Monday 5 January 2015

Umar Thaqif Vs Air

Hi semua.

Wani nak kongsikan sikit hal si bujang Umar Thaqif kesayangan kami.

Umar Thaqif (UT) ni memang tak leh dipisahkan dengan air. Suka sangat dia kalau dapat main air. Kalau ajak mandi pun syukur dia senang je ikut g masuk bilik air mandi. Tak payah nak ulang banyak kali. Memang suka air.

Kalau mandi dengan si ayah, memang berjam-jam la duk dalam bilik air tu. Mengekek-ngekek dua beranak. Tak tau la main apa. Si ayah memang rajin layan UT mandi. So mandi petang memang Wani serah kat suami.

Wani kalau mandikan UT memang jap je. Basuh badan, sabun, bilas, gosok gigi, main air jap pastu angkat. Tak kuasa lama-lama kat bilik air layan dia. Hahaha banyak keje lain nak buat. Huhuhu

Sejak musim hujan tak berhenti ni tambah plak banjir, memang UT jarang dapat main kat luo. Nak mandi main air pun kesian dia sebab sejuk. Mandi dengan ayah pun jap jea sebab sejuk.

So last Thursday alhamdulillah keadaan cuaca yang baik & mengizinkan. Wani pun siap-siap pump kolam UT. Siap je pump da berangan mandi dlam rumah. Saje je bagi pakai life jacket. Haha. Bila Wani Telegram gambar UT kat suami, suami kata UT dah macam angkasawan je. Berlagak je lebih pakai life.

Pas Asar je terus sediakan kolam, siapkan UT pakai baju swimming yang dah setahun tu (beli masa awal Jan 2014 masa nak g bercuti ke Perlis. Masa tu UT baru 6 bulan. Muat lagi baju tu cuma da singkat.)

Bila buka gril rumah bagi UT masuk dalam kolam, bukan main sengeh sampai ke telinga. Saje je Wani bagi pakai life jacket tu masa main air. So kalau jatuh ke tak la risau. Sebab air cetek pun kanak-kanak mudah nak lemas.

Prevention better than regretting! Hahahaha ayat reka sendiri.

Happy son is a HAPPY mommy!!

Layankan jela dia main air sampai ayah dia balik kerja. Bila ayah balik, ayah take over tengok UT sebab mak g buat minum petang buat ayah.

Pas Maghrib terbongkang kepenatan kat atas beanbag ayah. Hahaha tidur sejam je. Pastu bangun main sampai pagi. Pukul 2am baru nak tidur balik. Sabar jela.

Kalau anak korang suka main air, layankan jela. Tapi jangan main air banjir pulak ye!! KOTOR & BAHAYA!!

Jom doakan mereka yang ditimpa musibah banjir ni diberikan kekuatan menempuhi ujian Allah. Sama-sama kita menyumbang serba sedikit mengikut kemampuan kerana kita diberi nikmat aman selamat bersama keluarga.

Bazaar D'Waniez
019620077 • SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014