Friday, 9 January 2015

Pancakes Mealshakes Shaklee!!!

Hi semua!!
Anda dah pernah TRY Mealshakes? Untuk anak ke diri anda sendiri?
SEDAP kan???

Mealshakes boleh diambil seawal kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas sehingga la warga emas! Mengandungi 19 nutrient TERBAIK bagi memastikan tubuh kita mendapat nutrien yang sepatutnya!

Biasanya mealshakes ni kita campur dalam air kan? Byk resepi mealshakes. Boleh buat smoothies, milkshakes, campur dengan oat atau nestum dan banyak lagi kan??

Hari ni Wani ingin kongsikan resepi penggunaan mealshakes dalam menu ringan seperti untuk sarapan atau minum petang!

Semalam Wani buat pancake mealshakes!!! Memang SEDAP & gebu. Alhamdulillah anak & suami pun suka!

Resepi???

Bahan-bahannya:
Tepung gandum
Baking powder
Air suam
Mealshakes
Garam secukup rasa
Telur

*bila guna mealshakes, kurangkan sikit kuantiti tepung gandum yang biasa anda guna. Adun sehingga adunan sebati ikut kepekatan yg anda suka. Pastu buat je macam biasa pancake tu. Sukatan bahan-bahan tu Wani main campak-campak je. Tak sukat pun. Hihihi

Memang gebu & sedap!! Anak Wani yang 1 tahun 7 bulan ni pun happy je makan!! Best!! Suami request letak chocolate syrup. Hanti chocolate sorang tu. Nak bagi cantik Wani tabur chocolate rice yang warna warni tu. Hahahaha.

Hujan-hujan ni sedap kalau buat. Boleh la anda cuba untuk keluarga anda! Nanti dah buat kongsi dengan Wani ye!

Pancake yang SIHAT & SEDAP!!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Wednesday, 7 January 2015

Vivix buat Ayah!!!

Assalamualaikum.

Wani nak kongsikan kisah yang istimewa buat Wani. Dari sebab ni jugak la Wani jatuh CINTA dengan Shaklee.

Antara pelanggan Shaklee pertama Wani yang Wani consult adalah ayah mentua Wani sendiri.

Dari sebelum kawin lagi Wani tau FIL ada masalah kesihatan. Pernah dulu suami bagitahu FIL sampai tak boleh bangun. Kena papah bawak ke hospital.

Sejak 2008 FIL sakit tenat. mak yang jaga keperluan FIL. Wani ikut perkembangan FIL daripada suami Wani. Sejak 2010 doktor suruh FIL buat dialisis tapi FIL berdegil tak nak buat. FIL teringin sangat nak tunaikan HAJI. Sebab tu beliau bertahan.

Sejak tu jugak beliau sibuk berubat. Pergi klinik swasta jumpa pakar. Pakar kerajaan jangan cerita la. Hampir tiap bulan jumpa.

Rawatan ozon boleh kata tiap 2-3 bulan sekali buat kat klinik swasta. Masih tak nampak perubahan. FIL memang suntik insulin sendiri. Yang Wani perasan setiap kali sebelum makan malam. Sekali sahaja sehari.

Rawatan kampung jangan cerita la. Orang kata makan buah ni elok, dia makan. Orang kata minum air kopi ni atau air rebusan daun ni elok, dia cuba. Macam-macam. Produk pun dia makan. Daripada pil, jenis cecair semua dia cuba.

Doktor pun pelik kenapa takde perubahan. Mungkin belum jumpa penawar. Tak kena jodohnya lagi kata orang.

Dah 2 kali FIL buat pembedahan mata. Biasa siapa ada masalah diabetis a.k.a kencing manis biasa memang effect mata.

FIL Wani bukan hanya kencing manis, darah tinggi pun ada gak. Selain tu, HB dia rendah. Pucat je muka dia. Doktor memang suruh kawal makan. Encing manis ni, kawalan pemakanan adalah yang paling PENTING!

March 2014 doktor paksa FIL buat dialisis sebab dah 4 tahun pending katanya. FIL masih tak nak buat. Doktor kata kalau tak turun gak, dia tetap akan paksa buat.

So pertengahan March tu lepas bincang suami isteri, Wani cadangkan FIL ambil vivix. Ikhtiar supaya tak nak dialisis gak. Sebab bila dah mula dialisis memang dah susah nak bergerak ke mana-mana & tipis peluang untuk kerjakan Haji impian FIL.

Sebelum bagi FIL vivix, Wani & suami tanya doktor yang rawat FIL dulu sama ada boleh atau tak untuk cuba vivix. Tak nak la di katakan memandai-mandai.

Alhamdulillah tanpa perlu explain pasal vivix, doktor tu kata ok. Bila ditanya perlu tak explain or doktor tahu ke pasal vivix, doktor kata tak perlu explain sebab dia tahu pasal vivix.

So dengan senang hati bagi FIL cuba vivix. Lepas 2 minggu kami bagi FIL try vivix, MIL bagitahu dah banyak perubahan pada ayah. Antaranya:

Sebelum vivix;
• mudah letih
• kerap tidur
• malas bergerak
• muka pucat

Selepas vivix;
• muka dah kemerahan. Tak pucat
• boleh meracun rumput keliling rumah
• kurang tidur siang
• lebih aktif bergerak seperti berkebun dll
• muka lebih ceria

MIL sendiri terkejut dengan perubahan FIL. Dia telefon suami bagitahu perubahan FIL. Bila kami balik kampung, kami sendiri nampak FIL dah makin aktif bermain dengan cucu dia yang sorang ni. Kalau tak dulu, kejao je penat nak tidur.

Yang paling BEST, kalau dulu ke hospitak untuk checkup mesti kena mbik 5-6 tiub darah. Bulan tu masa g checkup doktor pakar kata hampir semua bacaan darah FIL turun. Walaupun tak turun mendadak tapi menunjukkan perubahan.

Padahal sejak 4 tahun dulu langsung tak ada perubahan walaupun macam-macam ikhtiar yang FIL buat. Rawatan ozon buat, rawatan stemcell buat, ubat cara kampung buat, makan produk kesihatan makan. Cuma dialisis je tak buat.

So doktor sendiri hold dulu dialisis FIL sebab ada penurunan. Malah untuk checkup seterusnya daripada 5-6 tiub darah, kini hanya 2 tiub darah sahaja. Sampaikan nurse bertugas pun kata, "Pak cik dah tak payah ambik darah banyak-banyak. Dah sihat la tu. Penyakit dah tak banyak."

Alhamdulillah. Sejak perubahan tu, sampai sekarang FIL kekal amalkan vivix setiap hari.

Walaupun tak la baik sepenuhnya lagi, tapi syukur ada perubahan yang positif. Doakan FIL Wani akan terus sihat tanpa perlu dialisis.

Insyaallah dengan ikhtiar, Allah akan permudahkan urusan kita. Hanya Allah sebaik-baik penyembuh segala penyakit. Mungkin vivix menjadi asbab FIL Wani tak perlu dialisis dengan segala kuasa Allah.

Dalam gambar tu adalah gambar family suami Wani. So korang leh tahu la kan yang Wani adalah menantu sulong & the only daughter in law buat masa ni. Moga Allah kurniakan kesihatan buat ayah sampai la Wani dapat 3 biras baru lagi nanti. Hihihihi

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Testimoni Vivix

Hi

Wani nak belanja korang 2 testimoni Vivix!

Tak nak story lebih-lebih. Let's the picture tells the story. Hihihi

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


Monday, 5 January 2015

Manjakan Diri Anda dengan RM0.50 Masker

Hi semua!

Anda suka buat facial? Berapa kos anda buat facial biasanya?

Nak cuba HOMEMADE MASKER yang hanya perlukan kos sebanyak RM0.50 je?? Murahkan??

Boleh la manjakan diri anda dengan masker tiap malam kalau harga kos masker RM0.50 je kan?? Leh la ajak mak, kakak, adik ber'masker' sesama. Slumber party dengan family adik beradik gitu!

Yang mana dah kawin leh la ajak cik abang sayang bermasker sama. Manja-manja gitu. Mesti cik abang suka dimanjakan. Sekali sekala manjakan cik abang dengan homestyle facial! Urut-urut bagi buang daki tu. Hihihi.

Orang lelaki pun kena jaga muka kan? Kalau cik abang duk sibuk keje, mesti dia suka anda manjakan diorang. Hahaha

Ayat first suami mesti dia kata korang buang tebiat tiba-tiba nak buat facial untuk dia kan?? Jangan kata suami korang, mak korang pun kalau tiba-tiba di ajak ber'masker' pun akan kata gitu kan??

Takpe!! Sekali sekala. Nanti mesti diorang suka & appreciate! Ala, modal RM0.50 je pun nak buat masker.

Bukan masker cikai-cikai tau! Masker special tu! Masker ALFALFA!! Produk DETOX TERBAIK!!

Alfalfa ni bukan hanya untuk telan je tau! Malah boleh dibuat masker. Alfalfa adlah ejen detox TERBAIK. So memang sesuai untuk buat masker. Bagi buang toksin-toksin kat muka korang yang menyebabkan jeragat, jerawat serta parut.

Sesiapa yang ada resdung pun elok buat masker alfalfa ni tau! Bagi buang semua kuman-kuman tu!

Bukan susah pun nak buat masker alfalfa ni.

> ambil 3 biji alfalfa
> lenyek atau tumbuk hingga hancur
> campurkan dengan sedikit air. Kepekatan terpulang ada individu.
> sapu keseluruh wajah anda.
> tunggu hingga kering 10-15 minit
> bilas

SENANG KAN???

Kalau ada jerawat baru tumbuh atau bekas jerawat/jeragat atau mereka yang ada masalah resdung akan rasa pedih & gatal-gatal di tempat berkenaan. Biar je ye. Alfalfa tengah bekerja tu. Bila basuh je rasa FRESH sangat!

Oleh sebab penangan PROMOSI Alfalfa bulan ni, malam tadi kami suami isteri ber'masker' alfalfa. BEST!!

Mula-mula cik abang tak nak gak. Bila kita bagitau dah buat khas untuk dia, dia pun redha. Pas basuh, sedap plak katanya!

Haaa!!! Kan dah kata! Kalau tak cuba tak tahu! He love it so much!!

Banyak lagi produk Shaklee yang korang leh guna & combine untuk buat masker. Wani akan kongsikan lagi di entry yang lain plak ye!

Psst...bulan ni promosi Alfalfa. Mai la borong untuk satu keluarga. Nanti leh baring ramai-ramai kat tengah rumah ber'masker' satu keluarga. Hihi

Saya adalah Pengedar SAH Shaklee Anda!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


1001 Kegunaan Basic H+ Shaklee ~ Part 1

Hi semua!

Mesti anda nak tahu 1001 kegunaan Basic H+ kan??

Kali ni Wani nk kongsikan salah satu kegunaan Basic H+ ni.

Sambil UT main air Khamis lepas, Wani ambik kesempatan basuh garage kereta. Sejak pindah rumah, tak pernah basuh lagi parking area ni. Semestinya Wani basuh dengan Basic H+ Shaklee!!

Pencuci serbaguna bagi surirumah & mommies yang busy macam Wani. Hihihi. Perasan busy. Tapi memang mudah bila ada Basic H+. Semua kerja mencuci hanya menggunakan satu bahan.

Tak payah pikir pencuci mana sesuai untuk setiap kerja. Tak payah nak simpan bahan pencuci banyak-banyak kat rumah.

Tambah lagi bila ada anak kecil. Diorang kan suka mencapai segala benda yang baru pada diorng. So kalauada satu je bahan pencuci yang COMEL je botolnya (JIMAT RUANG) ni, semestinya ia menjadi pilihan Wani.

SATU RUMAH SATU PENCUCI (",)
Jadilah pengguna yang bijak!
Next time Wani akan kongsikan lagi 4 kegunaan Basic H+ yang Wani sendiri dah rasai.

Wani adalah pengedar SAH Shaklee anda!!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Umar Thaqif Vs Air

Hi semua.

Wani nak kongsikan sikit hal si bujang Umar Thaqif kesayangan kami.

Umar Thaqif (UT) ni memang tak leh dipisahkan dengan air. Suka sangat dia kalau dapat main air. Kalau ajak mandi pun syukur dia senang je ikut g masuk bilik air mandi. Tak payah nak ulang banyak kali. Memang suka air.

Kalau mandi dengan si ayah, memang berjam-jam la duk dalam bilik air tu. Mengekek-ngekek dua beranak. Tak tau la main apa. Si ayah memang rajin layan UT mandi. So mandi petang memang Wani serah kat suami.

Wani kalau mandikan UT memang jap je. Basuh badan, sabun, bilas, gosok gigi, main air jap pastu angkat. Tak kuasa lama-lama kat bilik air layan dia. Hahaha banyak keje lain nak buat. Huhuhu

Sejak musim hujan tak berhenti ni tambah plak banjir, memang UT jarang dapat main kat luo. Nak mandi main air pun kesian dia sebab sejuk. Mandi dengan ayah pun jap jea sebab sejuk.

So last Thursday alhamdulillah keadaan cuaca yang baik & mengizinkan. Wani pun siap-siap pump kolam UT. Siap je pump da berangan mandi dlam rumah. Saje je bagi pakai life jacket. Haha. Bila Wani Telegram gambar UT kat suami, suami kata UT dah macam angkasawan je. Berlagak je lebih pakai life.

Pas Asar je terus sediakan kolam, siapkan UT pakai baju swimming yang dah setahun tu (beli masa awal Jan 2014 masa nak g bercuti ke Perlis. Masa tu UT baru 6 bulan. Muat lagi baju tu cuma da singkat.)

Bila buka gril rumah bagi UT masuk dalam kolam, bukan main sengeh sampai ke telinga. Saje je Wani bagi pakai life jacket tu masa main air. So kalau jatuh ke tak la risau. Sebab air cetek pun kanak-kanak mudah nak lemas.

Prevention better than regretting! Hahahaha ayat reka sendiri.

Happy son is a HAPPY mommy!!

Layankan jela dia main air sampai ayah dia balik kerja. Bila ayah balik, ayah take over tengok UT sebab mak g buat minum petang buat ayah.

Pas Maghrib terbongkang kepenatan kat atas beanbag ayah. Hahaha tidur sejam je. Pastu bangun main sampai pagi. Pukul 2am baru nak tidur balik. Sabar jela.

Kalau anak korang suka main air, layankan jela. Tapi jangan main air banjir pulak ye!! KOTOR & BAHAYA!!

Jom doakan mereka yang ditimpa musibah banjir ni diberikan kekuatan menempuhi ujian Allah. Sama-sama kita menyumbang serba sedikit mengikut kemampuan kerana kita diberi nikmat aman selamat bersama keluarga.

Bazaar D'Waniez
019620077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Cantik BERSERI tanpa MAKE UP!!

Assalamualaikum W.B.T

Maaf ye lama tak update blog. So sebagai gantinya, Wani nk kongsikan dengan anda semua testimoni pengguna & pengedar sah Shaklee sendiri.

Wani kongsikan testimoni Kak Min daripada group B&C. Memang lain wajah beliau. Berseri-seri gitu.

Let's the picture speak for itself!!
Wani ada sertakan testimoni bertulis yang Kak Min kongsikan dengan kami. Malah beliau tak lokek untuk kongsikan sekali produk yang beliau makan.

Check it out!!

"Wajah saya sebelum dan selepas mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee.

Alfalfa
Vitamin C SR Plus
OmegaGuard
Vitamin E
Lecithin

Perbezaan:
SEBELUM: Kusam, jerawat, berminyak, bila keluar rumah nak pakai bedak, wajib cuci muka dengan pencuci muka jika tidak muka sangat berminyak (bak kata.. boleh buat goreng telur), jerawat asyik timbul tak putus-putus.
SELEPAS:
(Gambar ini diambil tanpa sebarang alat solek. Baru balik dari hospital)
Wajah lebih cerah, tak berminyak, tiada jerawat, sangat jarang menggunakan pencuci muka, jimat masa & wang (Dah jadi mama tak sempat nak solek2), natural beauty.. SAYA SUKA MENCANTIKKAN WAJAH SECARA SEMULAJADI :) "

Jelous kan?? Wani pun jelous. Pasni nak rajin buat masker & konsisten lagi ambil Shaklee.

Kadang-kadang kita ambil produk untuk tujuan lain tapi dengn Shaklee ni biasanya mesti dapat EXTRA. Hihi

Jom comel berseri sama-sama.

Hubungi Wani untuk story-story & dapatkan consultation TERBAIK!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 • SID-WANI


HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014