Wednesday, 10 December 2014

Rasa Syukur

Assalamualaikum semua.

Apa khabar anda semua hari ni? Sihat? Alhamdulillah diberikan nikmat kesihatan buat kita semua.

Kadang-kadang bila Allah datangkan musibah pada kita, kita akan mengeluh. Menangisi nasib malang kita. Mengeluh kesulitan yang kita rasai. Kan?

Jujur Wani juga begitu. Bila tak sihat Wani mengeluh. Hari genap sebulan lebih Wani batuk teruk. Alhamdulillah tak sakit tekak hanya batuk berkahak + selsema.

Memang down. Semua kerja terbengkalai. Bila batuk kuat, datang sakit kepala. Mengadu kat suami Wani tak larat layan anak. Kadang-kadang malam dah terlepas nak buat solat sunat. Nak mengaji baca Al-Quran jadi malas bila kepala skit, batuk semua.

Minggu lepas di group B&C leader Wani Kak Cery ada bercakap tentang JOURNAL KESYUKURAN. Malah nanny Fai pun mintak semua dalam group PMT buat setiap hari. Memang Wani jadi blurr sebab Wani tak pernah buat.

Minggu lepas juga batuk makin teruk, anak Wani Thaqif pun dah berjangkit. Mula dengar Thaqif batuk. Ya Allah jangan la berjangkit pada anak. Cukup la Wani je yang sakit fikir Wani.

Bila Kak Cery & Fai bercakap tentang journal kesyukuran tu Wani terpanggil untuk cuba tulis macam yang semua kat group B&C kongsikan. Mula-mula segan la pulak nak tulis. Tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Tak tahu betul atau tak. Segan la nak kongsi kat group. Aaarghh...tulis jela.

So Wani cuba tulis. Wani cuba jadi lebih positif. Setiap hari Wani menulis. Sedih pun ada sebab Wani bukan jenis yang nak touching-touching fefeeling bagai. Lepas 2-3 hari duk tulis, lain rasanya. Wani rasa kerdil sangat.

Sebulan Wani slow kat FB, FB page & apatah lagi blog. Biar la. Kepala berat. Malas nk pikir wani rasa. Mommy Wani a.k.a kak ipar Wani, Kak Hana kata yang penting amalan rohani kena teruskan. So Wani buat yang tu je. Tambah dengan journal kesyukuran tu.

Wani tak sangka dalam keadaan tak berapa sihat, ada yang bertanya supplement. Dalam tak sihat gigih pergi COD supplement customer. Urusan beli produk Wani mintak tolong mommy Hana belikan. Tak sangka beberapa customer baru beli dengan Wani. Ada yang bertanya vivix utk sakit kencing manis dan lain-lain. Hampir setiap hari ada je produk yang terjual.

Bukan sahaja dari segi bisnes, malah Allah berikan Wani seorang suami yang sangat memahami membantu Wani dalam urusan keluarga ketika Wani sakit. Allah kurniakan Wani seorang anak yang baim tak banyak ragam. Anak yang memahami. Bila Wani batuk, Thaqif akan datang tepuk belakang Wani. Terharu rasanya dengan perlakuan si kecil 18 bulan itu.

Ya Allah syukur sangat. Betapa jahilnya Wani mengeluh di atas sedikit musibah itu. Wani kongsikan dengan mommy Hana. Mommy Hana kata biasanya kalau sakit, Allah nak bagi lebih tandanya. Jangan putus amalan rohani.

Bila dilihat balik, baru Wani sedar. Memang TERSEDAR!!! Terlalu banyak nikmat Allah bagi disebalik sedikit musibah yang Dia datangkan pada kita. Selama ini kita terlalu asyik kepada satu musibah kecil tu hingga terlupa nikmat besar yang ada bersamanya.

Wani juga seperti orang lain yang terlalu membandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih berjaya. Selalu mengeluh. Tapi bak kata Kak Cery, Fai & Mommy Hana, rezeki datangnya dari Allah. Mintak la denganNya. Tagihlah denganNya bukan dari manusia. Terima kasih kerana membantu Wani untuk sedar akan nikmat Allah itu.

Peringatan buat diri Wani sendiri & juga anda.

"Disebalik segala musibah yang berlaku dalam hidup ini ada tersirat beribu kali nikmat yang lebih baik. Miskin kaya, gagal berjaya, susah senang, sedih suka hatta hidup mati adalah kehendakNya. Mintalah padaNya. Bersyukurlah dengan setiap perkara yang kita daat dariNya kerana Dia Maha Mengetahui segalanya. Terlalu banyak nikmat dariNya yang perlu kita syukuri setiap hari, masa, saat & ketika."

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


No comments:

Post a Comment

HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014