steak, rib BBQ yang mempunyai kadar kolestrol tinggi. Dengan mengambil bawang putih dalam diet pemakanan anda, ia akan membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh anda.
*psst...makan kena kawal juga ye!!*

Malah mengikut nasihat doktor yang merawat ayh mentua Wani, beliau juga menyarankan ayah untuk makan 1 labu bawang putih rebus setiap hari (biasanya selepas dinner) untuk mengurangkan paras kolestrol ayah. Sampai sekarang ayah memang amalkan.

Tahukah anda, bawang putih juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh anda???

Jika anda rasa ingin demam atau tidak sihat, cer cuba makan garlic. Bukan la dengan seulas kecil garlic dah boleh jadi kuat ye!

Malah tahukah anda bahawa garlic juga merupakan ejen detok yang baik untuk tubuh badan anda??

Dalam post seterusnya Wani akan kongsikan beberapa testimoni garlic sebagai ejen detoks. Testimoni apa??? Testimoni kulit cantik bebas jerawat halus, jerawat, jeragat dengan hanya konsisten garlic!! Garlic bertindak membersihkan sistem tubuh kita dengan mengeluarkan segala anasir-anasir jahat yang mengganggu tubuh kita. Hahahahaha (gelak jahat)!!

Malah dalam buku Rasullullah is a Doctor pun ada menyatakan bahawa bawang putih elok di ambil oleh ibu hamil serta menyenaraikan beberapa kebaikan memakan bawang putih.

Sekiranya ada antara ahli keluarga anda yang mengalami masalah darah tinggi, cer cuba bagi makan bawang putih 1 labu sehari. Abah Wani sendiri amalkan garlic untuk masalah darah tinggi & darah pekat beliau. Bukanlah makan garlic rebus 1 labu sehari, tapi beliau amalkan Garlic Shaklee. Abah Wani bujang, so tak rajin nak rebus tiap-tiap hari. Hihi So kita bagi yang senang.

Banyak kan kelebihan bawang putih? Sebab tu diorang suka makan. Dah la murah je bawang putih mentah tu.

Wani nak tanya ni. Dah anda suka tak makan bawang putih?? Boleh ke makan bawang putih rebus atau mentah tiap hari??

Tak boleh??

Kalau tak boleh, mai ambik Garlic Shaklee! Senang je. Buka botol, ambik 2 biji, masuk mulut, minum air, TELAN!

MUDAH KAN????

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014