Wednesday, 17 April 2019

HIDUP SELESA HINGGALAH...

5 tahun bukanlah satu masa yg singkat. Kalau bayi tu daripada tak boleh apa-apa, dah boleh ke sekolah dah orang kata. . Betapa lamanya masa itu. . Daripada jangka masa 5 tahun tu, tahun ke-3 menjadi titik tolak segalanya. Titik perubahan yg membuka mata. . Krisis oil & gas yg berlaku pada tahun 2015 memberikan kesan mendalam. Kak Wanie jenis yg suka bayangkan 'worse case scenario'. . Ketika tu Kak Wanie sedang hamil anak solehah nan sorang tu. Memegang title 'surirumah' buatkan Kak Wanie tak senang duduk dgn situasi kewangan keluarga. . Andaikata suami yg mana penyumbang utama kewangan kami diberhentikan kerja...mampukah kami menghadapinya? . Mampukah kami membesarkan anak soleh solehah kami sebaiknya dlm situasi itu? . Bermacam soalan yg bermain di fikiran Kak Wanie. Rumah, kereta, simpanan ASB dan lain-lain. . Bermula dari situ la Kak Wanie mula pandang bisness Shakles ni secara serius. Maklum la kalau nak cari kerja, anak-anak dah manja dgn Mami diorang ni. Tak sampai hati nak tinggalkan mereka. . Sebenarnya Kak Wanie dah mula menggunakan produk Shaklee pada 2013. Hanya menjadi ahli & pengedar Shaklee secara sah pada Feb 2014. Selepas Kak Wanie rasa sendiri kelainan produk Shaklee ni. . Semestinya bermula dgn set berpantang Shaklee ketika berpantang anak soleh Kak Wanie tu. 😁 . Namun begitu, Kak Wanie join Shaklee semata-mata utk dapatkan penjimatan utk kegunaan sendiri je. Serta keluarga & kawan sekeliling. . Bukan la nk bisness sangat. Tak terlintas pun nak jadikan sumber pendapatan. Niat asal sekadar nk membantu arwah Ayah Mentua Kak Wanie beli Vivix lebih murah. Dan kalau ada kawan2 yg nak cuba boleh Kak Wanie tolong. . Walaupun sekadar suka-suka berkongsi pengalaman Kak Wanie guna Shaklee, Kak Wanie maintain income 3 angka setiap bulan. Ala..bak orang sekarang kata la kan, buat bisness geli-geli je. . Bila berlakunya krisis tu, baru la macam BAMMMM!! . "Apahal la ko tak buat bisness Shaklee tu elok-elok Wanie ooi. Orang lain yg sama mula dgn ko dah jauh naik rank. Buat duit 4-5 angka. Ko nak cari bisness apa lagi?? Depan mata dah ada. Tu jalannya." . Bila Kak Wanie mula serius nak buat bisness ni, Kak Wanie ambik langkah drastik merisik @juliana utk join team dia pada 2017. Start back from zero. . Kenapa? Biarlah rahsia. Tapi 90% atas nasihat upline lama Kak Wanie sendiri. Restu dari group lama dah dapat. Terus pandang depan. . Sekarang Kak Wanie mula bina balik Syifaa' Legacy Team (SLT) di bawah Kak Wanie & suami. Alhamdulillah dah ada 18 business partner di bawah SLT kami. Doakan kami. . Mesti korang tertanya-tanya kenapa la Kak Wanie tetap pilih Shaklee walaupun dah bertahun dgn Shaklee kan? . Jawapannya mudah awak. KAK WANIE YAKIN. . 1. Kak Wanie YAKIN dgn Shaklee Kak Wanie dapat ubah kewangan keluarga kami. Shaklee ni awak tawarkan 'unlimited income'. Lagi kuat awak usaha, awak akan dapat setimpal dgn usaha awak. . Ada yg income 4 angka, 5 angka, 6 angka malah 7 angka. Asalkan kita usaha. Tapi Shaklee ni adil. Takde istilah goyang kaki. Sistem yg bersesuaian dgn kita umat Islam. . 2. Kak Wanie YAKIN Kak Wanie dapat capai impian Kak Wanie dgn Shaklee. Antara impian besar Kak Wanie: ✔️Miliki tanah & rumah atas nama Kak Wanie sendiri ✔️Dapat hadiahkan kereta pada suami ✔️Dapat menunaikan Umrah VVIP sekeluarga ✔️Dapat berikan simpanan bukan utk diri sendiri je tapi utk anak-anak juga sekurangnya 100k seorang Bagi seorang surirumah, impian ni besar bagi Kak Wanie. . 3. Kak Wanie YAKIN, dari bisness Shaklee la Kak Wanie boleh dapat keduanya. MONEY & TIME FREEDOM. Nak ada disetiap detik anak-anak Kak Wanie membesar. . 4. Kak Wanie YAKIN, dengan bisness ni juga Kak Wanie dapat menanam saham akhirat dgn bantu lebih ramai orang utk sihat dgn berkongsi manfaat produk Shaklee. . 5. Kak Wanie YAKIN, dari bisness ni la Kak Wanie boleh bantu ramai surirumah yg mempunyai impian yg sama dgn Kak Wanie. Tanpa perlu keluar bekerja meninggalkan anak-anak tersayang. . Malah dapat membantu ibu bekerjaya yg keluar 8-5 setiap hari utk mempunyai pilihan utk duduk di rumah membesarkan anak tanpa merisikokan kewangan mereka. . Kak Wanie selalu visualize Kak Wanie dapat bantu sekurangnya 10 orang ibu-ibu utk dapat income 5 angka sebulan. . Yea...itu la beberapa sebab kenapa saya Syazwani Ab Aziz a.k.a Kak Wanie memulakan bisness Shaklee ni. . Jangan terlalu asyik dibuai keselesaan hidup kita sekarang kerana kita tak tahu badai apa yg akan menduga kita nanti. . Jangan tunggu 5 tahun baru nak tersedar macam Kak Wanie yg dulu tu ye. Jom kita g Switzerland tahun depan. Nak?

Thursday, 4 April 2019

PROMOSI YOUTH

AMBOI EKSKLUSIFNYA!! Yea awak..kalau awak tengok promosi YOUTH bulan ni memang sangat-sangat eksklusif tau. Selain promosi YOUTH Welcome Set dari JOM Shaklee tu, Shaklee menggoda pengguna & peminat YOUTH tau. Kali ni kalau awak dapatkan YOUTH Intensive Treatment & Repair Set (complete set YOUTH tau) awak akan dapat YOUTH Travel Set yg kiut miut tu dengan Travel Case khas utk set tu tau. . Cuba awak tengok. . Eksklusif & cute je kan. Sesuai sangat untuk awak yg selalu travel tu. Tak la risau cleanser tumpah ke apa. . Bulan ni awak tak payah bayar RM1675 tau utk set tu & free gift travel set tu tau. Awak cuma perlu labur RM1340. . Dapat terus travel set & travel case tu yg bernilai RM285 + FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE + FREE GIFT daripada Kak Wanie + BONUS dari Shaklee bulan depan. . Amboi...banyaknya awak dapat. Dah la jimat beratus dah harga set. . Rambang mata aih. Meh la pinang satu set awak. Insyaallah tak rugi. Tahan anggaran sehingga 6 bulan tau awak. . Tambahan Kak Wanie kira awak dah JIMAT RM660 tau. . Ish...jangan malu la nak tekan link tu ye.

www.wasap.my/60196210077/jomshaklee

JOM SHAKLEE KEMBALI

JOM SHAKLEE! Haa..dia buat dah. Dia datang balik. Kali ni sampai Jun 2019 plak. Yea awak. Bulan ni Shaklee buat promosi JOM SHAKLEE lagi sekali tau. Di mana awak boleh beli 3 produk Shaklee dengan harga jauh lebih murah daripada harga ahli sedia ada. Kak Wanie pun tak dapat harga tu tau awak. Jealous tau. Antara produknya adalah: ✔️ Vivix Twinpack = RM684 je awak. JIMAT RM76 daripada harga ahli tau awak. ✔️ YOUTH Welcome Set = RM612 tau. JIMAT RM68 daripada harga ahli. ✔️ Daily Essential Set = RM736.20 tau. JIMAT RM81.80 daripada harga ahli tau. Suami isteri boleh guna. Awak tahu tak..kalau awak beli mana-mana set ni, awak akan dapat FREE KEAHLIAN Shaklee yg berharga RM65 tu. Bulan depan awak dah layak dapat bonus. Rugi tau awak kalau tak REBUT peluang. Jimat banyak sangat. Psst..satu lagi Kak Wanie nak bagitau awak ni. Kalau awak dapatkan JOM SHAKLEE ni bulan ni dan awak berniat untuk jana pendapatan sampingan dengan Shaklee kan. Shaklee akan bagi EXTRA CASH bulan ni untuk mereka yg betul-betul ingin berbisness tau. Awak pilih nak RM300 ke, RM600 ke atau RM1200. Banyak kan? Kak Wanie pun rambang mata. Nanti bila awak sertai bersama Kak Wanie, Kak Wanie akan terangkan. Jom pinang set JOM SHAKLEE ni dulu. Pastu kita bincang sampai jadi. Kita rebut RM1200 terus. Deal? 😉 Mesej je Kak Wanie ye.Jom ubah kewangan kita bersama Shaklee. Sambil beli sambil jana pendapatan. Tak nak ke? Jangan malu nak tekan link kat bawah ni ye. Kak Wanie sedia bantu awak. JOM! 👇 www.wasap.my/60196210077/jomshaklee

Wednesday, 3 April 2019

4 Tahun Menghilang Kini Kembali

Setelah hampir 4 tahun Kak Wanie tak menjenguk blog ni, Kak Wanie kembali.
.
Insyaallah Kak Wanie akan mula berblog lagi. Ala..kita baru belajar. Dulu pun tak sempat habis belajar dah menghilang. 😅
.
Dulu anak sorang. Dalam 4 tahun menghilang, tambah sorang lagi kesayangan Kak Wanie. Alhamdulillah sepasang dah cahaya mata kami.
.
Lagi banyak cerita mereka membesar. Lagi kuat Kak Wanie perlu usaha utk kukuhkan kewangan kami.
.
Korang jangan lupa pulak ye Kak Wanie & Shaklee. Walaupun 4 tahun menghilang di ruangan blog, Kak Wanie masih setia dgn Shaklee.
.
Awak camne plak? Tak nak ke setia macam Kak Wanie? Hihihihi.
.
Okay, jemput la jenguk blog Kak Wanie mulai hari ini ye.


Monday, 31 August 2015

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-58

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA!!!

Dah 58 tahun negara kita merdeka. Semoga kita rakyat Malaysia masih bersama bersatu hati sehati sejiwa menjaga kedaulatan & keamanan nega yg kita sayangi.

Semoga dijauhi negara kita daripada bala bencana kemurkaan Allah serta dilindungi daripada masalah ekonomi yg teruk.

Walaupun kita benci, walaupun tak suka. Jadilah rakyat berhemah yg memikirkan masa depan negara bukan hanya emosi masa kini.

Salam kemerdekaan!! SEHATI SEJIWA BERSATU SEBANGSA!!


Monday, 3 August 2015

Supplement TERBAIK buat kanak-kanak

Sepanjang musim raya ni bila berjumpa sanak saudara & rakan-rakan topik menyembang biasanya perihal anak. (Simptom mak-mak. Hahaha)

Ramai yg risau tentang kesihatan anak mereka. Yela..bila musim demam, anak pun join demam. Sampai masuk wad pun ada.

Bg anak yg masih kecil (bawah 4 tahun), mak-mak risau sebab anak tak nak makan. Sayur, buah agak susah nak makan. Biasala bila anak2 tgh sibuk meneroka bermain je. Makan pun lupa.

Thaqif pun tak terkecuali dari semua tu. Sebab tu sejak Thaqif genap setahun je Wani & suami bg dia supplement. Nak cover balik mana nutrisi yg terkurang dlm pemakanan dia.

Siapa yg pernah jumpa Thaqif memang tahu yg dia seorang yg super aktif. Jadi, nutrisi lengkap penting utk pastikan dia membesar dgn sihat.

Bukan susah pun! Cuma campurkan 1 sudu kecil #mealshakes dlm susu Thaqif setiap kali buat susu dia. Kalau nk bg jenis tablet dia dah pandai memilih. So mealshakes adalah pilihan TERBAIK buat Thaqif.

Alhamdulillah Thaqif memang susah utk kena demam/batuk/selsema. Syukur pada Allah dgn nikmat kesihatannya. Ibu & ayah juga perlu berusaha memberikan yg terbaik buat anak agar kenikmatan itu dapat dirasai. Semoga anak-anak kita sentiasa sihat & bijak.

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Tuesday, 21 April 2015

9kg Sebulan???

Hai semua.

Harini Wani kongsikan satu lagi testimoni kurus dgn Shaklee.

Gambar dalam gambar tu (hihihi) adalah suami salah seorang ahli group B&C kami. Nama dia En. Mohd Noor Fitri. Dari Labuan.

Beliau adalah salah seorang ahli JK1M yg dihandle oleh Kevin Zahri tu tau!

Sambil mempraktikkan gaya pemakanan & exercise dari Kevin Zahri, beliau juga menggunakan supplement Shaklee dalam menu harian beliau.

Supplement juga penting dlm proses menurunkan berat badan kerana ia membantu memastikan badan kita mendapat nutrisi yg lengkap walaupun ketika berdiet.

Malah minuman protein seperti Cinch Shake & ESP membantu memberikan tenaga sepanjang bersenam serta menggalakkan pembentukan otot ketika bersenam. Jadi bila kurus, tak la mengelebeh je. Huhuhu

Gaya pemakanan sihat & exercise penting dalam penurunan berat badan. Supplement adalah satu sistem sokongan yg anda perlu ada bagi membantu anda kekal bertenaga serta sihat ketika berdiet & bersenam.

Korang leh g skodeng FB beliau ye. Banyak tip yg beliau kongsikan. Wani pun dah join jadi kawan beliau. Huhuhu

Berdarah mata tgk ramai dah kurus! Wani masih jauh dari target ni. Oh mai!!! Nak kena usaha lebih ni. Bab exercise tu tak berapa nak rajin lagi. Hahahahaha.

Nak post byk2 testimoni kurus dgn Shaklee ni sebagai pembakar semangat sendiri. :)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Sunday, 19 April 2015

Weight vs Fat Loss

Hai...jom kita skodeng gambar kat bawah tu. Weight loss vs Fat loss.

Yg mana satu pilihan korang??

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Wednesday, 15 April 2015

Housewife Bijak Bonus 4 Angka

Bergetar jantung bila baca mesej salah seorang ahli group B&C yg berjaya dapat lebih 4 angka sebulan.

Beliau juga adalah surirumah sepenuh masa seperti Wani. Menjadi Shaklee sebagai sumber pendapatan selepas beliau berhenti kerja akibat masalah kesihatan.

Siapa kata tak boleh berjaya dengan Shaklee?? Selain upline Wani, beliau juga antara sumber inspirasi Wani. Sebab WaNi juga surirumah sepenuh masa menjaga Thaqif.

Dengan Shaklee, yg penting adalah USAHA & KESUNGGUHAN. BoNus Shaklee berkadar langsung dengan usaha kita. Lagi kuat kita berusaha, lagi banyak kita dapat. Kalau kita bagus, lebih dari upline kita, tak mustahil kita akan dapat lebih dari upline.

Tak ada istilah goyang kaki dengan Shaklee. Upline tak akan makan bonus kosong dari hasil usaha downline kalau upline tak perform. Tu yg bezakan Shaklee dgn MLM lain.

Korang bercita-cita untuk jadi surirumah sepenuh masa menjaga anak-anak & suami?? Jom sertai Wani. Nak 3, 4, 5 angka?? Malah 6 angka pun boleh. Pilihan di tangan anda.

ANDA BUAT ANDA DAPAT!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Tuesday, 14 April 2015

Reminder Promosi April 2015

Hai...
Wani just nak ingatkan korang lromosi berganda bulan ni. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk promosi dengan harga jauh lebih murah daripada biasa ye!!

Insyaallah dengan Wani tak dikenakan GST ye! Huhuhu

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Monday, 13 April 2015

Doa dari Al-Quran

Alhamdulillah terjumpa post pasal ni di FB. Jom sama-sama amalkan nak??

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Memonto Terindah

Dulu masa sekolah rendah, sibuk sangat nak jadi dewasa cepat. Macam-macam boleh buat kononnya.

Bila dah dewasa, berkerja, kahwin & ada anak ni, rasa zaman kanak-kanak la yg paling BEST!!

Minggu ni kecoh kat group sekolah rendah Wani duk cerita memori zaman sekolah dulu. Rindu plak zaman sekolah dulu.

Macam-macam kenangan ada. NO WORRIES at all. Happy je. Takde tanggungjawab besar. Kejenyer main & belajar je. Kan??

Best bila cerita hal dulu. Tapi Wani happy dengan keadaan Wani sekarang. Walaupun banyak tanggungjawab terutama dalam mendidik Umar Thaqif, tapi banyak kenangan baru sekarang.

Cuba korang teka yang mana satu Wani?? Ni gambar masa darjah 5. 1st time Wani join kelas ni sebab Wani budak lompat masa tu.

Walaupun Wani lompat kelas, tapi syukur diorang terima dengan baik. We are friends!!

Masa sekolah rendah dulu, Wani bersekolah di Sekolah Rendah Seri Comel! Comel tak kami?? Hahahaha

Sekali sekala mengimbau kenangan lama. Apa kenangan korang?? Mai la share!

Dengan Shaklee, Wani kembali rapat dengan mereka & happy membantu kawan-kawan yg ada masalah kesihatan. Eratkan silaturrahim yg memang dah terjalin lama. :)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI


Thursday, 9 April 2015

Homemade Dumpling

Hai.

Wani nak kongsikan cubaan pertama Wani buat homemade dumpling haritu.

Wani buat 2 jenis. 1 jenis goreng (fried dumpling) & satu lagi jenis sup (yg bentuk topi tu)

Inti dalam dumpling tu Wani guna udang. Kebetulan ada udang kat rumah. Yg sup tu, Wani buat ala-ala tomyam based dia. Selera melayu. Hahaha

Actually, resepi tu wani ambil dr blog jugak cuma dah lupa dari blog mana. Mintak halal byk2 ye. Wani ada komen kat post owner tu. Cari balik tak jumpa plak. Tak dapat nak letak kredit pada dia.

Kalau lapang, boleh la try ye!

Resepi ada kat gambat tu. Senang nak save nanti.

Suami Wani lebih suka yg sup. Lembut katanya. Dia mintak try kukus plak pasni. Wani plan nak buat inti lain plak nanti. Nanti dah buat Wani post k.

» abaikan rupanyer yg tak cantik tu. «

xoxoxoxo

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Bertenaga Berpuasa Ketika Hamil

Alhamdulillah tahniah buat si manis akak yang berjaya berpuasa penuh di bulan Ramadhan walaupun beliau hamil.

Ramai juga kawan-kawan yg tengah hamil & due lepas puasakan??

Mai cuba berpuasa dengan ESP. Insyaallah membantu berikan tenaga serta kurangkan rasa letih & lapar sepanjang berpuasa.

ESP juga mengandungi nutrient lengkap utk kedua-dua ibu & bayi dalam kandungan.

Tak salah jika kita cuba berpuasa walaupun ada kelonggaran dalam Islam bagi ibu yang hamil. (",)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Surirumah Bergaji (",)

Assalamualaikum semua!

Sekarang ni ramai mengeluh bab isu GST. Tak dinafikan keadaan sekarang sedikit sebanyak mengganggu perbelanjaan harian kita.

Bagi semua housewife di luar sana mesti pening fikirkan cara untuk membantu suami anda. Begitu juga Wani.

Bagi mereka yang pernah bekerja & biasa pegang duit sendiri, tak dinafikan memang susah bila bertukar status kepada fulltime housewife. Dengan keadaan ekonomi sekarang ni kan?

Nak bekerja semula, kesian anak-anak nak hantar ke pengasuh atau taska. Tambah plak terlalu banyak kes kecuaian pengasuh & taska sekarang. Hantar anak ke pengasuh & taska juga memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Kalau anak sorang takpe. Kalau 3-4 orang, selang setahun plak tu. Dah berapa duit tiap bulan nak hantar ke pengasuh/taska?

Belum kira pampers & susu yang nail harga sekarang. Walaupun tidak dikenakan GST, tapi ramai peniaga/pembekal yang menaikkan harga. Subhanallah.

Ramai juga ibu bekerja yang bercita-cita untuk menjadi housewife sepenuh masa demi keselamatan anak-anak. Semua dalam dilema. Baca berita kes kecuaian yg menyebabkan kematian, berderau darah rasanya.

Itu lah juga salah satu sebab Wani & suami ambil keputusan untuk Wani tumpukan sepenuh perhatian menjaga Thaqif. Risau tu memang risau. Tapi Wani percaya jika niat kita betul untuk jaga anak & suami, Allah akan permudahkan semuanya.

Mula-mula memang sesak sikit. Tapi kami belajar sesuaikan diri. Yg penting kami happy. Tapi takkan nak duk diam je kan? Kena la juga usaha. Kalau tak usaha macam mana Allah nak bagi. Betul tak??

Wani start dengan meniaga kerepek kecik-kecik hantar ke office suami. Alhamdulillah dapat sambutan. Dapat la dalam 100-200 sebulan. Duit modal dah tak kacau duit sendiri. Guna duit untung je. Bila Thaqif dah makin besar, dia plak suka 'menolong' mak dia packing. So kadang-kadang tergendala.

Pastu Wani bertemu dengan Shaklee. Mudah rupanya berbisness Shaklee. Yang penting rajin. Kenapa Wani kata rajin??

Sebab korang hanya perlukan FB. Boleh dikatakan semua orang ada FB kan? Tiap hari buka FB. So dah tak ada masalah. Korang hanya perlu kongsikan kebaikan Shaklee melalui FB atau Blog.

Alhamdulillah sambil baring-baring atau main dengan Thaqif, Wani masih boleh post pasal Shaklee kat FB. Tak perlu duduk lama-lama macam packing kerepek.

Pastu kena rajin study produk & diskus dalam group sokongan Shaklee. Bestnyer group sokongan ni sebab ahli dalam tu semua tak kedekut ilmu. Kalau kirang tak sempat study pun, korang masih leh dapat banyak ilmu dalam tu. Wani berada di bawah kumpulan Jutawan Shaklee pimpinan Kak Cery!

Yang paling BEST, kami diajar kebergantingan sepenuhnya kepada Allah dalam berikan rezeki. Banyak amalan rohani yang diajar untuk kita amalkan.

Kadang-kadang jujur Wani pun tak sempat nak post apa-apa ke FB kalau Thaqif tak sihat atau sibuk urusan keluarga. Tapi amalan rohani jangan tinggal sebab Allah Maha Pemberi rezeki.
Sejak join Shaklee Wani jadi lebih tenang. Alhamdulillah tiap bulan dapat income untuk bantu ringankan bebanan kewangan suami. Nanti wani kongsikan plak apa yg Wani dah dapat dengan Shaklee.

Terlalu banyak kelebihan menjadi ahli Shaklee. Wani akan bincangkan dalam entry berikutnya k.

Anakanda da panggil nak makan. Hahahahaha. See!! Sambil masak pun leh mengarang blog. Huhuhu

Jom join team Wani. Banyak yang Wani ingin kongsikan dengan korang!

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Turun 18Kg dengan Cinch Shake!!

Ohhooiii....jelousnyer la hai dengan akak ni.

Mana tak jelous kalau dah turun sampai 18kg dengan Cinch Shake Shaklee ni. Nampaknya Wani kena lebih konsisten minum Cinch shake & ESP.

Tak aci la kalau orang lain dah turun, diri sendiri tidak kan? Tapi kan, walaupun Wani tak turun macam akak ni WaNi perasan berat badan Wani maintain.

Even tak jaga makan, melantak je semua. Alhamdulillah masih 2kg kurang dari berat sebelum preggy. Sebab tu sayang dengan shaklee ni. Hihihihi

Tapi akan ku usahakan untuk turun lebih banyak macam akak ni. Dah terbukti Shaklee boleh membantu kita dapatkan berat badan yg ideal dengan cara yang sihat.

Jom kita sama-sama usaha untuk lebih sihat dengan berat badan ideal.

Psst...bulan ni promosi Cinch Shake & Lecithin. Memang sesuai untuk kita mulakan misi slim melim kita. Jom!!!

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Glycemic Index Chart

Kali ni ringkas je ye. Wani nak kongsikan carta yg menunjukkan GI (Glisemic index) beberapa jenis makanan yang biasa kita makan.

Bagi penghidap masalah kencing manis kena berhati-hati dalam pemilihan makanan ye. Pilihlah makanan dengan nilai GI yang rendah.

Apa maksud GI ni ye??

Ia menentu-ukur berapa cepatkah makanan yang kita makan bertukar menjadi tenaga.

Semakin tinggi nilai GI, semakin cepatlah makanan tersebut ditukarkan kepada tenaga. Menyebabkan kita cepat berasa lapar.

Jom buat pilihan yang bijak. Boleh la start memilih makanan yang TERBAIK untuk diet harian anda.

Opps...lupa nak bagitau. ESP Shaklee mempunyai nilai GI kurang daripada 50. Iaitu tergolong dalam bahagian GI RENDAH. Sesuai & selamat untuk pesakit kencing manis & mereka yang ingin berat badan ideal. :)

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


Wednesday, 8 April 2015

Herbal Blend «PARABEN FREE»

Sekarang ni Thaqif memang aktif. Tambah plak dah pandai kayuh basikal. Bukan main lagi laju mengayuh basikal.

* saje je ajak mak dia exercise kejar dia. Hihihihi *

* mommy & daddy make sure sebtiasa follow anak-anak ye walaupun dikawasan taman kita sendiri. Terutama anak yg baru belajar kayuh basikal. Diorang ni tahap keterujaannya lebih sikit *

Bila dah pandai kayuh ni, memang tak lari la episod jatuh & luka. Bak kata ayah Thaqif, anak lelaki kena kuat. Jangan putus asa kalau jatuh.

* kesian Thaqif ada mak & ayah macam kitorang *

Nak dijadikan cerita, haritu Thaqif kayuh basikal terlanggar batu & jatuh. Syukur tak ada luka. Tak nangis pun. Muka macho je.

Yang lawaknya masa da park basikal kat dlm pagar, dia main kejar-kejar dgn ayahnya & jatuh.

Melalak la dia nangis. Laju je Wani keluar tengok. Suami mintak ambik kain. Rupanya luka atas bibir dia. So apa lagi, ambik kain cepat-cepat lap darah. Bersihkan luka dia.

Pastu sapu Herbal Blend kat luka dia & letak ais. Thaqif yg mintak letak herbal blend. Nasib la tak dijilatnya krim tu.

Tiap masa Wani sapu luka dia dgn Herbal Blend. Alhamdulillah kejap je hilang parut kat bibir dia. Sepanjang luka tu pun dia tak nangis pedih ke apa. Sejuk-sejuk je rasanya sapu krim tu.

Sejak Wani kenal dengan Herbal Blend Shaklee ni, memang tak berenggang. Ke mana je Wani akan bawak. Terutama bila balik kampung atau travel. 

Bila balik kampung, mesti badan Thaqif merah-merah kena gigit ngamuk. Mana tak kena gigit kalau pagi-pagi buta dah sibuk ajak Atuk atau Tokki dia keliling rumah.

Bila Thaqif kena gigit nyamuk, semestinya Wani akan sapukan Herbal Blend. So dia tak rasa gatal & menggaru. Dengan Herbal Blend ni, parut pun tak ada.

Yang paling BEST sebab ia dihasilkan daripada bahan semulajadi. NO CHEMICAL & NO PARABEN. Kalau korang perasan atau tahu, krim yg mengandungi Paraben tak boleh diberikan pada kanak-kanak. Hatta orang dewasa pun tak digalakkan. Bahan kimia kan!

Masa Thaqif baby, pernah beli Mopiko. Kononnya nak letak kat kesan nyamuk sebab tak berapa rajin nak tenyeh kapur makan. Salesperson kat kedai barangan baby tu kata boleh guna dari baby lagi. So Wani pun beli la. 

Masa tu tak berilmu lagi. Tapi mujur baca label kat kotak & kertas dlm kotak tu. Rupanya Mopiko tak boleh digunakan pada kanak-kanak 2 tahun ke bawah. Nasib la Wani tak g tenyeh kat Thaqif masa tu.

Sejak tu Wani usaha cari krim yg baby & kids friendly. Bukan pe sebab kesian tgk Thaqif kena gigit nyamuk. Akhirnya bertemu dengan Herbal Blend. Sejak tu, hanya Herbal Blend menjadi teman setia kami sekeluarga.

Psst..dalam beg Thaqif siap ada standby Herbal Blend dalam bekas kecil. So even pegi makan atau shopping, ada Herbal Blend gak. Kita tak tahu bila kita perlukan sesuatu tu.

BETTER STANDBY THAN NOTHING.

* gambar tu masa bibir Thaqif jatuh main kejar-kejar dgn ayahnya. Siap senyum lagi anak bujang mak. *


Bazaar D'Waniez

0196210077 | SID-WANI

pnkacang.blogspot.com


Family Time »» Restoran Terapung

Alhamdulillah diberi kesempatan utk cuba makan di Restoran Terapung masa odw balik dari BP baru ni.

Biasanya lalu je, tiba-tiba haritu Cik Abang ajak singgah. Nak tapau je pun sebab da lewat petang. Tapi sambil tunggu order, kami minum-minum dulu & pesan fries utk Thaqif.

Seperti biasa, air & Thaqif tak boleh dipisahkan. Bukan main seronok dia tgk air. Kena plak masa tu ada bot lalu. Mengekek kesukaan dia.

We are HAPPY, when Thaqif's HAPPY.

Tak ada apa yg berharga daripada tgk anak bergelak ketawa gembira. Hilang penat lelah jalan jauh. :)

Alhamdulillah makanan yg kami order SEDAP & harga pun berpatutan. Next time nak try western menu dia plak.

* sempat rakam beberapa gambar masa tu. Cik Abang paksa ambik gambar sebab selalu takde gambar Wani. Sebab Wani biasanya photographer rasmi keluarga Thaqif ni. Hihihihi *

* semangat laki bini pakai jersi Terengganu. Kena plak malam tu Terengganu main. Hahahahaha *

Bazaar D'Waniez
0196210077 | SID-WANI
pnkacang.blogspot.com


HAKMILIK Syazwani Ab Aziz
Designed by UMIESUEstudio 2014